Tuesday, June 29, 2010

maafkan saya.

jika saya anak perempuanmu, maafkan anakmu

jika saya adik perempuanmu, maafkan adikmu

jika saya kakak perempuanmu, maafkan kada

jika saya anak muridmu, maafkan saya cikgu

jika saya sahabatmu, maafkan ku

jika saya kenalanmu... maafkan saya

jika saya mutarabbimu, maafkan ana

jika saya murabbimu, maafkanlah k.ada

jika saya siapapun padamu.... maafkanlah saya...

ku pemarah? tidak.

ku tidak mahu miliki walau sekelumit rasa marah pada sesiapapun, kecuali pada yahudi laknatullah.

hati ku mudah terguris jika ada yang berkata kurang lembut denganku.

tapi, adakah ku cukup lembut dengan mereka?

ingatlah diri, rendamlah amarahmu serendam rendamnya.

Rasullullah itu qudwah terbaik buatmu. jangan hanya kisahnya yang kau ingat, tapi saat diri tidak sabar, boleh tolak lintasan hati ke tepi. mahu juga ikut nafsu ammarah.

berubahlah, secara konsisten, ya? insyaAllah.

senyum, selalu? ok!

think BIGGGG.

adikku syuhada, kada terluka sendiri, kerna tanpa sengaja termarahkan mu. :(

kuburkan ana dengan ukhti itu ya.

jika Allah izin ku syahid bersama ukhti tercintaku, ku harap ku dikuburkan bersama ukhti ITU.

satu kisah : (x ingat nama sahabat tu, nnt ku cari n edit entry ini) tatkala dia syahid, Rasul memerintahkan u mencari seorang sahabat dia lagi untuk dikuburkan bersamanya. kerna kata Rasulullah, mereka sgt saling mencintai di dunia. berjuang sesungguhnya kerna Allah.

tiada sebab lain ku cintai dia, kerna Allah. oh Allah, tetapkan ku bersama dia dan mereka. tetapkan kami semua dalam saff ummat pilihan yang Rasulullah rindu rindui itu.

Thursday, June 17, 2010

ku masih punya umi dan keluarga.

Malam tadi call umi minta doa' seperti biasa untuk menghadapi exam.

umi : bila anankanda umi akan blh pulang? esok dah abis exam, kan?

anak perempuan umi : 21hb malam paling awal mi.. esok ada program hingga 21hb

umi : hari tu bgtau umi 18hb dah blh pulang.. (kemudian umi diam)

ku ngerti, umi mula rasa sedih. merajuk mungkin.
umi tersilap dengar rupanya. atau diri ini yang kurang bagus dalam susunan ayat meminta izin lalu umi tak terperasan permintaanku dulu.

anak perempuan umi : mi, minta maaf mie, Ada tak boleh tinggal program mcmtu je.. Ada dah beri janji pada mereka..


ya Allah, ku masih seorang anak. ku masih punya ibu yang selalu ku rindu.. ku masih punya kakak, keluarga semuanya..

kenapa ku merasa terlalu tiada waktuku untuk bersama menghangatkan hari hari mereka?

kenapa ku merasa terlalu tiada kesempatan bersama bonda tercinta ku?

ya Allah, ku mohon pada-Mu,aturkanlah kehidupan yang terbaik buatku.
hanya redha umi yang telah bersusah membesarkanku,
hanya redha keluarga yang telah Kau taqdirkan untukku,
hanya redha-MU
ya Allah ku harap.

Taubat Nasuha


'Cantik’. Macam mana nak cantik di hadapan Allah?
Hari ini, groupmate ajak kami makan lunch slpas exam.
Masa depa ajak ku dulu, tak terkeluar kata tak nak p.
TAKUT di tuduh terlalu rigid.
Rigid pada agama. Tertutup fikiran.
kemudian, tak tau lah nak jaga ‘cantik’ di mata siapa, menganguk tanda setuju.
Akibatnya, hari ini, selepas habis exam, bersama 2 lagi teman perempuan dan seorang groupmate lelaki ke secret recipe.
Terima kasih kerana memahami diri ku yang boikot Pizza Hut bila di ajak ke sana.
Menaiki kereta bersama lelaki bukan muhrim
 terasa sungguh malu. Malu jika ada mata yang memandang.
Malu jika ada murabbi dan mutarabbi yang melihat dan bertanya,
 siapa itu, abangkah?
Malu jika terserempak sengan akhawat.
Akhawat pasti bertanya dengan penuh baik sangka dan kasih seorang saudara, abang ye Ada?
Lantas apa yang akan ku jawab?
Groupmate… saje, mereka ajak makan..
Saje?!!
Begitu senang kau meletakkan maruah seorang dai’?
Ya Allah, sungguh syaitan itu sedaya upaya mencantikkan perkara yang haram.
Hukumlah ku, jika ia salah tadi ya Tuhanku… hukumlah. Hukumlah segera.
Cantikkan ku pada pandangan-Mu sentiasa. Hukumlah ku jika ku salah ya Rabbi. amin
ya Allah ya Tuhanku,
ku sujud pada kudrat-Mu
ku serahkan jiwa ragaku
pd takqdir iradat-MU
rasa sungguh kotor untuk bersama gerombolan kapal dakwah ini. Tapi, ku tidak rela di sisihkan dari perjuangan mulia ini. Izinkan ku bertaubat nasuha ya Allah.





Tuesday, June 15, 2010

craziness of BOLA

                                                          Gila bola,
                                                          bola gila. 
                                                          Gila gila. 
                                Malam ni aku nak cari kafe yang tak ada TV,
                                                   minum pun senang.
                               Menyesal malam tadi minum kat Faruq, dah le penuh, aku nak minum       
                                                   asyik terkejut-kejut.
                                  Nak borak dengan member aku pun tak jadi.

hehe ku baca kat FB page sorang akh ni. status dia pada masa tu.
sampai tak henti2 gelak n senyum sorang2. bengkerk sgt2 kot akh tu hehe

Di dunia ini, masih ramai yang benci bola dan Piala Dunia. Moga-moga mereka cintakan Piala  Akhirat. 
tu kawan dia comment as a reply .

hihi ku gelak lagi ;p
bagus betul kan rijal2 Allah ni, tak terpengaruh dengan dakyah2 halus yahudi.

ku bukan tak suka org suka bola. 
tapi tak suka yang suka bola gila gila tu.
sukan, biarlah dijadikan sbg riadhah je. untuk kuatkan badan. hak fizik insani.
bukan nya sampai di ulit ulit oleh permainan y sengaja d cipta manusia tuh. akibatnya, ramai terlalai sedangkan
byk lagi tanggungjawab besar lain sbg Muslim.
nanti2 ku komen lagi pasal ni okeyy insyaAllah~  :)

* apa pun, bagus pemain bola tu, (dalam dia kejar bola d padang bola) masih ingat pada saudara2 di Palestin yang mungkin tengah berkejar kejar mencari perlindungan di negara sendiri.

what he left for us?

seorang akh bersembang dengan murabbinya..

“Ustaz Imron, zaman sekarang ni ramai yang kata kita perlu menguasai ekonomi bagi mempertahankan Islam, maka timbullah istilah ‘Jihad Ekonomi’. Tak kurang yang lebih cenderung kepada politik. Teknologi dan pembangunan pun ada juga. Dalam banyak-banyak idea ni, yang mana satu sepatutnya menjadi prioriti kita?”.

Ustaz Imron yang sejak tadi mendengar dengan penuh teliti membuang pandangan ke luar masjid sebentar. Kemudian dia bersuara,

Ana tengok di luar Masjid Nabawi tu, tidak ada tinggalan bangunan-bangunan besar. Yang ada cuma rumah-rumah je. Kalau enta pergi ke Sepanyol, enta akan jumpa pemandangan yang berbeza; monumen megah seperti Masjid Cordova, Istana Al-Hambra, universiti, perpustakaan dan gedung-gedung boleh dikatakan berselerak di sana”

“Nabi Muhammad (SAW) itu tidak meninggalkan sebarang pencakar langit, atau simbol kebesaran atau identiti pembangunan. Hal ini kerana benda-benda ini tidak dapat bergerak. Sekadar stay di tempatnya dan dinikmati orang ramai. Contohnya macam Piramid dan Abu Houl (Sphinx) di Mesir ni”, tambah Ustaz Imron.

“Namun Baginda meninggalkan rijal…”.

Kata-kata “Baginda meninggalkan rijal” sedikit menyentak pemikiran akh itu, dan terus terngiang-ngiang di telinganya. Ustaz Imron menyambung bicara,

“Justeru kita mendapati makam Zaid Harithah, Jaafar Abu Talib dan Abdullah Rawahah di Jordan. Makam Abu Ayub Al-Ansori di Turki. Di China, ada makam Saad bin Abi Waqas. Bermula di Semenanjung Hijaz, mereka berakhir syahid penuh wibawa di serata dunia. Itu semua adalah apa yang Nabi Muhammad (SAW) tinggalkan”.

akh tadi..

Mukanya berseri-seri, seakan baru mendapat sesuatu yang lama diidam-idamkan.

*this entry has been taken from somewhere, but i lost its real sources*
Andai diumpamakan islam seperti sebuah bangunan using yang hamper roboh,maka aku akan berjalan ke seluruh pelusuk tempat bagi mencari jiwa-jiwa muda,aku tak ingin mengutip dengan ramainya bilangan mereka,tetapi aku inginkan hati-hati yang ikhlas untuk membantu bersamaku membina kembali bangunan using itu menjadi bangunan yang tersergam indah

–imam Hassan al-banna-

baru kini ku faham benar kalimat keramat Imam Hassan al Banna itu. geng hamba y beriman walau sedikit, tetapi mereka pasti menang kerna kekuatan itu lahir dari iman yang menggerakkanya.

Mencari kemanisan dalam kehidupan
Mehnah mendatang terasa terbeban
Bawa hatimu kepada Tuhan
Di sana menanti syurga idaman