Names of some of the scholars who are at the forefront of Islamic
finance and traditional Islamic studies:
Abdul Sattar Abu Ghuddah (his name is not abu), Muhammad Abdul-Gahfar Ash-
Shareef of Kuwait, Dr. Agil Al-Nashmi of Kuwait and Dr. Muhammad Na’im of Jordan;
they have both classical Fiqhi training and education. Other scholars in the area include
Dr. Muhammad Ali al-Qaradaghi who teaches in Qatar. We have several others who
contribute to meetings of the OIC Fiqh Academy and other institutions on issues on
Islamic economics and finance such as Dr. Hussein Hammed Hassan of Egypt/Pakistan,
Dr. Muhammad Ra’fat Usman of Al-Azhar, Sheikh Abdullah bin Many’ of Mecca, and
Dr. Nazih Hammad who lives currently in Vancouver, Canada. Most of them work in
collaboration with brothers of pure economic backgrounds whop are also involved in
research on Islamic finance and economics with good Shari’ah background although it is not the type of formal systemic education. In this category are Dr. Muhammad Ali al Ghari of Jeddah, Muhammad Anas Zarka, who is presently in Kuwait, Umar Hafith or
Jeddah and Monzer Kahf.
Wa Allahua'lam
Sunday, March 29, 2009
TANGGUNGJAWAB PEMUDA ISLAM HARI INI
Karangan: Abul A'la Al-Maududi
Ringkasan oleh: Syahiddan
REBUTLAH PELUANG DENGAN MENYEBARKAN ISLAM !
Ucapan ini ditujukan kepada pemuda mukmin secara menyeluruh tentang perjalanan dakwah Islamiah sebagaimana yang di kehendaki oleh keadaan dunia Islam sekarang.
Kita perlu menyebarkan ilmu yang diperoleh kepada semua orang..
KEADAAN DUNIA ISLAM DAN KEPENTINGANNYA
Dunia Islam terbahagi kepada dua jenis:
Pertama :
Negara di mana orang-orang Islam merupakan kumpulan minoriti dan tampuk pemerintahannya berada di tangan orang lain (bukan Islam).
Kedua :
Negara yang majoriti (sebahagian besar) penduduknya terdiri dari orang-orang Islam dan mereka sendiri menerajui pemerintahan.Nasib umat Islam di dunia ini benar-benar bergantung di atas maju atau mundurnya kelompok kedua ini, berdasarkan sistem yang dipilih untuk diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.
MASA DEPAN NEGARA ISLAM IALAH MASA DEPAN UMATNYA
- Apakah keadaan yang sedang berlaku di negara-negara ummat Islam hari ini ?
- Apakah sebab dan faktornya ?
- Apakah cara dan metod yang mesti diikuti oleh orang-orang yang berkerja keras untuk membela nasib umat Islam ?
PENJAJAHAN TANAH AIR BERUBAH KE ARAH PENJAJAHAN FIKIRAN
Negara Ummat Islam telah jatuh ke dalam genggaman penjajah setelah ianya ditimpa oleh kemerosotan fikiran, kebekuan akal, keruntuhan moral dan kekacauan politik.
Penjajah telah dapat menguasai kebanyakan Negara Islam kecuali sedikit. Negara yang tidak dijajah secara langsung ini pula sentiasa menerima kekalahan demi kekalahan menyebabkan ianya tidak berbeza dari segi kehinaan dibanding dengan suasana yang menimpa negara-negara Islam yang dijajah penuh..
Seburuk-buruk kesan yang kita terima dari serangan penjajahan barat ini ialah jatuhnya kita ke dalam lembah kehinaan yang amat ketara dari sudut kelemahan fikiran, keruntuhan moral dan peniruan kebudayaan barat.
ANTARA TAKTIK MUSUH ISLAM
PERTAMA : Merombak sistem pelajaran dan pendidikan.
KEDUA : Menukar dan menghapus bahasa tempatan umat Islam dengan mengunakan cara yang halus.
KETIGA : Membentuk angkatan baru yang buta (jahil) Islam.Mereka ini jahil tentang asas utama akidah, syariat,sejarah Islam yang agung dan tamaddun mereka yang hebat.Cara-cara berfikir dan pandangan mereka terhadap perilaku sesuatu itu mengikut kacamata materialisma barat.
MENIRU GAYA HIDUP BUKAN ISLAM
PERTAMA : Mereka menganggap bahawa bahasa sendiri adalah satu keaiban sementara bercakap dalam bahasa penjajah satu kebanggaan bagi mereka.
Ada pula orang-orang Islam yang merasa bangga kerana mereka menyeleweng dari landasan Islam; disebabkan kebutaan mereka terhadap hukum-hukumnya.
KEDUA : Meniru pakaian dan fesyen penjajah. Sedangkan penjajah tidak pernah suka memakai pakaian orang-orang Islam.
KETIGA : Meniru cara makan atau minum dan adat istiadat penjajah dalam semua aspek - kecil dan besar serta merpertahankan cara hidup barat dan mengikut semua peninggalan mereka.
KEIMANAN ORANG YANG TERPENGARUH DENGAN BARAT.
Sesungguhnya fikiran mereka telah diresapi fahaman bahawa "..segala sesuatu yang
datang dari barat adalah benar dan betul, wajib dipercayai dan diikut. Mempraktikkan cara barat adalah di antara tanda-tanda orang yang maju. Menentang cara barat disifatkan sebagai golongan kolot, mundur, bodoh dan tolol, menentang kemajuan dan lain-lain tuduhan.
TEKNIK MENGANGKAT TARAF ORANG YANG JAHIL TENTANG ISLAM
-Diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat,jawatan di pejabat rasmi pentadbiran samada sebagai pegawai awam atau tentera.
-Mereka mendapat keistimewaan dalam lapangan politik dan sosial.
-Kemudian mereka inilah yang menjadi pelopor gerakan politik dan mereka jugalah dipilih sebagai wakil ke parlimen.
-Apabila negara-negara Islam mencapai kemerdekaan,ketika itu jadilah mereka sebagai pengganti penjajah di bumi ummat Islam.
KESAN-KESAN PENJAJAH
1. MEROSAKKAN AKHLAK UMMAT
-Penjajah menguat kuasakan undang-undang mereka yang diekspot ke negara-negara Ummat Islam sebagai ganti perundangan dan Syariat Islam.
-Mereka membiasakan anak tempatan hidup di atas dasar dan cara hidup yang bukan Islam.
2. MENJAUHKAN ULAMAK DARI MEMIMPIN MASYARAKAT DAN TERAJU
POLITIK
-Mereka tidak dibenarkan menyertai secara langsung didalam pentadbiran
negara di zaman selepas kemerdekaan.
3. MEMBENTUK SERTA MENYOKONG GERAKAN PERJUANGAN
KEMERDEKAAN YANG PALSU
-Gerakan-gerakan kemerdekaan di negara-negara Islam yang dipimpin oleh golongan barat tahu bahawa mereka tidak dapat menggerakkan orang-orang Islam dan berhujjah untuk membangkit semangat orang ramai untuk menyokong gerakan mereka tanpa digerakkan di atas nama Agama.
-Ianya perlu mempergunakan slogan 'mengembalikan keagungan Islam' dll. Mereka menyeru orang ramai dengan nama Allah dan Rasulnya.
-Mereka mempertentangkan antara Islam dengan kufur.Mereka bertindak demikian bukan agar orang-orang Islam mengikut jejak langkah mereka dan bergabung dibawah panji dan parti mereka.
PENJAJAHAN BANGSA SENDIRI SELEPAS PENJAJAHAN BANGSA ASING
-Undang-undang yang dibawa oleh penjajah asing digunakan, malah lebih dari itu perundangan baru dari segi dasar, pemikiran dan sistemnya masih berjalan di atas landasan yang diatur di zaman penjajah asing.
-Mereka memasukkan fahaman sekular (fahaman yang memisahkan agama dari urusan pentadbiran) dengan cara mengeruhkan kemurniaan akhlak mereka, merosakkan agamanya dan menyelewengkan dari landasan Islam.
-Mereka bergiat cergas dalam menabur fahaman mengharuskan maksiat dan meninggalkan perintah Allah.
PEMERINTAH NEGARA ISLAM LEBIH SUKAKAN PENJAJAH
Sekalipun mereka melawan penjajah barat selaku musuh mereka dan mengadakan pelbagai usaha menentangnya, namun mereka sebenarnya lebih suka kepada penjajah daripada perkara-perkara lain. Buktinya; apa sahaja yang datang dari barat terus menarik
perhatian mereka dan tiap-tiap yang lahir dari sana.Apa-apa yang datang dari barat dianggapnya sebagai kebenaran, contoh bagi kemajuan hinggakan mereka meniru dalam semua perkara, sama ada besar atau kecil, betul atau salah.
KEMUNDURAN UMAT DAN NEGARA ISLAM BERPUNCA DARI
PEMERINTAHANNYA MENERAPKAN AJARAN YANG BUKAN ISLAM
-Kerajaan-kerajaan ummat Islam menentang akidah, menentang kemahuan dan perasaan orang Islam. Umat Islam ingin kembali kepada Islam, kepada syariatnya yang utuh sedangkan kerajaan Islam menekan mereka supaya berpegang teguh dengan ekor-ekor barat dan bergabung di dalam bloknya.
-Antara kesan pertentangan yang terus menerus ini menyebabkan hati umat Islam
tidak sehaluan dengan kerajaan mereka.
-Akibatnya, mustahil bagi kerajaan dapat mengharung langkah ke depan dan
akan memajukan negara akan lenyap ditiup angin dan menjadi debu yang bertaburan.
PEMERINTAH UMAT ISLAM MENIPU DAN MENINDAS ATAS NAMA
DEMOKRASI
-Golongan yang berhaluan barat sebagai pengganti penjajah di dalam negeri ummat Islam yakin bahawa sistem pemerintahan yang dijalankan dengan cara pilihanraya,tampuk pemerintahan tidak akan kekal ditangan mereka. Lambat laun ianya akan berpindah kepada umat yang menuntut supaya mendirikan system pemerintahan di atas dasar akidah, ajaran, aliran fikiran dan nilai-nilai Islam yang mereka warisi.
-Maka golongan sekular ini tidak akan membenarkan nilai-nilai keadilan dizahirkan dan mereka tidak membiarkan supaya nilai-nilai berjalan dengan baik.
MEMBANYAKKAN NEGARA-NEGARA ISLAM YANG DIPERINTAH OLEH
TENTERA YANG TIDAK MENGERTI ISLAM
-Kesedaran ini timbul dari kalangan pemimpin tentera yang keluar dari kem dan menuju ke gelanggang politik. Mereka mulai mengadakan pakatan sulit dalam usaha mengubah sistem pemerintahan dan mula menguatkuasakan sistem diktator askar ke atas rakyat jelata sebagai ganti diktator politik. Sesudah itu mereka pun menyingkir pemimpin politik daripada pemerintahan dan mengurung mereka dalam penjara atau melakukan tahanan rumah.
-Masalah ini tidak dapat di selesaikan melalui parlimen atau dewan perwakilan rakyat dan tidak pula dapat diselesaikan dengan pilihanraya umum atau dengan cara memorandum.
Rakyat pula tidak dapat mencampuri urusan negara, walaupun urusan yang paling kecil.
DUA HAKIKAT PENTING DI GELANGGANG POLITIK YANG MESTI DIKETAHUI OLEH PEJUANG ISLAM
PERTAMA: Sesungguhnya Allah telah menurunkan bala ke atas penduduk yang atheis, yang berterusan dalam kefasikan. Allah telah menurunkan bala kepada penyeru yang menghalalkan segala-galanya. Allah telah memecahkan mereka menjadi berpuak-puak, sebahagian dari mereka menggunakan kekuatan dalam usaha menghancurkan sebahagian yang lain.Firman Allah,Maksudnya : "..dan andainya Allah tidak mempertahankan setengah mereka dengan setengah yang lain nescaya rosaklah bumi..." (Al-Baqarah : 251)
Kerana kalau mereka memanah umat Islam dengan busur yang satu nescaya jadilah bagi umat Islam satu penyakit teruk yang tidak boleh diubati lagi, tetapi mereka jadikan syaitan sebagai penolong mereka.
Firman Allah,Maksudnya : "..dan sesungguhnya tipu helah syaitan itu adalah lemah.." ( Al-Nisa' :76 )
KEDUA: Jiwa penganut Islam sangat kuat semangat mereka terhadap Islam dan kemuliaan. Apa sahaja usaha dan perbuatan meruntuh dan menghancur yang dilakukan oleh pemimpin dan penyeru sekular tidak melemahkan mereka. Merekalah yang akan bertanggungjawab membersihkan umat Islam dari segala bentuk jahiliah. Kemuliaan, kebahagiaan dan kemakmuran akan kembali seperti di abad sebelumnya.
Firman Allah,Maksudnya : Dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah ( kerana ) tidak berputus asa dari rahmat Allah kecuali golongan yang kufur. ( Surah Yusuf: Ayat 87 )
ANTARA KEWAJIPAN PEMUDA ISLAM
1. Benar-benar menjadi muslim dari segi ilmu,fikiran,hati dan perasaan, supaya mendapat sebesar-besar habuan daripada kemampuan yang cukup lengkap dan berada di dalam kelengkapan yang pasti untuk melaksanakan kerja kemasyarakatan di zaman sekarang yang sesuai dengan perundangan dan ajaran Islam..
2. Segera memperbetulkan budi pekerti yang telah menyeleweng, memperbaiki adat yang telah rosak sehingga terlihat semua perkara secara praktikal bagi Islam.
Sesungguhnya seseorang yang berkata apa yang ia tidak lakukan akan mendatangkan kemudaratan besar terhadap dakwahnya.
Firman Allah,Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Mengapa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata barang yang kamu tidak buat. ( Surah Al-Sof : 2-3 )
3. Jangan merasa sayang untuk mencurahkan segala apa yang kita mampu melalui fikiran dan tenaga bekerja yang Allah kurniakan kepada kita untuk berdakwah. Sama ada dengan tulisan atau dengan ucapan.Sesungguhnya makin luas daerah kegiatan kerja kita dan makin betul
dengan manhaj Islam maka makin bertambah banyaklah bilangan pendakwah, bilangan pendokongnya dan bilangan orang yang berpengaruh dengannya di dalam tiap perjuangan hidup. Akan lahir kumpulan manusia yang ramai, yang beriman dengan tugas dakwah dan bergabung di bawah panji dakwah Islamiyyah.Tapi,harus diingat termasuk di dalam perkara sia-sia sekiranya kita mengira bahawa perubahan Islam secara lengkap dan sempurna boleh wujud dengan tidak didahuluinya oleh persiapan yang cukup dan sistematik.
4. Gabungkan tiap-tiap orang yang berminat dengan dakwah Islamiyah kepada usrah dan kumpulan.
5. Kerja keras menyebar dakwah di kalangan orang-orang awam hingga tersingkap kabus kejahilan agar mereka dapat membezakan di antara yang buruk dari yang baik.
Memperbaiki budi pekerti mereka,meninggikan taraf pemikiran dan fahaman mereka terhadap Islam.Ini adalah penting kerana :
-Bumi yang rakyatnya telah mempertuhankan syahwat dan kelazatan hidup tidak boleh menjadi bumi yang baik untuk dibangunkan negara Islam,
-Bila lahirnya sikap pura-pura dan merebaknya kejahatan yang menyeluruh di kalangan umum manusia, mustahillah untuk dibangunkan dasar dan undang-undang Islam di kalangan para pendusta, pengkhianat dan orang-orang fasik.
6. Jangan cuba membangun dasar-dasar Islam di atas asas yang tidak sihat, di atas tiang seri yang lemah dan di atas tunjang yang bergoyang.
Perlu bersabar dalam masalah ini, kerana matlamat kita besar, mengembalikan mereka kepada Islam sesudah mereka berada di dalam kemurtadan sejak beberapa lama.
Ia memerlukan keteguhan dan kesabaran dan pemikiran yang matang.
Jangan terlalu cepat menghayun langkah baru sebelum mengulangi hasil langkahan serta menganalisa natijahnya.
NASIHAT PENTING
-Jangan menjalankan kerja secara gerakan persatuan sulit (tanpa ada penyebaran umum dakwah). -Jangan menggunakan kekerasan senjata untuk mengubah suasana yang berlaku.
-Jangan cuba-cuba untuk mencari jalan pendek, Oleh itu,mesti menyebar dakwah dengan cara terus terang.
-Bekerja memperbaiki jiwa dan akal fikiran manusia dengan kegiatan yang seluas mungkin.
-Menggunakan tenaga manusia untuk sampai kepada tujuan yang mulia itu dengan bersenjatakan akhlak yang menarik, nilai yang luhur, budi pekerti yang baik, nasihat yang bagus dan kebijaksanaan yang tinggi.
-Hadapilah rintangan yang berbentuk ujian dan kesusahan sebagai pengadapan seorang pahlawan.

Saturday, March 14, 2009
hanya abah y seorang.....
27 feb 2009
Umi…rindu sangat kat umi…… rindu sangat2…… rindu kat abah…… umi tak sihat, abah pulak lelah tiba2 umi kata…… masyaAllah sedihnya hati nie dengar berita dari umi….. hari tu Ada kol umi tak dapat, then try kol umah.. abah yang angkat…. Rindu sangat2 kat abah… dengar suara abah yang tak bermaya tu cukup mengguriskan hati Ada… sepanjang 22 tahun Ada d beri pinjaman nafas oleh Allah ni, tak pernah Ada dengar suara abah sebegitu…. Selalunya suara abah bersemangat. Tambah2 bila bercakap pasal bisnes dengan sahabat2nya…. Abah, moga Ada sempat membalas jasa abah… mOga Ada sempat merasa ‘kasih sayang’ abah…. Bukan Ada tak bersyukur bah…. Bukan Ada menolak kenyataan yang abah sentiasa sayangkan Ada sebab abah tak pernah mengabaikan keperluan Ada. Tapi bah Ada cukup tunggu hari d mana abah duduk sebelah Ada dan tanya apa yang Ada lakukan d university…. Apa yang Ada lalui…. Apa keputusan peperiksaaan Ada…… dan paling Ada tunggu abah kata, “Ada, belajar rajin2 k………”abah…. Ada tahu, abah tetap doa’kan kejayaan Ada walau abah tak pernah tanya Ada semua tu…. Tapi Ada sangat ingin mendengar semua tu dari suara dan ‘kasih sayang’ abah…. Ada sangat ingin merasai detik tu, walau sekali bah dalam hidup Ada ni……. Adakah mungkin semua tu terjadi?
Tapi bah, kalau semua impian Ada tu tak tercapai, Ada tetap doa’ jika Allah bagi keizinan kita berdua bertemu kembali d syurgaNya, Ada nak minta abah tanya semua tu balik kat ADa………..abah, terima kasih bah membesarkan Ada hingga saat ini…. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku abah dan umi yang sOleh sOlehah…. Ampunilah mereka, kasihani mereka.. berkatilah mereka dunia dan akhirat…. Amen…

abah di hati selalu~
181108, 2103
Hari ni dah masuk hari kedua abah kesayanganku di masukkan ke hospital. Ku baru je datang melawat abah petang tadi dan akan bermalam di hospital menjaga abah… ku sampai dari kl pagi tadi dan mungkin akan cancel pembabitanku sebagai committee debate 23 november ini. Sayu sungguh rasa di hati melihat keadaan abah.. penyakit kulit abah menjadi berair dan berdarah lantaran abah tersilap makan ubat. Ubat yang sepatutnya pengambilannnya perlu habiskan dalam masa seminggu, abah habiskan dalam sehari…
abah…. Sebak di hati Ada ni setelah abah katakan yang abah teruja sangat sebab dapat beli bas baru, lalu abah tak terperasan akan semua rules ubat2 tu.. ada tahu sampai bila2 pun cinta abah pada bas tak kan pernah pudar walau sekelumit… Ada tahu abah bekerja keras untuk bagi kebahagian, kemewahan pada umi dan kami anak-anak abah….
Tapi abah….. semua tu tak berharga untuk kami jika abah tiada di sisi kami… kami sangat2 perlukan abah.. Ada tak sanggup kehilangan abah… Ada kat uia pun Ada selalu nangis teringat kat abah, apatah lagi kalau abah sakit terlantar di katil bah….. Abah… moga Allah sembuhkan abah segera… Ada tak rela bah tengok keadaan abah yang susah nak berbaring ke sini sana sebab abah sakit…. Abah….
Ya Allah….. berilah kesembuhan kepada abah… aku berjanji akan sentiasa menjadi hambaMu yang solehah ya Tuhan…. Ameen ya Rabbal a’lamin…

sunnah seorang pejuang~
0848 191008
Batuk semakin teruk.. ya Allah sembuhkanlah ku seperti sediakala… amen..
Semalam roommate kesayanganku merungut dan seolah menyalahkan Ada kerana tak dapat pergi beraya rumah Ilmi… Ilmi.. maafkan Ada..bukan tak nak pergi tapi terlalu banyak program hari ini… rumah terbuka Ilmi pula kebetulan di sebelah petang. program yang tak dapat dielakkan.. seusai solat zohor hari ini ku akan bersiap sedia untuk majis konvokesyen LKS. Pagi ini sepatutnya ku perlu ke daurah tarqiyah di seminar room 1 IRK. Tetapi, oleh kerana ku batuk-batuk, ku khuatir akan menggangu akhawat ikhwah yang hadir dan jua ku perlu ke klinik untuk mengambil ubat batuk, maka terpaksa ku dalam ketidakrelaan di hati membatalkan niat dan program wajib bersama sahabat seperjuangan..
Sebelum zohor insyaALLAH ku kan pergi beraya rumah Nik dengan kak Isma. Aku cuba tidak menghampakan permintaan teman di sekililing asalkan permintaan itu masih dalam perbatasan shari’ah dan perbatasan aku selaku orang yang telah mendapat pentarbiyahan..
masaku amat penting dan jika perkara untuk sekadar keluar berseronok di luar tanpa matlamat yang jelas, maka terpaksa aku lupakan…
Dan, aku mengetahui… memahami… bahawa suatu saat, mereka jua akan melupakan aku…. Kerana tidak lagi seiring sejalan melakukan semua aktiviti… tapi percayalah, aku tak akan melupakan mereka. Doa’ku tetap kirimkan, agar suatu saat dan ketika nanti mereka jua sedar dan bangkit lebih gah dariku memikirkan masalah ummah di Malaysia dan seluruh pelsuk dunia yang semakin genting dan amat-amat parah ini..
Teringat kata-kata daie’2 ku, bahawa jika masih diri tidak merasa payau, pahit, luka di hiris sikap manusia dan kenyataan yang di lalui sehari-hari , maka diri masih belum berjuang sebenarnya.. masyaAllah… moga Allah persiapkan emosiku semantapnya untuk semua sunnah itu..
^^ 0908

membara memburu cinta Kau yang Satu~
2317, 14okt2008
Alhamdulillah, baru selesai dinner+lunch. Hehe ku tak makan nasi lagi seharian hari ini. Tengahari tadi sungguh lapar perut ini minta di isi, tapi dalam ketidakrelaan aku untuk menghampakannnya, terpaksa jua ku berbuat demikian. Kerana apa? Kerana kena siapkan assignment financial management =)… tu lah, sape suruh malas nak buat awal-awal… then, takut kena marah dengan Fadh, terpaksa lupakan makan tengahari walau perut sungguh berkeroncong… aku tak salahkan sesape pun malah tetap berazam agar diri yang hina dina ni x susahkan sesape lagi..=( Ada!! Siapkan assignment!! Dun koya2… focus! Ya Allah, kuatkanlah keiltizamanku dan sahabat2 yang banyak membantu Fadh, Fiqa, Asyik.. Tq a lot sebab byk tolong Ada… maaf selalu tak dapat tolong banyak dalam assignment.. may Allah grant u all with great ‘najah’! ameen..
Tadi pegi usrah kat masjid Shah Mosque (masjid UIA) tercinta.. =)
Hatiku pasti berkuntum, berbunga, keceriaan kalau dapat hadir ke usrah, menjernihkan kembali hati yang kerap di salut noda, saban waktu..
Mendengar kalimah mengagung, membesar, memuji, menaksir tiap kebesaran Allah yang lancar keluar dari tiap bibir kak sarimah, murabbi tercinta, sentiasa bisa membuatkan 2 mataku bertakung menjadi kolam kecil.. antara kalimat terakhir sebelum pertemuan kami kali ini berakhir tadi, kak sarimah mengatakan ”umat Islam adalah umat yang sibuk.” Terngiang-ngiang di telinga dan terpaku di sudut hatiku “Umat Islam adalah umat yang sibuk” Ya! Amat benar sekali. Kami tidak punya masa untuk berborak kosong, untuk bergelak ketawa, untuk termenung menangisi nasib dan kesilapan sendiri, tetapi, kami amat sibuk ingin mengejar waktu untuk berzikir, mencari kesempatan untuk membantu sahabat Muslim di sekeliling kami, menghafaz kalam2 Allah, bermuhasabah beristighfar di atas kesalahan sedar dan tanpa sedar, dengan harapan Tuhan Rabbul I’zzah memandang kami.. meredhai kami… lantas mengkhabarkan kepada seisi malaikat2 nya bahawa Dia yang Satu menyayangi kami kerana kami insan terpilih bangun di tengah malam bertahajjud memohon taubat dari NYA… ya ALLAH… Kau cinta Agungku… bangkitkan aku di sepertiga malamMu untuk ku mebisikkkan kata-kata rindu dari seorang hamba yang hina dina ini..
Sebelum aku mengakhiri bingkisan kali ini, ku ingin sekali lagi berdoa kepada arwah Zumratullah Zakaria dan adik Elyana semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amen.
Ku jua berdoa agar Bro Faridzul,( Presiden Lawsoc +Presiden ma’ruf Club) kembali sihat seperti sediakala. Moga Akh Faridzul tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Barakallah.
Moga sakit mataku dan demamku beransur sembuh jua... amen.
Betapa besarnya nikmah kesihatan dari Allah. Thank you Allah……~
~membara memburu cinta Kau yang Satu~ 2350

Subscribe to:
Posts (Atom)