Cemburu! Cemburu dalam hati ni. Cemburu saat menatap tulisan hebat akhawat2 menyusun kata, menata tiap baris ayat ke ayat yang lain.. gagah bercerita mengenai kegiatan dakwah dah harian masing2 lalu mencabar iman yang kian redup dalam diri pembaca keluar menjengah penuh i’zzah! Ah, apalagi yang ku tunggu? Apa kurangnya dengan dirimu? Apa lagi alasan yang mahu ku cipta kali ini? Mereka semakin pantas. Pantas mengetuk hati-hati lembut yang mencari kebenaran. Umpama Musha’b ibn Umair yang berjaya mengislamkan sebahagian besar ummat Muhammad sebaik mendapat amanah, menuju penuh bergaya ke medan jihad di bumi Habsyah (Madinah). Seluruh Bani Abdul Asyhal masuk Islam. Tidak ada satu rumahpun dari rumah orang-orang anshar kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang telah memeluk Islam. Bergayanya Mush’ab b Umair. Jatuh sayangnya Muhammad SWT kepadanya. Jatuh cintalah jua diri ini mengenangkan Musha’b b Umair yang pasti menempuhi pelbagai mehnah dalam menyebar risalah nabi Allah itu. Diri ini? Muslimah ini adakah hanya cukup merasa cemburu dan membiarkan rasa itu lenyap di dalam lena sedarmu? Ya Allah, betapa Kau mengetahui, ku ingin berlari selaju mugkin pada-Mu. Ku ingin dan ku mahu sekali ya Tuhan. Sinarilah ya Allah, sinarilah jalanku dan insan2 yang ingin menjadi seperti mereka.
Perjalanan aktiviti dakwah di blokku berjalan semakin cemerlang dengan bantuan akhawat2 buah hati tercinta. Setelah 2 tahun jawatan presiden blok yang ku pegang, semester ini kelihatan lebih baik, cerah dan ceria. Dulu, impiku ingin semua ahli blokku sembahyang berjemaah di surau. Akhirnya impi itu membawa kepada ‘action’. Ku gagahkan diri menahan pelbagai rasa mengetuk pintu semua bilik yang mempunyai 4 level di blok H mahallah safiyyah untuk mengejutkan penghuni blok tecinta. Bimbang mereka tidak sedar untuk bangun sembahyang subuh. Bimbang jika amanah ini menjadi sebab langkah kaki ini tidak lancar ke Firdaus yang harum mewangi. (ku sentiasa membayangkan dan berdoa ruangku di sana di penuhi mawar putih dan merah jambu..itulah anganku. Kabulkan ya Allah.. ameen) Bimbang jika mereka persoal amanat pada jawatan, apatah lagi kesihatan fizikalku yang mampu dan bertenaga anugerah Ilahi ini tetapi tidak melakukan sebarang tindakan tatkala ada laporan yang ku terima mengatakan ada anak buahku tidak bersembahyang. Di waktu lain, mungkin tidak mampu untuk ku atau kawan-kawan mereka memerhati dan mengawalnya, tetapi di waktu subuh, pasti kelihatan sekali jika ada tubuh masih lena dalam selimut, angkuh membiarkan arahan dari Yang Maha Tinggi begitu sahaja. Ku tahu, mungkin ada insan yang ingin bangun awal membisik kalimah cinta buat Yang Maha Kuasa. Ku tahu, pasti ada hati yang rindu ingin bersembahyang jemaah di surau kami di level 3. Ku tahu, pasti ada jiwa yang merasa ingin diisi dengan kekuatan sembahyang bersama-sama di permulaan hari yang fresh. Lantas, setelah beberapa ketika ku menge’test’, ku memujuk BRC (block representative council) ku yang lain pula untuk membantu. Kami susun jadual imam. Kami susun tugas siapa mengejutkan level mana saban minggu. Subhanallah, mereka bersedia bersamaku menyempurnakan impian ini. Walau ada kadang-kadang PIC ^Person in charge^ terbabas waktu tidur (dan ku akan membantu mengejutkan penghuni di level PIC yang tanpa sengaja terlepas tugas) Terima kasih tidak terhingga buat vice president ku (hajar) Dakwah n tarbiyah ^DNT^ ku( cik maz), Entrepreneurship ku (izzah) dan yang lain2.. (maaf tidak sempat menyebut nama BRCs semuanya. Walau demikian, pasti Allah ‘melihat’ usaha kalian )
Semester ini pula semakin kemas kami susun aktiviti dengan iftar bersama setiap hari isnin. Slot tazkirah dan berukhuwwah juga menjadi kewajipan. Ya Tuhan, semua ini adalah hasil tarbiyah yang berjaya memicu komitmen. Syukran ya Tuhan. Syukran akhawat-akhawat kesayangan hati ini. Ya Tuhan, meriahkanlah blok ku dengan kemeriahan ibadat dan kasih sayang. Hiburkanlah hati kami dengan seronoknya berjemaah bersama di kala subuh, maghrib dan isyak.. hati ini semakin sayu mengenangkan diri yang semakin menghampiri hari2 terakhir di bumi UIA. Semoga ku sempat meninggalkan pewaris untuk blok ku. Untuk mahallah ku. ku sayang amat pada UIA yang mengenalkanku akan pahit tetapi penuh kemanisan dalam tarbiyah. Bantulah ku ya Tuhan. Bantulah ku akhawat2.. doa’kan ku dapat mencari mad’u di blokku.. bangkitlah diri. Majulah!
Akhawat-akhawat datang mengimarahkan surau, iftar bersama di blok ku walau mereka adalah dari blok lain.. maafkan diri ini. Diri ini masih belum mampu berdiri sendiri tanpa kalian. Indah bersama akhawat tercinta merancang aktiviti tarbiyah. Angan ku yang terbaru telah ku sampaikan pada mereka. Ku ingin set up company for jemaah haji. Untuk itu, ku berangan bekerja dengan tabung haji dahulu untuk mendapatkan pengalaman. Kemudian membina company ku sendiri. Company kami. Akhawat-akhawat yang ‘bind’ dengan scholarship boleh bekerja dulu dengan scholars mereka sambil2 mengumpul tabungan untuk company kita. Hehe seronok betul mencipta impian ini. Subhanallah alangkah indahnya jika menjadi nyata. Membayangkan sahaja sudah menguntum buah keceriaanku, apatah lagi jika dikabulkan Allah. Amen.. hanya pada-Mu kami serahkan hati dan jiwa kami. Hanya pada-Mu. Thank you Allah
Tuesday, December 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment