Sunday, December 27, 2009

ubatilah ku ya Tuhan....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,

Innalillah… Sebak lagi… hati ni diuji lagi oleh tuhan Yang Maha Agung. Sungguh ku rindu. sungguh ku rindu pada kalian semua buah hati kecerianku… buah cinta ku akhawat tersayang… rindu pd ukhti Hijanah, ukhti Fit, ukhti fika, ukhti salwa, ukhti Imraatun, ukhti Linda, ukhti Khairiah… dan murabbi ku, k.sarimah… rindu pada jiwa mereka. Jiwa kami bersama di halaqah. mengapa ku rindu sgt? Pembubaran halaqah baru. Mengapa ya Tuhan, Kau uji ku pada saat ku sungguh2 memerlukan mereka? Bukan ku mengatakan akhawat di halaqah baru ini tidak beriman seperti mereka.. tidak.. adik2 itu sungguh manis teguh beriman.. tapi kenapa tinggal ku seorang dibelakang? Kenapa level ku tidak meningkat seperti akhawat halaqahku yang dulu? Adakah telah Kau gantikan tempatku dengan hamba-Mu yang lebih banyak pengorbanannya di jalan-MU? Adakah infaqku tidak sebanyak daei’ baru yang telah menggantikan sedikit infaqku? Adakah ibadatku tidak segah hamba-Mu yang lebih tulus beribadat kepada-Mu? Adakah malamku tidak berseri tanpa qiam yang berterusan itu digantikan dengan qiam hamba-Mu yang lebih Kau cintai dan kasihi itu? Adakah segala jenis maksiat jahiliyah yang masih ada pada sebatang tubuh yang hina ni menjadi penghalangku berpegangan tangan, penghalang untuk sama2 mengusap mesra bahu akhawat tatkala bertemu di halaqah dan segala program halaqah kita untuk adik2 seperti dahulu? Adakah tingkah akhlaq dan kedhaifan amal tidak melayakkan ku?

Tapisan-Mu yang meletakkan ku pada keadaan ini membuatkan jiwa ini jatuh sakit ya Tuhan. Sungguh ya Tuhan, ku terluka amat. Jika sahabat Rasulullah Bilal tidak mahu lagi azan setelah kematian baginda Rasul, sebak merindui rasulullah lantaran khidmatnya ingin diabadikan hanya bersama Rasul Allah tercinta. Tetapi hari ini, ku jua seakan terkaku pada ketentuan takdir dan seolah mematahkan sebelah kaki untuk melangkah bersama kalian semua. Sungguh ya Tuhan, ku sudah mencuba sedaya upaya ku. Hanya buat-Mu. Ampunkan ku ya Tuhan. Ampunkan ku. Berkati sahabat2ku. Jangan ya Tuhan, jangan tinggalkan ku setelah segala nikmat ukhuwwah fillah telah Kau berikan padaku. Maafkan ku ya Tuhan jika kelancaran kaki ini tertunda lantaran amanat seorang daei’ tidak ku memberikan haknya yang terbaik. Ubatilah hati ini ya Tuhan. Ubatilah hati yang menangis ini.. ku ingin bangkit seperti dulu. Lebih hebat. Lebih pantas. Lebih teratur. Wahai jiwa kepunyaan Allah Yang Maha Esa, kembalilah bermuhasabah. Kembalilah tersenyum. Kembalilah tabah. Kembalilah bersama semangat syahid mereka.

Sahabatku,

Di saat kau senang berair mata,

Berteman cinta Tuhan yang setia,

Aku disini masih terleka,

Dengan cinta manusia yang mengguris luka.



Sahabatku,

Disaat kau gembira mengajak kepada kebaikan,

Agar manusia kembali mengenal tuhan.

Aku disini masih tertekan,

Bersama sumur dosa yang melemaskan.



Sahabatku,

Disaat kau sibuk mencetak pahala,

Menyeru-nyeru agar mencintai yang Esa,

Aku di sini bermanggu air mata,

Kerana kecewa perjuangan semakin sirna.



Sahabatku,

Dalam leka kau mengucap doa,

Supaya jauh dari fitnah dunia dan neraka,

Titipkanlah untukku jua,

Yang masih samar mencari sebutir cahaya.



Aku,

Seperti pungut mendendang puisi,

Puisi rindu kepada sang rembulan,

Namun puisinya hanya sekadar sebutan,

Tak tercipta oleh perbuatan.



Begitulah aku,

Mendengang puisi harapan,

Untuk jua seperti kalian,

Namun puisiku juga sekadar sebutan,

Entah bila tercipta menjadi perbuatan.



Sahabatku,

Pintaku hanya satu,

Jauh mahupun dekat engkau denganku,

Titipkanlah jua sebuah doa untukku,

Agar aku dapat jua merasa nikmat kalbu,

Yang mencintai Allah Maha Satu.





..................................

4 comments:

ziesya zulkifli said...

salam kak ada..
izzati dtg lapor dri~

Anonymous said...

ingatlah peningkatan itu bukanlah kita dinilai halaqah mana kita berada,bukanlah telah lama kita berda dijalan tarbiyah,tapi semakin dekat kita dengan Allah,semakin ingin kita mendekatinya,semakin rindu kita kepadaNya,semakin besar pengorbanan kita untuk agamaNya.
Walau dimana letaknya kita ia tak bermakna kita harus rasa lemah dan tak ingin berbuat dan bersama tapi itu akan menguatkan kita lagi. kita mesti terus berjuang. walau apa manusia nilai kita itu tidak harus melemahkan kita tapi ingatlah nilaian Allah pada kita yg paling kita utamakan.Sahabat yg ku cintai sepenuh hati,tsabatlah kerna ku tahu akan ghirahmu, insyaAllah letakmu disana ada hikmahnya. jadilah seperti Khalid alWalid yg kau bicarakan. jadilah penguat dan teladan dan peng arah kepada adik2mu.....

salam rindu dan sayang
k.huda....

hafaz furqan said...

salam, k.huda sayang.. :(

Ada masih dalam kesedihan.. hijanah byk m'beri kata kekuatan.
rupanya ap y menimpa, berlaku jua pd seorg lagi ukhti halaqah Ada. pd ada, ukhti ksygn hati Ada tu jua tidak spttnya berada d situ. krna dia jua telah m'beri y terbaik. mungkin agk kurg nmpk kehadirnnya dlm program, tp dia berjihad di law society. pasti jika punya komiten y besar di sana, komitmen y jitu di jemaah agk kurang. tp dia tetap berdakwah. berdakwah dlm LAWSOC. mungkin org lain takde kesempatan dan kemampuan u berada d tempat dia di LAWSOC, tetapi org lain dpt m'bntu d jemaah.
ukhti itu khabarnya juga bersedih. dia perlukan kekuatan. seperti Ada perlukan kekuatan.bersama.

Ada rasa ap y berlaku pd Ada dn Salwa seperti suami y bernikah dg isteri lagi satu. menduakan isteri pertamanya.setelah segala penat lelah, susah senang setiap detik di harung bersama di saat2 awal meng establishkan keluarga bersama2, tp bila tiba 1 saat, saat yang sudah kaya, sudah senang,isteri pertama di paksa bermadu dg isteri no 2 y pastinya lebih muda, cantik, dan menarik.pengorbanan isteri pertama seakan tidak lagi mahu di ingat.:(

ada bukan memandang positon. tiada langsung di hati memandang position. kerja lillahita'la. semuanya. tiap saat cuba di manfaat demi dakwah. demi kebaikan ummah. ada tahu, jika 1 saat pun kita berfikir untuk kepentingan sendiri, pasti ada akhawat yang terbeban kerjanya 1 saat kerana ketidakpedulian kita.
Ada cuma perlukan mereka. ada tau ukhti seorg lagi jua perlukan kami.
tapi kini Ada yakin. Ada redha. pasti ad hikmah tiap y berlaku.
doakan Allah tidak 'jemu' denan Ada :(

hafaz furqan said...

salam,
afwan ada....untuk sekali lagi akak jelaskan
penukaran halaqoh memang berlaku,..tapi bukan meningkatkan tahap seseorang, krn hanya Allah yang layak meningkatkan kedudukan hambanya.
tukar halaqoh bukan bermaksud seseorang itu ditingkatkan, dan bukan bermaksud seseorang itu diturunkan jawatan.
halaqoh akak, k.iman,k.rokiah,k.raihan, dan ukht2 yg lain semua tarafnya sama...bezanya adalah, ihsan kita semua dalam bekerja di jalan Allah.
barangsiapa yang persembahkan yang baik dihadapan Allah maka ganjarannya dari Allah, bukan dari manusia. dan Allah itu menyukai yang ihsan dari hambanya,dan malakukan yang ihsan amatlah dekat dengan cintanya.

berada di halaqoh mana2 pun seharusnya sama sahaja...tiada beza antara mana2 halaqoh...mereka yang pernah dalam halaqoh mck sem lepas juga sekarang berada dalam halaqoh akak....adakah mereka bersama dlm halaqoh akak untuk sem ini kerana mereka tdk bekerja? persoalannya adakah mereka terputus hubungan hanya kerana bertukar halaqoh? adakah mereka tidak bersama akhawat2 jika tdk berada dalam halaqoh yang sama? adakah amalan mereka terhenti kerana berbeza halaqoh....inilah topic yang kita pernah berbincang dalam halaqoh dulu...tajarrud....permurniaan....pemurniaan tujuan, pemurnian hati, pemurnian perasaan hanya untuk Allah semata

tajarrud/murnikan niat, hati, perasaan, tindakan kita hanya untuk Allah semata....di mana sahaja berada dakwah tetap diteruskan, ukhuwwah tetap bersama, amalan tidak akan terhenti...

banyakkan menyebut au'zubillah hi minash syaito nirrajimm (aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam)...
jauhkan perasaan-perasaan buruk sangka, merasa lemah, merasa lesu, merasa was-was

(al-hujurat:12) wahai orang-orang beriman, jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah ada di antara kamu yang mengumpat sebahagian yang lain. Apakah ada di antara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? tentu kamu merasa jijik. dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat, maha Penyayang....

tidak ada beza antara mana-mana halaqoh....tidak ada beza di mana-mana kamu berbumi dan berlangit...bezanya, di mana kamu di hadapan Tuhan.
memilih jalan ini memerlukan kita yang memenuhi keperluan dakwah, bukan dakwah memenuhi kemahuan kita
...tafakkurlah....
muhasabahlah...
redhalah.....
rendahkan hatimu.....
rendahkan hatimu...
rendahkan hatimu....
murnikan perasaanmu
hitunglah amalanmu dengan Allah...bukan dengan manusia
perasaanmu....jangan biar ia di penuhi suara-suara sang penghuni neraka....belailah ia dengan zikrullah dan astagfirullah

afwan ya ukhti....

- balasan kedua dari murabbi ku.
maafkan adikmu ini. ku bersalah. terlalu beremosi . astaghfirullahala'zim. :(