1 message received...
enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti…
hari-hari yang pasti…
bukan ana tidak mahu melirik senyuman pd enti,
tp ana selalu tersenyum di dalam hati,
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari,
bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pd enti,
tetapi ana sering mendoakan agar satu hari nanti,
ana tak perlu bertanyakannya dan ana sentiasa merasai..
di hari-hari yang pasti...
bukan ana tidak mahu bercakap dgn enti,
tapi ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
tika mana ana dan enti 'bukan' lg 'ana' dan 'enti'..
di hari-hari yg pasti...
bukan ana tidak mahu chatting dgn enti,
tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lg untuk membelai rambut enti,
dihari-hari yang pasti..
bukan ana tidak mahu mesej dgn enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yg pasti,
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yg dinikmati di waktu ini,
bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tp,ana bimbang wajah ini tidak akan lg memberikan senyuman di setiap pagi,
di hari-hari yg pasti...
bukan ana tidak ingin memandang senyuman enti,
tp ana bimbang senyuman ini pudar dan layu,
di hari-hari yang pasti..
bukan ana tidak ingin membelikan hadiah untuk harijadi enti,
tp bimbang ana hadiah itu adalah terakhir dari ana untuk enti..
tidak lagi ,
dihari-hari yang pasti..
...............................
enti yakinlah,
percayalah...
bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa kepada rindu ana pada ilahi..
kerana ia bukan hari-hari yang pasti...
bukan ana tidak ingin mengatakan mencintai enti,
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta ana pada ilahi,
kerana ia bukan hari-hari yang pasti..
kerana ia bukan dihari-hari yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati..
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILAHI..
enti,intailah sebentar hari-hari yang pasti..tika itu,andai ana jatuh enti menghulurkan tgn untuk memberi ana harapan,tika ana kesedihan enti bersedia untuk tersenyum disisi dn menggembirakan,tika ana berseorangan entilah teman,tika ana kelalaian entilah yang mengingatkan..tika itu,ana dan enti..
bukan lah 'ana dan enti 'lagi...
kerana..
ia adalah hari-hari yang pasti..
berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...
-selamat malam enti-
moga kita dipermukan nanti,dihari-hari yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati dihari-hari yang tidak pasti..
------------------------------------------------
pasti!..yakinlah..Allah sangt2 baik !..moga kita semua dibukakan pintu hati..
untuk anta2 dan enti2 skalian..
"Ya Allah, andai aku rindu, biarlah rinduku bersulam taqwa. Andai aku sayang, biarlah sayangku kerana Dakwah! Ameen"~
Tuesday, June 15, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment