Saturday, March 14, 2009

membara memburu cinta Kau yang Satu~

2317, 14okt2008
Alhamdulillah, baru selesai dinner+lunch. Hehe ku tak makan nasi lagi seharian hari ini. Tengahari tadi sungguh lapar perut ini minta di isi, tapi dalam ketidakrelaan aku untuk menghampakannnya, terpaksa jua ku berbuat demikian. Kerana apa? Kerana kena siapkan assignment financial management =)… tu lah, sape suruh malas nak buat awal-awal… then, takut kena marah dengan Fadh, terpaksa lupakan makan tengahari walau perut sungguh berkeroncong… aku tak salahkan sesape pun malah tetap berazam agar diri yang hina dina ni x susahkan sesape lagi..=( Ada!! Siapkan assignment!! Dun koya2… focus! Ya Allah, kuatkanlah keiltizamanku dan sahabat2 yang banyak membantu  Fadh, Fiqa, Asyik.. Tq a lot sebab byk tolong Ada… maaf selalu tak dapat tolong banyak dalam assignment.. may Allah grant u all with great ‘najah’! ameen..
Tadi pegi usrah kat masjid Shah Mosque (masjid UIA) tercinta.. =)
Hatiku pasti berkuntum, berbunga, keceriaan kalau dapat hadir ke usrah, menjernihkan kembali hati yang kerap di salut noda, saban waktu..
Mendengar kalimah mengagung, membesar, memuji, menaksir tiap kebesaran Allah yang lancar keluar dari tiap bibir kak sarimah, murabbi tercinta, sentiasa bisa membuatkan 2 mataku bertakung menjadi kolam kecil.. antara kalimat terakhir sebelum pertemuan kami kali ini berakhir tadi, kak sarimah mengatakan ”umat Islam adalah umat yang sibuk.” Terngiang-ngiang di telinga dan terpaku di sudut hatiku “Umat Islam adalah umat yang sibuk” Ya! Amat benar sekali. Kami tidak punya masa untuk berborak kosong, untuk bergelak ketawa, untuk termenung menangisi nasib dan kesilapan sendiri, tetapi, kami amat sibuk ingin mengejar waktu untuk berzikir, mencari kesempatan untuk membantu sahabat Muslim di sekeliling kami, menghafaz kalam2 Allah, bermuhasabah beristighfar di atas kesalahan sedar dan tanpa sedar, dengan harapan Tuhan Rabbul I’zzah memandang kami.. meredhai kami… lantas mengkhabarkan kepada seisi malaikat2 nya bahawa Dia yang Satu menyayangi kami kerana kami insan terpilih bangun di tengah malam bertahajjud memohon taubat dari NYA… ya ALLAH… Kau cinta Agungku… bangkitkan aku di sepertiga malamMu untuk ku mebisikkkan kata-kata rindu dari seorang hamba yang hina dina ini..
Sebelum aku mengakhiri bingkisan kali ini, ku ingin sekali lagi berdoa kepada arwah Zumratullah Zakaria dan adik Elyana semoga roh mereka di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Amen.
Ku jua berdoa agar Bro Faridzul,( Presiden Lawsoc +Presiden ma’ruf Club) kembali sihat seperti sediakala. Moga Akh Faridzul tabah menghadapi ujian dari Allah ini. Barakallah.
Moga sakit mataku dan demamku beransur sembuh jua... amen.
Betapa besarnya nikmah kesihatan dari Allah. Thank you Allah……~
~membara memburu cinta Kau yang Satu~ 2350

0 comments: