Tuesday, June 15, 2010

what he left for us?

seorang akh bersembang dengan murabbinya..

“Ustaz Imron, zaman sekarang ni ramai yang kata kita perlu menguasai ekonomi bagi mempertahankan Islam, maka timbullah istilah ‘Jihad Ekonomi’. Tak kurang yang lebih cenderung kepada politik. Teknologi dan pembangunan pun ada juga. Dalam banyak-banyak idea ni, yang mana satu sepatutnya menjadi prioriti kita?”.

Ustaz Imron yang sejak tadi mendengar dengan penuh teliti membuang pandangan ke luar masjid sebentar. Kemudian dia bersuara,

Ana tengok di luar Masjid Nabawi tu, tidak ada tinggalan bangunan-bangunan besar. Yang ada cuma rumah-rumah je. Kalau enta pergi ke Sepanyol, enta akan jumpa pemandangan yang berbeza; monumen megah seperti Masjid Cordova, Istana Al-Hambra, universiti, perpustakaan dan gedung-gedung boleh dikatakan berselerak di sana”

“Nabi Muhammad (SAW) itu tidak meninggalkan sebarang pencakar langit, atau simbol kebesaran atau identiti pembangunan. Hal ini kerana benda-benda ini tidak dapat bergerak. Sekadar stay di tempatnya dan dinikmati orang ramai. Contohnya macam Piramid dan Abu Houl (Sphinx) di Mesir ni”, tambah Ustaz Imron.

“Namun Baginda meninggalkan rijal…”.

Kata-kata “Baginda meninggalkan rijal” sedikit menyentak pemikiran akh itu, dan terus terngiang-ngiang di telinganya. Ustaz Imron menyambung bicara,

“Justeru kita mendapati makam Zaid Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Rawahah di Jordan. Makam Abu Ayub Al-Ansori di Turki. Di China, ada makam Saad bin Abi Waqas. Bermula di Semenanjung Hijaz, mereka berakhir syahid penuh wibawa di serata dunia. Itu semua adalah apa yang Nabi Muhammad (SAW) tinggalkan”.

akh tadi..

Mukanya berseri-seri, seakan baru mendapat sesuatu yang lama diidam-idamkan.

*this entry has been taken from somewhere, but i lost its real sources*

0 comments: