Thursday, December 31, 2009

Fi Zhilalil Quran ~

Pada 2 semester lepas, ku dan sahabat hatiku, Munirah drop subjek “method of Dakwah” sbb professor tu sungguh anti pihak pembangkang. Pro kerajaan. Ku bukan drop sbb ku pro pembangkang, tapi segala yang prof kata tu sangat tak sedap di dengar . Cuba bertahan dan bersabar, tapi kemuncaknya kelas ketiga masuk kelas, bab hukum hudud yang cuba dipersoalkan, ku tak dapat bertahan lagi. setelah 3 kelas kami masuk, kami drop. Feel untuk belajar cara-cara berdakwah yang ghirah pada awalnya langsung pudar lantaran akhlaq itu yang sir tampilkan.

“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan. Sungguh ia musuh yang nyata bagimu.” (2:208)

Ayat di atas tu ditujukan khas buat orang beriman! Bukan hanya orang Islam. Tapi Islam yang beriman. Bagaimana? Mereka yang masuk ke dalam Islam secara keseluruhan. Susah senang, sepak terajang, mehnah ujian, tapi harum ikatan berpaksikan aqidah yang satu. Semua tatacara, lifestyle adalah mukmin yang ori. Bukan ambil separuh dan tinggal separuh. Ambil bab ‘Islam itu sederhana, pertengahan, tidak susah’ tetapi tinggal bab hukum hudud. Kerana apa? Takut jika tidak selari dengan kehendak bertuhankan nafsu. Apa lagi yang ingin ditinggal?Tinggal macam-macam lagi lah. (ask yourself how far u understand about Islam, how far u make research and practice all its values, then u judge it. Compare it dengan lifestyle yang u amal sekarang. So, is’t real Islam dalam kitab Allah atau Islam dalam pandangan mata hari ni?

Timbanglah dengan hati. Bukan dengan degil kepala sendiri.

Berbalik kepada professorku tadi, dalam hati sentiasa mendoa’kan kebahagian dia dunia akhirat. Sedar sebelum ajal menjemput…

Seperti satu kisah seorang ulama generasi tabi’in, Ma’ruf al Nakh’I yang terkenal zuhud dan ahli ibadah.. diriwayatkan, suatu hari ia bersama para sahabatnya duduk di tepi sungai di kota Baghdad. Tiba-tiba ada sekelompok pemuda yang datang segerombolan sambil memukul-mukul alat muzik dan meminum minuman keras. Para sahabatnya berkata, “tidakkah engkau lihat mereka bermaksiat kepada Allah dengan air itu, maka doa’kanlah atas mereka.” Ma’ruf al Nakh’I lalu mengangkat tangannya dan berdoa’, Ya Allah ya Tuhanku, sebagaimana engkau bahagiakan mereka di dunia, aku meminta-Mu agar Engkau bahagiakanlah mereka jua di akhirat”. Para sahabatnya hairan sungguh dan mengatakan bahawa mereka minta adalah Ma’ru Al Nakh’I mendoakan keburukan atas mereka. Apa jawab ma’ruf Al Nakh’i? “ Jika Allah membahagiakan mereka di akhirat dan menerima taubat mereka di dunia,apakah itu merugikanmu?
Kemungkaran memang banyak. Kezaliman memang maharajalela. Kita bisa terdorong untuk berdoa’ keburukan kepada mereka yang melakukan kerosakan. Kepada mereka yang lupa dengan Tuhan yang Esa. Kita bisa terpancing mengeluarkan kata-kata yang kesat, yang kotor, keras kepada para pelanggar hukum Allah. Tapi kita membutuhkan orang-orang yang tidak mudah mengeluarkan kecaman yang kasar, omongan keras dan caci maki yang sebenarnya tidak berguna apa-apa untuk merubahkemunkaran dan kezaliman itu. Kita membutuhkan orang-orang seperti Ma’ruf Al Nakh’i.

Padaku, ku ingin benar ilmu itu terus ke hati agar mudah untuk ku amalkan, tapi jika sir berfikrahkan sekular, ku tidak mampu bertahan kerana subjek itu adalah subjek berat. Bukan subjek ekonomi yang mungkin core nya tidak terlalu nampak direct terus kesannya kepada Islamic objektif.

Takdir Allah, semester ini ku ter register sekali lagi untuk subjek “M of D” dengan Prof itu. Minggu pertama sir tak masuk kelas sbb ada urusan. Ku tak perasan, rupanya itu ialah prof ku yang dulu ku drop kerana tak mahu belajar dengannnya. Beza kali ini, ku seorang dalam kelas. Tanpa Munirah si sahabat hati. Tapi bersama saudara muslimah yang baru ku kenali. Solehah orangnya. Kelas sir, banyak melatih jiwa ini bersabar dan semakin menguatkan azam untuk menjadi muslimah yang lebih pantas dan hebat sebagai dai’. Kerana apa? Untuk menunjuk contoh teladan terbaik buat Sir yang sentiasa ku doa’kan kebahagiannya itu. Bersabar kerana sifat anti pembangkang beserta segala fakta-fakta politik relate dengan pembangkang yang tidak sedap untuk ku dengar. Fakta berasaskan seseorang yang anti pembangkang.

Tapi kesabaranku buat kemuncak kalinya teruji amat !!! Bila…….. Sir dengan penuh semangat bercerita tentang As-syahid Syed Qutb dan memandang sadis pada perjuangan as-syahid kecintaan ramai mujahid Islam itu. Sir langsung memenuhi ‘ceramahnya’ dengan mengatakan segala yang tidak patut mengenai as-syahid dan kitab2 as syahid terutamnya kitab Fi Zhilalil Quran. Menangis sir hati muridmu ini. Menangis hiba dari dalam. Mengenangkan kata-kata sir yang ana hormat, mengenangkan rindu kasih ana buat as-syahid yang telah mengabdikan seluruh hidupnya pada perjuangan Islam yang ori.

Luka parah hati ku sepanjang lecture hari itu. Luka parah hati ini hingga kini. Ya Allah, bahagiakanlah profesorku itu. Di dunia dan akhirat. Sinarilah petunjuk-Mu buatnya.
Setelah itu, ku terus membeli buku Fi Zhilalil Quran terjemahan Dr Shalah Abdul Fatah Al Khalidi. Salah satu langkah awal untuk ku membaca Fi Zhilalil Quran terjemahan yang lain. Sebelum ini, ku hanya sekadar tahu mengenai ‘buah cinta’ karangan Sayid Qutub itu tanpa ada langkah proaktif untuk menggali kalimah keramat dari as-syahid itu, tapi bermula detik pembelian itu, ku menyemat tekad untuk menghabiskan pembacaan dan pemahamanku sebelum habisnya semester ini dan menghadiahkan buku ini buat sir. insyaAllah.

Ku menemui lecturer kesayanganku, Dr Mustaffa Omar dan bercerita tentang kesedihanku. Dr Mustaffa gembira dengan langkah tindakanku dan terus meminta ku mendoa’kan professor itu. Syukran Sir.


** mungkin tidak semua ahli pembangkang baik 120% akhlaqnya, tetapi jiwa mereka, tetap jiwa yang mencintai daulah Islamiyah berdiri di bumi Malaysia. Pilihlah yang terbaik dari apa yang ada. Dan berikanlah yang terbaik dari mu untuk ummah!

Tanpa tarbiyah, harakah (organisasi pergerakan) hanya akan menghasilkan peribadi-peribadi yang memahami politik, tapi jiwanya keras dan tidak mengenal kelembutan. (Muhammad Ahmad ar-Rasyid)

Mungkin orang bertanya, apa yang bisa dilakukan oleh tarbiyah? Buktinya kini ramai kader tarbiyah yang ikut larut dan hanyut dalam hiruk pikuk politik.
Saudaraku, kalau engkau hendak memburu dan membunuh tikus di gudang akankah kau gunakan meriam raksasa untuk mengebom gudang demi menangkap tikus? Akankah menangkap ikan dengan menebar racun? Akankau kau gunakan triplek satu meter persegi demi membunuh nyamuk yang bermaharajalela? Ini persis zalim yahudi laknatullah ‘membersihkan’ palestin dan seangkatannnya.

Think creative, for ummah! Islam is peace.

Monday, December 28, 2009

salam kepada ada,

keputusan pemecahan halaqoh memang sesuatu yang penat dan perit untuk dilakukan, tak mudah, tetapi itulah pelayaran sebuah kapal dakwah terus melaju, terus ke hadapan
Allah pernah bertanya,


Alif, Laam, Miim. Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta. (al-ankabut:1-3)

teringat juga kisah Khalid b Walid dilucutkan jawatan sebagai panglima perang yang mana setiap kali peperangan yang dipimpin oleh beliau tidak pernah kalah, namun Allah mengkehendaki agar positionnya sebagai panglima perang digantikan oleh seorang pemuda yang hanya belasan tahun dan tidak pernah mengetetuai peperangan. namun apa jawapannya,...dia redha dia malah lebih bertambah amalnya dengan membantu penglima muda tadi.

bagi seorang dai'ilallah,
berada di posisi mana tidak pernah menjadi tujuan
tidak pernah mempedulikan pandangan manusia

namun bagi seorang dai'ilallah,
di mana dia berdiri di situ akan tumbuhnya ladang dakwah
di mana langit dijunjung di situ akan turunnya hujan rahmat
sentiasa memperdulikan apa pandangan Allah padanya

bagi seorang dai' illallah juga,
setiap detik masanya adalah ruang dan peluang Allah berikan untukNya lebih bertaqarrub padaNya
setiap kejadian menimpanya adalah ruang dan peluang Allah hadirkan padanya untuk lebih rintih dan merayu padaNya agar cinta si hamba kepada tuhannya lebih memuncak
dan setiap perkara yang berlaku padaNya adalah cerminan padanya untuk terus memuhasabah diri agar tetap kembali jika tersalah laluan

tiada sesuatu yang terjadi tanpa hikmahNya, tiada sesuatu yang berlaku tanpa izinNya, tiada sesuatu yang berlaku tanpa cintaNya....

tetap terus bertahanlah...
walau jasadmu terluka
namun iman tidak pernah tergoyang...

akak sentiasa mendoakan ada agar tetap sabar dan lebih baik. ingat berada dalam jalan dakwah memerlukan kita yang memenuhi tuntutannya, bukanlah dakwah memenuhi tuntutan kita.afwan ya ada jika akak banyak melakukan kesalahan dan melukakan hati ada.

jika ada rindu halaqoh kita dulu..
adakah ada rasa akak tidak merinduinya? siang malam akak memikirkan apa yang perlu akak lakukan untuk antunna, namun bagi seorang ibu, walaupun suntikan imun itu sakit, pedih, dan mengalirkan air mata....namun jauh di hadapan harapannya agar anaknya mendapat imun untuk menahan virus-virus mendatang dan agar ia selamat dan terus membesar sebagai anak yang mulia di sisi Allah...

-email balasan dari murabbi lama ku...-
menangis lagi hati ini... oh tuhan~ pulihkan ku ! :(

Sunday, December 27, 2009

ubatilah ku ya Tuhan....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,

Innalillah… Sebak lagi… hati ni diuji lagi oleh tuhan Yang Maha Agung. Sungguh ku rindu. sungguh ku rindu pada kalian semua buah hati kecerianku… buah cinta ku akhawat tersayang… rindu pd ukhti Hijanah, ukhti Fit, ukhti fika, ukhti salwa, ukhti Imraatun, ukhti Linda, ukhti Khairiah… dan murabbi ku, k.sarimah… rindu pada jiwa mereka. Jiwa kami bersama di halaqah. mengapa ku rindu sgt? Pembubaran halaqah baru. Mengapa ya Tuhan, Kau uji ku pada saat ku sungguh2 memerlukan mereka? Bukan ku mengatakan akhawat di halaqah baru ini tidak beriman seperti mereka.. tidak.. adik2 itu sungguh manis teguh beriman.. tapi kenapa tinggal ku seorang dibelakang? Kenapa level ku tidak meningkat seperti akhawat halaqahku yang dulu? Adakah telah Kau gantikan tempatku dengan hamba-Mu yang lebih banyak pengorbanannya di jalan-MU? Adakah infaqku tidak sebanyak daei’ baru yang telah menggantikan sedikit infaqku? Adakah ibadatku tidak segah hamba-Mu yang lebih tulus beribadat kepada-Mu? Adakah malamku tidak berseri tanpa qiam yang berterusan itu digantikan dengan qiam hamba-Mu yang lebih Kau cintai dan kasihi itu? Adakah segala jenis maksiat jahiliyah yang masih ada pada sebatang tubuh yang hina ni menjadi penghalangku berpegangan tangan, penghalang untuk sama2 mengusap mesra bahu akhawat tatkala bertemu di halaqah dan segala program halaqah kita untuk adik2 seperti dahulu? Adakah tingkah akhlaq dan kedhaifan amal tidak melayakkan ku?

Tapisan-Mu yang meletakkan ku pada keadaan ini membuatkan jiwa ini jatuh sakit ya Tuhan. Sungguh ya Tuhan, ku terluka amat. Jika sahabat Rasulullah Bilal tidak mahu lagi azan setelah kematian baginda Rasul, sebak merindui rasulullah lantaran khidmatnya ingin diabadikan hanya bersama Rasul Allah tercinta. Tetapi hari ini, ku jua seakan terkaku pada ketentuan takdir dan seolah mematahkan sebelah kaki untuk melangkah bersama kalian semua. Sungguh ya Tuhan, ku sudah mencuba sedaya upaya ku. Hanya buat-Mu. Ampunkan ku ya Tuhan. Ampunkan ku. Berkati sahabat2ku. Jangan ya Tuhan, jangan tinggalkan ku setelah segala nikmat ukhuwwah fillah telah Kau berikan padaku. Maafkan ku ya Tuhan jika kelancaran kaki ini tertunda lantaran amanat seorang daei’ tidak ku memberikan haknya yang terbaik. Ubatilah hati ini ya Tuhan. Ubatilah hati yang menangis ini.. ku ingin bangkit seperti dulu. Lebih hebat. Lebih pantas. Lebih teratur. Wahai jiwa kepunyaan Allah Yang Maha Esa, kembalilah bermuhasabah. Kembalilah tersenyum. Kembalilah tabah. Kembalilah bersama semangat syahid mereka.

Sahabatku,

Di saat kau senang berair mata,

Berteman cinta Tuhan yang setia,

Aku disini masih terleka,

Dengan cinta manusia yang mengguris luka.



Sahabatku,

Disaat kau gembira mengajak kepada kebaikan,

Agar manusia kembali mengenal tuhan.

Aku disini masih tertekan,

Bersama sumur dosa yang melemaskan.



Sahabatku,

Disaat kau sibuk mencetak pahala,

Menyeru-nyeru agar mencintai yang Esa,

Aku di sini bermanggu air mata,

Kerana kecewa perjuangan semakin sirna.



Sahabatku,

Dalam leka kau mengucap doa,

Supaya jauh dari fitnah dunia dan neraka,

Titipkanlah untukku jua,

Yang masih samar mencari sebutir cahaya.



Aku,

Seperti pungut mendendang puisi,

Puisi rindu kepada sang rembulan,

Namun puisinya hanya sekadar sebutan,

Tak tercipta oleh perbuatan.



Begitulah aku,

Mendengang puisi harapan,

Untuk jua seperti kalian,

Namun puisiku juga sekadar sebutan,

Entah bila tercipta menjadi perbuatan.



Sahabatku,

Pintaku hanya satu,

Jauh mahupun dekat engkau denganku,

Titipkanlah jua sebuah doa untukku,

Agar aku dapat jua merasa nikmat kalbu,

Yang mencintai Allah Maha Satu.





..................................

Monday, December 21, 2009

Ukhuwah mengiringi Hijrah

Dia yang masih duduk bersimpuh selesai solat isyak tadi memaut lututnya, membenamkan kepala di atas kedua lututnya, mengeratkan pelukannya sendiri. Mencari ketenangan dan kekuatan di sebalik doa dalam hati. Berat…itulah yang dirasai hatinya saat ini.

Andaikan diriku bisa seperti yang lain,
Yang Kau sayang yang Kau rindukan yang Kau cintai,
Aku lemah tanpaMu aku lelah aku sungguh tak berdaya,
Tolongku… ya Allah.
Setiap air mata ku mengalir,
Allah aku lemah dan tak bererti,
Setiap derai tangis membasahi,
Allah jangan tinggalkan aku lagi.
Aku sayang Allah,
Aku rindu Allah,
Aku cinta Allah.

Wali: Aku Sayang Allah

Tiba-tiba ada sebuah kucupan lembut hinggap di atas kepalanya. Ah, indahnya sentuhan itu. Dia mendongak. Senyuman diukir, hibanya dibiar sunyi. Gadis bertudung tiga segi bersilang gaya tudung wardina mengambil tempat duduk di sebelahnya. Aisyah, ukhti ICT sahabat rapatnya tahun ke-dua manis tersenyum seperti biasa. Salam persahabatan tersulam ketika masing-masing sering kali solat jemaah bersebelahan di masjid. Akhirnya, senyuman diukir, salam dihulur, ta’ruf berlangsung. Ukhuwah itu bermula dengan senyuman, rupanya.
“Assalamualaikum, anti seorang saja?” Tegur Aisyah sambil menyalaminya. Ummi mengangguk dan mengukir senyuman.
“Ya.” Jawab Ummi pendek. Ummi melihat sekeliling kalau-kalau ada akhowat yang dikenali. Sememangnya akhowat selalu menjadi tetamu di rumah Allah ini tapi kenapa dia merasa keseorangan jua. Ummi mengeluh dalam hati. Kenapa perlu begini selalu hatinya? Sering resah tiada tenang, sedangkan jiwa yang tenang itu pemilik syurga.
“Dari tadi ana perhatikan anti. Ada sesuatu yang boleh dikongsi? Bahu ana ada kalau anti mahu bersandar. “ Tanya Aisyah lagi sambil menatap lembut mata ukht dihadapannya. Usai tilawah al-Quran tadi dia memerhatikan sahabatnya yang duduk bersandar di tiang masjid. Ingin dirapati tapi khuatir jika tidak diperlukan,. Namun ada keberatan hati dan keliru di balik wajah muramnya. Mungkin dia sedang menunggu seseorang menegurnya. Akhirnya didekati, moga insyaAllah mengurangi beban di hati Ummi.
“Tiada apa-apa. Saya elok saja. Cuma… penat.” Balas Ummi lemah lalu mengalihkan wajahnya dari memandang Aisyah disisi.
“Hm, penat assignment, ya? Kepenatan itu ada ganjarannya, sabar dan ikhlaskan hati, ya.” Balas Aisyah lembut. Ummi tidak menjawab hanya terus diam dan mengalihkan pandangannya kepada lampu Kristal itu. Air matanya ingin menitis lagi namun ditahan. Ya Allah, apakah aku pilihan-Mu?
“Hm, kadangkala sunyi itu indah. Baiklah, ana ke hadapan dahulu, ya.” Ujar Aisyah melihat Ummi tidak memberi respon. Dia ingin bangkit, namun Ummi mencapai tangannya mohon agar tetap di situ. Aisyah menunggu Ummi berbicara. Banyak yang disembunyikan walaupun mereka rapat berteman. Mungkin ta’ruf mereka tidak sampai ke sanubari untuk mereka saling menjalin ukhuwah dari hati ke hati.
“Saya cuma…” Ummi akhirnya menangis, Aisyah mengenggam erat tangan sahabatnya.
“Saya merindui Tuhan saya. MerinduiNya, merindu ketenangan air mata yang mengalir tanpa duga untukNya namun… saya seperti hilang arah sekarang… khusyuk solat tak lagi dinikmati. Air mata tiada lagi mengalir untuk menjadi bukti diri menginsafi, saya…ingin merasa indah bersama Allah kembali. Saya terumbang-ambing mencari Allah .Apa yang perlu saya lakukan, Aisyah? Saya tidak seperti akhowat, tenang dalam kata, damai setiap kali bersama.” Ummi mula teresak-esak, dikesat air mata dengan bucu tudungnya. Bergetar hati Aisyah, sang abid mencari cinta Penciptanya.
“Ummi, keindahan bersama Allah itu sesuatu yang tidak ingin dikongsi oleh sesiapa pun. Namun, harus diingat, tatkala kita bersama Allah seorang diri, sangat senang untuk syaitan mencucuk-cucuk jarum futur ke dalam hati kita membuat kita senang untuk kembali goyah menitip rasa cinta untuk Tuhan.” Ujar Aisyah tenang sambil memerhati. Andai dapat dia ukir sebuah lukisan Cinta Allah di hati sahabatnya, ukiran kekal agar dia tetap bahagia, pasti dia lakukan, namun cinta Allah itu menggapainya tak semudah nawaitu. Menggapainya penuh ujian berliku, penuh pengorbanan tanpa jemu, ikhlas syarat dimakbuli.
Ummi memeluk lututnya kembali dan membiarkan kepalanya terbenam dalam pelukan tubuhnya lagi. Air matanya menitis lagi tatkala hal ini diungkit-ungkit. Futur? Tangan Aisyah menyentuh lembut bahu sahabat disisi lalu digosok perlahan-lahan agar reda sedikit kekalutan.

“apa yang saya cari di jalan dakwah, apa yang terus saya lalui, membuat saya sedar, saya pejuang yang lemah. Apa yang dicari seperti tidak layak dimiliki.” Respon Ummi perlahan membiarkan airmatanya mengalir, berat.

“Ummi apa yang kita cari sebenarnya telah Allah tunjuki tujuannya. Cuma tujuan itu terlalu sukar untuk ditempuhi oleh setiap jiwa, namun halwanya sangat indah untuk dinikmati. Jalannya pula bukan untuk dilalui sendirian. Ada lubang-lubang dalam di hadapan, ada gaung naga kiri dan kanan, silap langkah tergelincir ke kiri, terjelepok di tengah jalan. Sukar untuk melangkah sendirian dijalan ini tapi habuannya ada syurga abadi menanti.” Aisyah berjeda menghela nafas tenang.
“Apapun yang Ummi cari dalam hidup ini, pastikan apa yang dicari itu adalah apa yang ditunjuki Allah. You’re just on its right way, for sure. “ KataAisyah tegas sambil memegang kemas bahu sahabatnya.

“Dakwah itu terlalu berat untukku.” Ujar Ummi mendatar.
“Benar, dakwah itu terlalu berat untuk dipikul tapi wajib dilaksanakan.” Balas Aisyah.
“Dan saya gagal…lagi,huh!” Ummi mengeluh perlahan.
“Bukan gagal, cuma… futur.”
“Futur itu tatkala iman menurun, tatkala ibadah berkurang kualiti dan kuantiti dan tatkala kita lagho dengan nikmat kehidupan. Futur itu bukan kegagalan tapi ujian kerana dakwah ini bukan kerja yang senang. Perlu hikmah dan ilmu dan perlu kepada TEMAN!” Ujar Aisyah lagi.
“Mereka sudah jauh dalam jalan ini, mereka sudah lama. saya juga sudah lama namun saya masih disini, keseorangan. Futur? Hm, barangkali.”Kata Ummi sayu.
“Memang sebahagian mereka sudah jauh, sudah lama, tapi jangan disangka mereka tidak lagi bersama. Mungkin kita yang mencipta beza.” Aisyah membetulkan persepsi Ummi.
“Jalan ini barangkali tidak sesuai untuk saya. Kadangkala terfikir andai DAKWAH INI DILEPASKAN.”
“JANGAN!” Potong Aisyah tiba-tiba.
“JANGAN PERNAH TERLINTAS UNTUK TINGGALKAN DAKWAH!” Matanya tiba-tiba berkaca. Aisyah tersentak dengan intonasi tegas Aisyah.

“Ummi, Dakwah itu jiwa Rasulullah. Hidup matinya hanya untuk menyeru manusia kembali mentauhidkan Allah. Dakwah itu telah banyak melukai jiwa dan jasad baginda dengan tohmahan, kejian, caci maki, ugutan, boikot, pengkhianatan. Darah dan airmata sentiasa menemani sirah baginda. Namun, baginda tidak pernah merungut apatah lagi terlintas meninggalkan dakwah yang terpikul cukup berat oleh baginda. Ini jalan baginda dan rasul-rasul sebelumnya, ini jalan sahabat, ini jalan salafus-saleh, ini juga jalan mereka yang hidup mulia dan mati syahid impiannya. INI JALAN KITA, JALAN KE SYURGA. Tak mahukah berterusan di jalan dakwah ini?Tak mahukah menarik saudara kita yang lain menyelusuri bersama jalan ini?” Aisyah berjeda, menahan sebak didada. Dia, hampir meninggalkan dakwah juga.

“Ummi, dakwah ini terlalu panjang, tiada penghujung perjuangan. Kerana itu Allah sediakan jalan-jalan yang bercabang. Dakwah itu ditakuti, dianggap tugas budak pondok, ustaz-ustaz yang berceramah tak henti di masjid-masjid. Dakwah itu di tanggapi sebagai punca keganasan. Dakwah itu dianggap menjauhi kemodenan. Dakwah itu bertudung litup, dakwah itu ini yang tidak betul. Dakwah itu terlalu banyak tohmahan dari jiwa yang kusam daripada basiroh keagamaan.
Sesiapapun pernah merasai futur, pernah merasa kurang ikhlas, seperti kisah Abu Bakar yang mengadu kepada baginda S.A.W bahawa saat dia bersama baginda, dunia ini bukan tarikannya, namun tatkala bersama keluarga, perasaan itu hilang, dan dia sedikit terleka dalam kenikmatan dunia.

Ummi, merasa futur itu tatkala hati merasa kontang untuk menyeru kepada ketauhidan Tuhan lebih baik daripada berfikir untuk meninggalkan jalan dakwah ini. Rasulullah,betapa sukar perjalanannya menuju hijrah, betapa sakit dikhianati perjanjian- perjanjian dengan kafirun, betapa penat dengan pertempuran demi pertempuran, betapa pilu dengan cacian dan hinaan namun semuanya ditelan tanpa sebarang rasa kefuturan. Toif, menghinanya dengan balingan batu oleh kanak-kanak. Dimalukan sedemikian rupa, tapi didoa jangan ditimpa murka kerana khuatir tiada yang akan membawa risalahnya al-qubra. Ka’bah menjadi saksi dirinya dilumur dengan najis tatkala sedang sujud sehingga Saidatina Fatimah menangis keharuan. Lembaran surat dan pena menyaksikan pengkhianatan demi pengkhianatan dari kafirun serta kaum Yahudi Khaibar dan Nadhir yang tidak dapat menerima kenyataan bahawa utusan terakhir bukan dalam kalangan mereka.

Semua itu tidak pernah melemahkan baginda untuk memperjuangkan Islam dan mentauhidkan Allah. Rasulullah, begitu sukar mempertahankan dakwah Islam namun kita…mengapa hingga sampai terlintas untuk meninggalkan jejak sunnah perjuangannya? Jangan begitu, ingatlah! “ballighuni walau ayah.” Walau sepotong kebaikan dari baginda, sampaikanlah! Cukup untuk kita ambil ikhtibar betapa dakwah islam ini terlalu memerlukan jundullah yang sanggup menyampaikan risalahNya.. Jangan, JANGAN TERLINTAS UNTUK MENINGGALKAN DAKWAH. Kasihani baginda, kasihani baginda…” Air mata Aisyah tiba-tiba menitis ke pipi di sapu lekas. Ummi tergamam dengan bicara Aisyah. Kenapa dia sanggup melupai jerih Rasulullah?

“Aisyah, Dakwah itu memerlukan jiwa yang kental, jiwa yang hamasah, dan saya tidak memilki jiwa itu.” Kata Ummi tidak mampu lagi menentang mata sahabatnya, matanya kembali merenung lampu Kristal di tengah-tengah ruangan masjid UIA itu. Seketika kemudian lampu itu padam, Ummi kecewa, itukah hatinya kini? Sudah padam dari izzah dakwah? Sudah kembali kusam dan lemah dalam perjuangan. Ya Rasulullah…maafkan aku. Monolog Ummi sendirian, ragu-ragu untuk memujuk sahabat yang hiba disebelahnya.

“Ummi, benar Dakwah itu memerlukan jiwa yang kental, semangat iman yang utuh untuk mengistiqomahkan gerakan dakwah dan ia boleh dimiliki oleh sesiapapun, asalkan kita mahu melalui jerih payah jalan dakwah ini. Hanya dari situ kita akan dapat membentuk hati yang kental dan hamasah. Dakwah ini jangan dilalui sendirian, nanti cepat kepenatan. Ukhuwah menguatkan impian untuk terus thabat menyebarkan dakwah Islam Jangan terburu berputus asa. Jangan biarkan bisikan futur menusuk hati, nanti sukar untuk diubati.” Ujar Aisyah menasihati.

“saya menyedari semua itu, tapi entah kenapa saya sering merasa merasa keseorangan, saya sangat sendirian di jalan ini. Berkali-kali saya jatuh, saya bangkit, merangkak mengejar kalian. Kalian semakin pantas berlari, berpimpin tangan sesama sendiri, sedangkan saya terus meranggak bertongkatkan dua tangan yang semakin reput. Akhirnya, saya terus disini lagi… saya bukan seperti kalian.” Ummi menghamburkan kekecewaan hatinya. Aisyah terkejut, mereka bertentang mata.
“Kenapa Ummi biarkan diri Ummi sendirian dijalan ini, kami sentiasa ada untuk Ummi, memang sebahagian dari akhowat sudah jauh berlari-larian di jalan ini, kerana mereka YAQIN tujuan mereka namun masih ramai lagi yang merangkak ke sana, tak kurang juga yang masih tetap tak kemana dan terlalu ramai yang masih belum jumpa lagi jalan ke sana. Ummi, Allah sedang memilihmu. Allah sedang menguji imanMu. Jalan ini tercipta untukmu, dan Ummi sudah berada di atasnya. Sabarlah, tuaiannya di akhirat, disini kita bekerja dahulu.” Pujuk Aisyah penuh harap agar futur sahabatnya tidak lama.

Kadangku merasa bimbang,
Berada di dunia yang lapang ini,
Sampai kapan harus berjuang,
Di jalan dakwah panjang.
Takutku akan semua,
Semua yang tak akan berlanjut lagi,
Hanya kerana memikirkan,
Nafsu dunia yang fana.
Rasa futurku menghalangiku,
Menempuh semua perjalanan imanku,
Aku pun ingat semua teman-temanku yang masih cuba membimbingku.
Yang masih cuba membimbingku.

Fatih: Futur
“Aisyah…saya…” Ummi tidak dapat meneruskan kata. Tangannya menggenggam erat tangan sahabatnya. Ummi menangis lagi, kali ini semakin kuat. Tolong saya..andai itu mampu diluahkannya.
“Ummi, ana sentiasa ada untuk anti, walau tidak dimata tapi di hati ana ada ruang untuk anti. Dalam doa ada titipan untuk anti. Ana akan tolong anti menyusuli jalan ini. Kita akan sama-sama bersama-sama akhowat yang lain untuk terus thabat dijalan ini. Kami ada untuk Ummi.
Seorang sufi pencinta Allah mengungkapkan:

“Langit nan tinggi dapat kita jangkau, isi perut bumi dapat kita gali. Tapi apakah pernah kita gali dan kita jangkau diri kita sendiri? Sesungguhnya orang-orang yang dapat menggali dirinya maka ia akan temukan intan permata yang tak ternilai harganya”

Ada intan permata yang berharga dalam dirimu yang bernilai untuk perjuangan dakwah baginda. Sabarlah, sabar itu sunnah baginda.” Pujuk Aisyah.

“Lalu, apa yang membuat awak thabat dijalan ini? Jalan yang mengecewakan tatkala ajakan kita tidak diendahkan. Diajak lembut bak madu, dibalas pahit bak hempedu. Jalan ini sungguh bagi saya memenatkan, saya takut jika tak mampu bertahan.” Tanya Ummi menduga kekentalan iman sahabatnya.
“Ummi, setiap pejuang Islam pernah merasa futur. Futur itu bukan kegagalan tapi ujian. Futur iti mengajar kita jangan berbangga dengan iman yang tinggi, jangan dibangga amal yang tak seberapa. Futur itu mengajar kita erti ikhlas tatkala kita berjuang dalam kefuturan. Ada hikmah disebalik kefuturan itu. Tapi jangan dibiarkan lama, itu pentingnya kebersamaan dalam perjuangan. Ukhuwah itu akan menarikmu kembali kepada Islam dan Iman.

Ana juga pernah futur. Futur itu membuat ana terfikir, mengapa sukar sekali menitip ikhlas dalam perjuangan, mengapa sukar sekali mendorong jasad menyebarkan dakwah dan mencari ilmu mengenal Tuhan. Akhirnya, Allah menunjuki jalan melalui sirah Rasulullah. Ana yakin semua antara kita mengetahui kisah ini.” Ummi tekun mendengar.
Setelah cahaya Islam datang ke Mekah, ia menggusarkan hati ketua-ketua Quraisy. Si Muhammad sedang menyebarkan ajaran baru yang menghina nenek moyang dan sembahan mereka Latta dan Uzza. Kekhuatiran itu akhirnya mendorong mereka untuk bertemu dengan Abu Thalib, bapa saudara yang telah memelihara baginda Rasulullah setelah datuknya meninggal untuk memujuk baginda menghentikan ajakannya. Perempuan cantik dan kekayaan tersedia untuknya jika baginda bersetuju.
Akhirnya, Abu Thalib yang khuatir dengan keselamatan baginda menyuruh baginda bertemu dengannya dan memberitahu hal tersebut.

“Anak saudaraku, orang-orang Quraisy menyuruhmu agar berhenti berkhutbah, kalau diteruskan pak cik rasa tidak dapat menolong engkau. Pakcik sudah tua, pak cik tak berdaya melawan mereka, mereka jiran pakcik ,bangsa pakcik yang pakcik kenal selama hidup ini. Adakah penting khutbahmu ini Muhammad sehingga kau dan aku perlu mati untuk ini? Perlukah ada pertumpahan darah dikota ini, untuk keamanan Mekkah, hentikanlah khutbahmu ini.”

Abu Thalib, satu-satunya saudara terdekatnya yang selama ini melindunginya meremukan hatinya dengan kata-kata demikian. Rasulullah merasa sangat sedih, namun kata-katanya selepas itu bukan kata-kata putus asa.
Rasulullah:
“Jika mereka meletakan matahari di tangan kananku, dan bulan dikiriku, aku tetap menjalankan tugas, aku tetap akan teruskan sehingga wahyu allah mengatasi segala-galanya. Hingga aku sendiri pun telah tiada.”
Setiap kalli ana merasa lemah dijalan ini, kisah Rasulullah ini memujuk agar terus kuat. Seperti Rasulullah sedang berbicara: Jangan putus asa wahai Aisyah, teruskanlah sunnahku setelah aku tiada.” Masing-masing diam setelah Aisyah usai bercerita.
“Aisyah, pimpinlah saya juga bersama dalam dakwah tarbiyah ini.” Pinta Ummi, menolak jauh ego dihati, benar-benar hati ingin kembali. Ya Rasulullah, maafkan aku, terlupa lagi tentang perjuanganmu, monolog Ummi. Aisyah mengenggam tangan Ummi, matanya direnung lembut.
“Ummi, ana dan akhowat yang lain akan memimpin anti, kita akan sama-sama di jalan ini.” Balas Aisyah penuh bersemangat di hati.
……………
“Apa khabar imanmu, Ummi?” Tanya Aisyah ketika mereka berjalan berdua-duan setelah pulang dari pengajian ta’lim Ustaz Imran. Kelihatan tadi Ummi begitu tekun mendengar ceramah mengenai Hikrah Rasulullah sempena sambutan ma’al hijrah. Sesekali kelihatan Ummi mencatit sesuatu dari mutiara-mutiara ilmu yang disampaikan. Sesekali matanya kelihatan termenung jauh setelah tayangan video yang disediakan oleh akhowat.
“Alhamdulillah, iman saya sihat.” Beritahu Ummi tersenyum. Kelihatan wajahnya tenang sekali. Aisyah mengangguk senang.
Sedang mereka leka berbicara tentang penyampaian talim itu tadi, Aisyah merasa terganggu apabila Ummi asyik bertukar-tukar kiri kanan ketika berjalan dengannya. Aisyah memerhatikan sekeliling, tiada apa-apa. Lalu Aisyah berhenti sehingga Ummi juga turut mematikan langkahnya.
“Ummi, kenapa dengan anti, sekali ke kiri sekali ke kanan. Ada apa-apakah?” Tanya Aisyah membuang tanda tanya di hati. Bukan tidak senang perbualan mereka sesekali terganggu dengan perlakuan Ummi, namun jelas kelihatan kerunsingan di wajah sahabatnya.
“Saya.. hanya ingin melindungi awak. Kalau awak perasan ada anjing-anjing kiri dan kanan kita di sana.” Beritahu Ummi perlahan-lahan tanpa memandang kiri-kanan. Jelas kelihatan Ummi kerisauan. Aisyah tesenyum.
“Lalu kenapa pula perlu berjalan ke kiri dan ke kanan?” Tanya Aisyah, cuba mengaitkan tingkahlaku Ummi dengan haiwan tersebut.
“Saya takut jika dia akan menerkam kita. Jadi.. saya harap dia tidak akan menerkam awak kalau saya sudah ada di sebelah awak.” Beritahu Ummi, Aisyah terkejut. Perlukah begitu sekali?
“Walaupun anti sebenarnya takut?” Duga Aisyah. Ummi mengangguk perlahan-lahan.
“Ummi, haiwan itu kan jinak. Tak perlu takut dengan anjing-anjing tersebut, kita tidak ganggu pun anjing-anjing itu. Jangan risau,ya?” Aisyah menenangkan.

“Saya ingin ingin seperti Abu Bakar as-Siddiq yang berjalan ke kiri dan ke kanan, ke depan dank ke belakang Rasulullah saat mereka bersama menyusuli ke madinah.

Saya juga ingin melindungi sahabat saya ini kiri dan kanan, depan dan belakang dari diterkam si anjing-anjing yang sedang memerhatikan kita berjalan.” Kata-kata Ummi membuat Aisyah sekali lagi tercengang. Halus sekali pemerhatiannya.

“Ummi, hijrah Abu Bakar dan Rasulullah diiringi oleh ikatan ukhuwah yang berteraskan satu akidah. Ukhuwah mereka disulam sebuah keikhlasan sehingga Abu Bakar sanggup mempertaruhkan nyawanya demi keselamatan Kekasih Allah dari dianiaya. Tapi ukhuwah mereka bukan hanya menerima, Rasulullah memujuk kerunsingan Abu Bakar dengan berkata “ Jangan Takut, sungguh Allah bersama kita berdua.”” Aisyah menerangkan inti perjalan hijrah Rasulullah dan sahabatnya as-Siddiq. Ummi mencapai tangan Aisyah disebelahnya.

“Aisyah, jika begitu, hijrah saya ini kepada Tarbiyah tidak ada maknanya jika tidak saya iringi dengan ikatan ukhuwah dengan awak kan?” Duga Ummi. Kali ini dia tidak mahu lagi menyusuli jalan pentarbiyahan ini keseorangan.

“Ummi tidak akn keseorangan lagi dalam penghijarahan suci ini. Ummi ada ana dan akhowat yang lain yang pasti antara kita sama-sama berpimpin tangan, menguatkan iman antara satu sama lain untuk terus ikhlas dan thabat dijalan ini.” Ujar Aisyah membuat mereka tersenyum tenang.

Akhirnya Ummi tidak akan lagi sendirian dijalan ini…Ummi punya Aisyah yang akan terus memimpinnya dalam pentarbiyahan ini. Dan mereka memiliki akhowat yang tidak akan pernah jemu untuk memimpin dan menguatkan antara satu sama lain untuk teus thabat dijalan ini.

Saudaraku,

Tarbiyah ini ku pilih sebagai jalan,
Walau selalu ku tertinggal di belakang,
Sering pula terjelopok kepenatan,
Namun aku masih bertahan.

Walau kekadang ku merasa kalian jauh,
Walau selalu ku ingin menyulam kasih,
Walau selalu ingin kau pimpin tanganku,
Namun aku tidak mahu jemu.

Aku masih bertahan,
Mencari ruang-ruang ikatan,
Ikatan ukhuwah yang menguatkanku untuk bertahan,
Walaupun jarang sekali mampu ku lafazkan.

Saudaraku,

Maafkan aku berterus terang,
Aku ingin sekali bersama kalian,
Beriringan di jalan pentarbiyahan,
Aku juga ingin seperti kalian,
Masing-masing merindui Tuhan.

Saudaraku,

Bukan salah kalian,
Tatkala aku menjauhi,
Aku hanya ingin mencari diri,
Akhirnya aku menginsafi,
Aku tak mampu lagi sendiri.

Saudaraku,

Bawalah aku kepada Tuhan,
Kenalkan aku dalam sunnah berjuang,
Agar aku juga mampu membuktikan,
Dihadapan Tuhan,
Aku juga pejuang Islam.

Selesai….. 


-bicara cinta dari ukhti Raihan Mansor. well done sayang :)

Tuesday, December 15, 2009

cemburu!

Cemburu! Cemburu dalam hati ni. Cemburu saat menatap tulisan hebat akhawat2 menyusun kata, menata tiap baris ayat ke ayat yang lain.. gagah bercerita mengenai kegiatan dakwah dah harian masing2 lalu mencabar iman yang kian redup dalam diri pembaca keluar menjengah penuh i’zzah! Ah, apalagi yang ku tunggu? Apa kurangnya dengan dirimu? Apa lagi alasan yang mahu ku cipta kali ini? Mereka semakin pantas. Pantas mengetuk hati-hati lembut yang mencari kebenaran. Umpama Musha’b ibn Umair yang berjaya mengislamkan sebahagian besar ummat Muhammad sebaik mendapat amanah, menuju penuh bergaya ke medan jihad di bumi Habsyah (Madinah). Seluruh Bani Abdul Asyhal masuk Islam. Tidak ada satu rumahpun dari rumah orang-orang anshar kecuali di dalamnya terdapat orang-orang yang telah memeluk Islam. Bergayanya Mush’ab b Umair. Jatuh sayangnya Muhammad SWT kepadanya. Jatuh cintalah jua diri ini mengenangkan Musha’b b Umair yang pasti menempuhi pelbagai mehnah dalam menyebar risalah nabi Allah itu. Diri ini? Muslimah ini adakah hanya cukup merasa cemburu dan membiarkan rasa itu lenyap di dalam lena sedarmu? Ya Allah, betapa Kau mengetahui, ku ingin berlari selaju mugkin pada-Mu. Ku ingin dan ku mahu sekali ya Tuhan. Sinarilah ya Allah, sinarilah jalanku dan insan2 yang ingin menjadi seperti mereka.

Perjalanan aktiviti dakwah di blokku berjalan semakin cemerlang dengan bantuan akhawat2 buah hati tercinta. Setelah 2 tahun jawatan presiden blok yang ku pegang, semester ini kelihatan lebih baik, cerah dan ceria. Dulu, impiku ingin semua ahli blokku sembahyang berjemaah di surau. Akhirnya impi itu membawa kepada ‘action’. Ku gagahkan diri menahan pelbagai rasa mengetuk pintu semua bilik yang mempunyai 4 level di blok H mahallah safiyyah untuk mengejutkan penghuni blok tecinta. Bimbang mereka tidak sedar untuk bangun sembahyang subuh. Bimbang jika amanah ini menjadi sebab langkah kaki ini tidak lancar ke Firdaus yang harum mewangi. (ku sentiasa membayangkan dan berdoa ruangku di sana di penuhi mawar putih dan merah jambu..itulah anganku. Kabulkan ya Allah.. ameen) Bimbang jika mereka persoal amanat pada jawatan, apatah lagi kesihatan fizikalku yang mampu dan bertenaga anugerah Ilahi ini tetapi tidak melakukan sebarang tindakan tatkala ada laporan yang ku terima mengatakan ada anak buahku tidak bersembahyang. Di waktu lain, mungkin tidak mampu untuk ku atau kawan-kawan mereka memerhati dan mengawalnya, tetapi di waktu subuh, pasti kelihatan sekali jika ada tubuh masih lena dalam selimut, angkuh membiarkan arahan dari Yang Maha Tinggi begitu sahaja. Ku tahu, mungkin ada insan yang ingin bangun awal membisik kalimah cinta buat Yang Maha Kuasa. Ku tahu, pasti ada hati yang rindu ingin bersembahyang jemaah di surau kami di level 3. Ku tahu, pasti ada jiwa yang merasa ingin diisi dengan kekuatan sembahyang bersama-sama di permulaan hari yang fresh. Lantas, setelah beberapa ketika ku menge’test’, ku memujuk BRC (block representative council) ku yang lain pula untuk membantu. Kami susun jadual imam. Kami susun tugas siapa mengejutkan level mana saban minggu. Subhanallah, mereka bersedia bersamaku menyempurnakan impian ini. Walau ada kadang-kadang PIC ^Person in charge^ terbabas waktu tidur (dan ku akan membantu mengejutkan penghuni di level PIC yang tanpa sengaja terlepas tugas) Terima kasih tidak terhingga buat vice president ku (hajar) Dakwah n tarbiyah ^DNT^ ku( cik maz), Entrepreneurship ku (izzah) dan yang lain2.. (maaf tidak sempat menyebut nama BRCs semuanya. Walau demikian, pasti Allah ‘melihat’ usaha kalian )

Semester ini pula semakin kemas kami susun aktiviti dengan iftar bersama setiap hari isnin. Slot tazkirah dan berukhuwwah juga menjadi kewajipan. Ya Tuhan, semua ini adalah hasil tarbiyah yang berjaya memicu komitmen. Syukran ya Tuhan. Syukran akhawat-akhawat kesayangan hati ini. Ya Tuhan, meriahkanlah blok ku dengan kemeriahan ibadat dan kasih sayang. Hiburkanlah hati kami dengan seronoknya berjemaah bersama di kala subuh, maghrib dan isyak.. hati ini semakin sayu mengenangkan diri yang semakin menghampiri hari2 terakhir di bumi UIA. Semoga ku sempat meninggalkan pewaris untuk blok ku. Untuk mahallah ku. ku sayang amat pada UIA yang mengenalkanku akan pahit tetapi penuh kemanisan dalam tarbiyah. Bantulah ku ya Tuhan. Bantulah ku akhawat2.. doa’kan ku dapat mencari mad’u di blokku.. bangkitlah diri. Majulah!

Akhawat-akhawat datang mengimarahkan surau, iftar bersama di blok ku walau mereka adalah dari blok lain.. maafkan diri ini. Diri ini masih belum mampu berdiri sendiri tanpa kalian. Indah bersama akhawat tercinta merancang aktiviti tarbiyah. Angan ku yang terbaru telah ku sampaikan pada mereka. Ku ingin set up company for jemaah haji. Untuk itu, ku berangan bekerja dengan tabung haji dahulu untuk mendapatkan pengalaman. Kemudian membina company ku sendiri. Company kami. Akhawat-akhawat yang ‘bind’ dengan scholarship boleh bekerja dulu dengan scholars mereka sambil2 mengumpul tabungan untuk company kita. Hehe seronok betul mencipta impian ini. Subhanallah alangkah indahnya jika menjadi nyata. Membayangkan sahaja sudah menguntum buah keceriaanku, apatah lagi jika dikabulkan Allah. Amen.. hanya pada-Mu kami serahkan hati dan jiwa kami. Hanya pada-Mu. Thank you Allah 

Monday, December 14, 2009

Qum

Assalamualaikum para penyangga dakwah yang dicintai...

IMAN.
iman itu tidak akn mmbuatkan kita berdiam diri...iman itu akan melahirkan jiwa yang penuh ghirah,penuh rindu pada gerak kerja dakwah..iman itu akan terpancar melalui amal2.. bkn kah kita telah bersama sepakat bahawa tiada lagi perkataan 'diam' dlm kamus hidup kita..yg tggl hnyalah 'bergerak'.

MOMENTUM.
momentum iman yg diperoleh di MD lalu, jgn bazirkan dgn kerehatan yang akhirnya ditarik oleh unsur2 negatif. terus sja bergerak dlm bntuk apa sj, dkwah itu harus brjalan. krn kita telah mengetahui, akademik bknlah bahagian lain dr dkwah malah slh 1 komponen dlm dkwah shgga telah dipilihnya akademik itu sbgai 'bold title' dlm resolusi yg lalu...

TRANSFORM.
semngat mmbaca sirah ,menghafal, dan menjawab kuiz, transformkan kepada akademik pula...manfaatkan setiap cas2 positif yang bisa stimulate ruh kita..menjadikan kita semakin hebat dlm akademik dan juga hebat dlm dkwah...

KOMITMEN.
teruslah berkomitmen atas jln ini...di mana lagi akan kau cari jalan sebegini..jalan di mana kau merasakan Allah menggenggam jiwamu,jalan di mana kau sgt merasakan keberkatan yang Allah beri padamu,jalan di mana kau merasa dirimu berdosa walaupun kau hanya meninggalkan solat dhuha ataupun kau terlajak tidur lalu terlepas waktu qiam...di mana lg?? renungkanlah wahai pengemban dakwah...muhasabah. .mantapkan TZ..terus beramal dan bersamalah dlm medan...

DIRIKU.
emm...sesungguhnya diriku sedang beri tausyiah pd diriku sndiri..kerana aku merasakan "selintas ku terfikir utk meninggalkan jalan ini, semakin kuat tarikannya mengikatku. sngguh erat pelukannya.. sungguh kumerasa Allah begitu syg pd diriku..."
mana bisa kucetuskan lintasan ini di fikiranku... sungguh Abdullah Rawahah shbt Nabi SAW juga pernah terlintas sedikit keraguannya, lalu terimalah ia mahligai yg sedikit miring..apa pula kita wahai penyambung perjuangan para nabi dan rasul.m

ayyuhal akhawat..Qum!
-ukhti sheeera-

Saturday, December 12, 2009

surat cinta untuk ukhti

surat cinta
untuk ukhti

========

Ukhti....

Besarnya kerudungmu tidak menjamin sama dengan besarnya semangat jihadmu menuju
ridho Tuhanmu, mungkinkah besarnya kerudungmu hanya digunakan sebagai fashion
atau gaya jaman sekarang, atau mungkin kerudung besarmu hanya di jadikan alat
perangkap busuk supaya mendapatkan ikhwan yang diidamkan.., bahkan bisa jadi
kerudung besarmu hanya akan dijadikan sebagai identitasmu saja, supaya bisa
mendapat gelar akhwat dan dikagumi oleh banyak ikhwan.

Ukhti....

Tertutupnya tubuhmu tidak menjamin bisa menutupi aib saudaramu, keluargamu
bahkan diri antum sendiri, coba perhatikan sekejap saja, apakah aib saudaramu,
teman dekatmu bahkan keluargamu sendiri sudah tertutupi, bukankah kebiasaan
buruk seorang perempuan selalu terulang dengan tanpa disadari melalui
ocehan-ocehan kecil sudah membekas semua aib keluargamu, aib sudaramu, bahkan
aib teman dekatmu melalui lisan manismu.

Ukhti....

Lembutnya suaramu mungkin selembut sutra bahkan lebih daripada itu, tapi
akankah kelembutan suara antum sama dengan lembutnya kasihmu pada saudaramu,
pada anak-anak jalanan, pada fakir miskin dan pada semua orang yang
menginginkan kelembutan dan kasih sayangmu.

Ukhti....

Lembutnya parasmu tak menjamin selembut hatimu, akankah hatimu selembut salju
yang mudah meleleh dan mudah terketuk ketika melihat segerombolan anak-anak
palestina terlihat gigih berjuang dengan berani menaruhkan jiwa dan raga bahkan
nyawa sekalipun dengan tetes darah terakhir, akankah selembut itu hatimu
ataukah sebaliknya hatimu sekeras batu yang ogah dan cuek melihat ketertindasan
orang lain.

Ukhti…

Rajinnya tilawahmu tak menjamin serajin dengan shalat malammu, mungkinkah
malam-malammu dilewati dengan rasa rindu menuju Tuhanmu dengan bangun ditengah
malam dan ditemani dengan butiran-butiran air mata yang jatuh ke tempat sujud
mu serta lantunan tilawah yang tak henti-hentinya berucap membuat setan
terbirit-birit lari ketakutan, atau sebaliknya, malammu selalu diselimuti
dengan tebalnya selimut setan dan di nina-bobokan dengan mimpi-mimpi jorokmu
bahkan lupa kapan bangun shalat subuh.

Ukhti....

Cerdasnya dirimu tak menjamin bisa mencerdaskan sesama saudaramu dan
keluargamu, mungkinkah temanmu bisa ikut bergembira menikmati ilmu-ilmunya
seperti yang antum dapatkan, ataukah antum tidak peduli sama sekali akan
kecerdasan temanmu, saudaramu bahkan keluargamu, sehingga membiarkannya begitu
saja sampai mereka jatuh ke dalam lubang yang sangat mengerikan yaitu
maksiat....! !!

Ukhti....

Cantiknya wajahmu tidak menjamin kecantikan hatimu terhadap saudaramu, temanmu
bahkan diri antum sendiri, pernahkah antum menyadari bahwa kecantikan yang
antum punya hanya titipan ketika muda, apakah setelah tujuh puluh tahun kedepan
antum masih terlihat cantik, jangan-jangan kecantikanmu hanya dijadikan
perangkap jahat supaya bisa menaklukan hati ikhwan dengan senyuman-senyuman
busukmu.

Ukhti....

Tundukan pandanganmu yang jatuh ke bumi tidak menjamin sama dengan tundukan
semangatmu untuk berani menundukkan musuh-musuhmu, terlalu banyak musuh yang
akan antum hadapi mulai dari musuh-musuh islam sampai musuh hawa nafsu
pribadimu yang selalu haus dan lapar terhadap perbuatan jahatmu.

Ukhti....

Tajamnya tatapanmu yang menusuk hati, menggoda jiwa tidak menjamin sama dengan
tajamnya kepekaan dirimu terhadap warga sesamamu yang tertindas di Palestina,
pernahkah antum menangis ketika mujahid-mujahidah kevil tertembak mati, atau
dengan cuek bebek membiarkan begitu saja, pernahkah antum merasakan bagaimana
rasanya berjihad yang dilakukan oleh para mujahid-mujahidah teladan.

Ukhti....

Lirikan matamu yang menggetarkan jiwa tidak menjamin dapat menggetarkan hati
saudaramu yang senang bermaksiat, coba antum perhatikan dunia sekelilingmu
masih banyak teman,saudara bahkan keluarga antum sendiri belum merasakan
manisnya islam dan iman mereka belum merasakan apa yang antum rasakan, bisa
jadi salah satu dari keluargamu masih gemar bermaksiat, berpakaian seksi dan
berperilaku binatang yang tak karuan, sanggupkah antum menggetarkan hati-hati
mereka supaya mereka bisa merasakan sama apa yang kamu rasakan yaitu betapa
lezatnya hidup dalam kemuliaan islam.

Ukhti....

Tebalnya kerudungmu tidak menjamin setebal imanmu pada sang Kholikmu, antum
adalah salah satu sasaran setan durjana yang selalu mengintai dari semua
penjuru mulai dari depan belakang atas bawah semua setan mengintaimu, imanmu
dalam bahaya, hatimu dalam ancaman, tidak akan lama lagi imanmu akan
terobrak-abrik oleh tipuan setan jika imanmu tidak betul-betul dijaga olehmu,
banyak cara yang harus antum lakukan mulai dari diri sendiri, dari yang paling
kecil dan seharusnya di lakukan sejak dari sekarang, kapan lagi coba....??!!

Ukhti....

Putihnya kulitmu tidak menjamin seputih hatimu terhadap saudaramu, temanmu
bahkan keluargamu sendiri, masihkah hatimu terpelihara dari berbagai penyakit
yang merugikan seperti riya dan sombong, pernahkah antum membanggakan diri
ketika kesuksesan dakwah telah diraih dan merasa diri paling waaah, merasa diri
paling aktif, bahkan merasa diri paling cerdas diatas rata-rata akhwat yang
lain, sesombong itukah hatimu, lalu dimanakah beningnya hatimu, dan putihnya
cintamu.

Ukhti....

Rajinnya ngajimu tidak menjamin serajin infaqmu ke mesjid atau mushola,
sadarkah antum kalo kotak-kotak nongkrong di masjid masih terlihat kosong dan
mengkhawatirkan, tidakkah antum memikirkan infaq sedikit saja, bahkan kalaupun
infaq, kenapa uang yang paling kecil dan paling lusuh yang antum masukan,
maukah antum diberi rizqi sepelit itu.

Ukhti....

Rutinnya halaqahmu tidak menjamin serutin puasa sunah senin-kamis yang antum
laksanakan, kejujuran hati tidak bisa dibohongi, kadang semangat fisik begitu
bergelora untuk dilaksankan tapi, semangat ruhani tanpa disadari turun drastis,
puasa yaumul bith pun terlupakan apalagi puasa senin-kamis yang dirasakan
terlalu sering dalam seminggu, separah itukah hati antum, makanan fisik yang
antum pikirkan dan ternyata ruhiyah pun butuh stok makanan, kita tidak pernah
memikirkan bagaimana akibatnya kalau ruhiyah kurang gizi.

Ukhti....

Manisnya senyummu tak menjamin semanis rasa kasihmu terhadap sesamamu, kadang
sikap ketusmu terlalu banyak mengecewakan orang sepanjang jalan yang antum
lewati, sikap ramahmu pada orang antum temui sangat jarang terlihat, bahkan
selalu dan selalu terlihat cuek dan menyebalkan, kalau itu kenyataanya
bagaimana orang lain akan simpati terhadap komunitas dakwah yang memerlukan
banyak kader, ingat!!! Dakwah tidak memerlukan antum tapi... antumlah yang
memerlukan dakwah, kita semua memerlukan dakwah.

Ukhti....

Rajinnya shalat malammu tidak menjamin keistiqomahan seperti Rasulullah SAW
sebagai panutanmu.

Ukhti....

Ramahnya sikapmu tidak menjamin seramah sikapmu terhadap sang Kholikmu,
masihkah antum senang bermanjaan dengan Tuhanmu dengan shalat dhuhamu, shalat
malammu?

Ukhti....

Dirimu bagaikan kuntum bunga yang mulai merekah dan mewangi, akankah nama
harummu disia-siakan begitu saja dan atau sanggupkah antum ketika sang mujahid
akan segara menghampirimu.

Ukhti....

Masih ingatkah antum terhadap pepatah yang masih terngiang sampai saat ini
bahwa akhwat yang baik hanya untuk ikhwan yang baik, jadi siap-siaplah sang
syuhada akan menjemputmu dipelaminan hijaumu.

Ukhti....

Baik buruk parasmu bukanlah satu-satunya jaminan akan sukses masuk dalam surga
Rabbmu. Maka, tidak usah berbangga diri dengan parasmu yang molek, tapi berbanggalah
ketika iman dan taqwamu sudah betul-betul terasa dan terbukti dalam hidup
sehari-harimu.

Ukhti....

Muhasabah yang antum lakukan masihkah terlihat rutin dengan menghitung-hitung
kejelekan dan kebusukan kelakuan antum yang dilakukan siang hari, atau bahkan
kata muhasabah itu sudah tidak terlintas lagi dalam hatimu, sungguh lupa dan
sirna tidak ingat sedikitpun apa yang harus dilakukan sebelum tidur, antum
tidur mendengkur begitu saja dan tidak pernah kenal apa itu muhasabah sampai
kapan akhlak busuk mu dilupakan, kenapa muhasabah tidak di jadikan sebagai
moment untuk perbaikan diri bukankah akhwat baik yang hanya akan mendapatkan
ikhwah yang baik.

Ukhti....

Pernahkah antum bercita-cita ingin mendapatkan suami ikhwan yang ideal, wajah
yang manis, badan yang kekar, dengan langkah tegap dan pasti, bukankah apa yang
antum pikirkan sama dengan yang ikhwan pikirkan yaitu ingin mencari istri yang
solehah dan seorang mujahidah, kenapa tidak dari sekarang antum mempersiapkan
diri menjadi seorang mujahidah yang solehah.

Ukhti....

Apakah kebiasaan buruk wanita lain masih ada dan hinggap dalam diri antum,
seperti bersikap pemalas dan tak punya tujuan atau lama-lama nonton tv yang
tidak karuan dan hanya akan mengeraskan hati sampai lupa waktu, lupa bantu
orang tua, kapan akan menjadi anak yang biruwalidain, kalau memang itu terjadi,
jadi sampai kapan, mulai kapan antum akan mendapat gelar mujahidah atau akhwat
solehah.

Ukhti....

Apakah pandanganmu sudah terpelihara, atau pura-pura nunduk ketika melihat
seorang ikhwan dan terlepas dari itu matamu kembali jelalatan layaknya mata
harimau mencari mangsa, atau tundukan pandanganmu hanya menjadi alasan belaka
karena merasa berkerudung besar.

Ukhti....

Hatimu di jendela dunia, dirimu menjadi pusat perhatian semua orang, sanggupkah
antum menjaga izzah yang antum punya, atau sebaliknya antum bersikap acuh tak
acuh terhadap penilaian orang lain dan hal itu akan merusak citra akhwat yang
lain, kadang orang lain akan mempunyai persepsi disamaratakan antara akhwat
yang satu dengan akhwat yang lain, jadi kalo antum sendiri membuat kebobrokan
akhlak maka akan merusak citra akhwat yang lain.

Ukhti....

Dirimu menjadi dambaan semua orang, karena yakinlah preman sekalipun, bahkan
brandal sekalipun tidak menginginkan istri yang akhlaknya bobrok tapi semua
orang menginginkan istri yang solehah, siapkah antum sekarang menjadi istri
solehah yang selalu di damba-dambakan oleh semua orang.

dari blog seorang teman