Tahun depan.
Haha tu lah jawapanku..
Wlau tak tau tah dengan sape ku akn kawen pun, selamba je jwb. berangan je lah. Hehe malas nak layan soalan2 dan usulan2 pelik nanti. Moga dgn penyedaran pengakuan diri tuh, cepat2 ku jd matang dan sentiasa bersedia. Wah wah, bukan main lagi kamu ni ye cik Ada…
Ku tau bahawa diri ini sgt tidak layak lagi memikul tanggungjawab besar itu. Ku tau terlalu banyak perkara yang harus ku perbaki dlm diri. Lantas, ku tidak mahu menyusahkan dan memberi harapan kepada sesiapa jua. Kerna ku tau, jk masaku telah tiba, jk ke ready an ku telah diperkenankan Ilahi, maka Allah pasti temukan serta merta dengan my future hero utk melengkapkan din ku itu.
Ada seorng ukhti y cukup d segani d medan dakwah ini mengatakan yang dia hanya akan berkahwin bila keinginan untk berkahwin tiada lnsg dlm hati. Detik itu baru dia tahu bhw cinta dia sudah cukup total utk Ilahi. Pernah juga dia mengatakan y dia kalau blh tidak ingin berkahwin, kerna bimbang aktivitas dakwahya akan terhalang. Moga Allah temukan dengan ikhwah y benar2 hebat buatnya. Lelaki y baik, pasti buat perempuan y baik.
Imam hanafi dikatakan bermimpi mendapat kedudukan syurqa yang lebih rendah dari imam syafi’i. ulama’ mengatakan ini disebabkan imam syafi’I berkahwin, ttp imam Hanafi tidak berkahwin kerna terlalu sibuk dengan menuntut I’lmu.
Rasulullah berkahwin, jadi kami ummatmu ingin jua berkahwin. Ttp, pengorbanan Rasulullah d jalan dakwah terlalu sedih dan hebat untuk dikenangi. Pengorbanan kita hambanya, bagaimana pula?
Buat para muslimin, mengapa terlalu di pilih tentang rupa paras? Dari hatiku sbg seorang wanita, ramai wanita cantik yang ku kenal, tetapi jk agama tidak menjadi seri komitmen hidupnya, betapa tidak nikmatnya berada bersama mereka. Betapa tidak bestnya bersama golongan yang sibuk bercerita tentang urusan duniawi.
Bercerita hal hal yang kecil.
Merajuk, mengumpat, sibuk berbincang ke mana lagi shopping complex yang tidak dikunjungi untuk make-up dan baju-bajunya. Ke restoren mana lagi yang tidak dilewati untuk menghabiskan duit untuk isian perut mereka. Rimas.
bahkan betapa ramai muslimah solehah yang ku kenal, mereka mngkin tidak secantik ratu dunia tetapi berada bersama mereka, umpama mendapat harta dunia seluruhnya.Nikmat!
Mereka cukup dekat dan rapat antara satu sama lain melebihi sayang kepada adik beradik kerna cinta aqidah dan perjuangan telah bersatu dalam diri mereka. Di mana lagi boleh ku lihat ikatan ukhuwwah seperti ini? Sungguh, mengenali dan bersama kelompok golongan mereka adalah satu kemulian yang teramat dari Allah.
Melihat mereka senyum, hilang segala bebanan di bahu.
Mendengar lembut tiap patah bicara mereka, umpama gunung cair di hembus bayu.
Bersama mereka kami menangis, sakit, merajuk, tapi semuanya sungguh unik.
Mereka menangis …perihal isu ummah,
Mereka sakit ….kerna tidak sempat berehat akibat sibuk beraktiviti dakwah.
Mereka merajuk…. kerna tidak dapat menyertai aktiviti dakwah keseluruhannya akibat komitmen lain yang lebih penting ketika itu.
Indahnya!
Betapa indah hidup ini ………………
benarlah mungkin perasaan seorang sahabat nabi yang mashur di abadikan dlm sejarah Islam (ku lupe nama dia, teruknya diri nih!), pahlawan Islam itu syahid dan mengatakan jika dia punya kesempatan ada banyak nyawa ingin kembali lagi ke dunia, berjuang menegakkan kalimah Allah hingga syahid. Lagi di berikan nyawa, berjuang dan syahid lagi… lagi dan lagi… berjuang itu pahit, ttp dia ingin kembali lagi ke dunia dan berjuang hingga syahid berulang ulang kali. Kata-kata sebegini tidak mungkin dilafazkan kecuali oleh hamba-hamba Allah yang telah mengecapi nikmatnya hidup berpaksikan cinta Ilahi di dunia dan beriman dengan janji-janji Allah.
moga kita semua bercinta lagi di syurga…..
back to cerita kahwin, percayalah janji Allah. Pilihlah yang pada agamanya dahulu. Jika tidak mahu percaya janji Allah yang Maha Sempurna, janji syaitan lah yang mungkin kita sahut. Nau’zubillahimizalik.
Ukhti y cukup rapat denganku dilamar seseorang dan meminta pendapatku. Dia dilamar bukan ikhwah kami. Tatkala mendengar itu pertama kali, ku menangis hiba. Atas dua sebab. Dia juga menangis. dia tak tau knapa ku menangis dan aku ja tidak tahu kenapa dia menangis. Pernyataan pertama yang keluar dariku sbg jawapan adalah, ku sedih kerna bukan ikhwah kami yang melamarnya. Ku gembira kerna dia telah di panggil Allah menyempurnakan agamanya oleh muslimin yang baik. setelah itu dia juga mengatakan dia menangis kerna impinya untuk menjadi rusuk kiri ikhwah jemaah kami. rupanya kami menangis atas sebab yang sama.
Saudaraku, jika ku tidak berpeluang untuk memiliki itu, ku ingin dirimu dipilih Allah untuk itu. Itulah doa’ku sentiasa.
Bersabarlah, Allah pasti perkenankan jika ikhlas niatmu. Mgkin ikhwah itu masih sibuk berdakwah. Mgkin sedikit masa lagi. Yakinlah dengan hatimu dan hatiku.
Ttp jk Allah menginginkan yang selain dari itu, moga ‘teman’mu itu juga nnt akan bersama dalam perjuangan kita. InsyaAllah. (doa dan pengharapan)
Terima kasih Allah kerna memudahkan perkara itu selesai buatnya. Dan kini, dirimu kembali sabar menunggu. ya Allah, pertemukan mereka. Amin.
Ramai ukhti yang mula dirisik dan dilamar muslimin lain. Ramai mereka menolak dengan baik kerna menunggu ikhwah jemaah kami sendiri. Ya Rabbuna, perkenankanlah. Amin.
Sahabat…
Kalau Rasululah pernah berbagga punya sahabat seperti
Abu Bakar,Umar, Usman, Ali, Zubair dan seterusnya…
Ku juga berbangga kerna punya sahabat yag tidak kurang hebatnya mereka.
Jika Rasulllah berada di depan mataku,
Akan ku meluru pada beliau dan menceritakan tentang teman-temanku
Tentang mereka
Semua mereka
Walau tidaklah sama dengan sahabatmu wahai Rasul,
Dan barangkali tidak sampai sebesar hamapun kehebatan
mereka berbanding sahabat-sahabatmu,
namun ku tetap mahu khabarkan tentang mereka
jika engkau di depanku
namun itu tidak mungkin berlaku
lalu ku khabarkan pada Allah…
Tuhan semesta alam..
Wa anta Rabbul Mustad’afin
Dan nyata Allah itu
Maha Mendengar , Maha Melihat, Maha Mengetahui
Dan Maha segala-galanya
Seorang demi seorang ku khabarkan pada-Mu
Seorang demi seorang sifat mereka ku kongsi dengan –Mu
Kata-kata mereka,
Senyuman mereka,
Tangisan mereka,
Impian mereka
Kemahuan dan harapan mereka…
Ya Allah, ku dapat merasa Engkau dihadapanku,
Lalu Kau tersenyum mendengar ceritaku….
Kau memandang dengan penuh kelembutan dan kesyahduan…
Malu rasanya kerna tidaklah seberapa berbanding insan piihan-Mu
Namun ku merasa teramat gembira
Kerna dapat berkongsi dengan-Mu wahai Tuhanku…
Lalu ku menadah tangaku berdoa pada-Mu,
“wahai Tuhan kami,
Buat-Mu pengaduan kami,
Hingga kau redha pada kami,
Buatmu hati dan perasaan kami,
Hingga Engkau sudi memandang kami…
Buat-Mu harapan dan ketakutan kami..
Hingga Engkau tetap memimpin kami..
Dan bagimu sahabat-sahabatku,
Agar Engkau tetap satukan hati-hati kami
Hingga peroleh syahid kelak…”



0 comments:
Post a Comment