0848 191008
Batuk semakin teruk.. ya Allah sembuhkanlah ku seperti sediakala… amen..
Semalam roommate kesayanganku merungut dan seolah menyalahkan Ada kerana tak dapat pergi beraya rumah Ilmi… Ilmi.. maafkan Ada..bukan tak nak pergi tapi terlalu banyak program hari ini… rumah terbuka Ilmi pula kebetulan di sebelah petang. program yang tak dapat dielakkan.. seusai solat zohor hari ini ku akan bersiap sedia untuk majis konvokesyen LKS. Pagi ini sepatutnya ku perlu ke daurah tarqiyah di seminar room 1 IRK. Tetapi, oleh kerana ku batuk-batuk, ku khuatir akan menggangu akhawat ikhwah yang hadir dan jua ku perlu ke klinik untuk mengambil ubat batuk, maka terpaksa ku dalam ketidakrelaan di hati membatalkan niat dan program wajib bersama sahabat seperjuangan..
Sebelum zohor insyaALLAH ku kan pergi beraya rumah Nik dengan kak Isma. Aku cuba tidak menghampakan permintaan teman di sekililing asalkan permintaan itu masih dalam perbatasan shari’ah dan perbatasan aku selaku orang yang telah mendapat pentarbiyahan..
masaku amat penting dan jika perkara untuk sekadar keluar berseronok di luar tanpa matlamat yang jelas, maka terpaksa aku lupakan…
Dan, aku mengetahui… memahami… bahawa suatu saat, mereka jua akan melupakan aku…. Kerana tidak lagi seiring sejalan melakukan semua aktiviti… tapi percayalah, aku tak akan melupakan mereka. Doa’ku tetap kirimkan, agar suatu saat dan ketika nanti mereka jua sedar dan bangkit lebih gah dariku memikirkan masalah ummah di Malaysia dan seluruh pelsuk dunia yang semakin genting dan amat-amat parah ini..
Teringat kata-kata daie’2 ku, bahawa jika masih diri tidak merasa payau, pahit, luka di hiris sikap manusia dan kenyataan yang di lalui sehari-hari , maka diri masih belum berjuang sebenarnya.. masyaAllah… moga Allah persiapkan emosiku semantapnya untuk semua sunnah itu..
^^ 0908
Saturday, March 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment