Monday, January 11, 2010
ular warna warni
Ku diberikan satu berita dari murabi baru bahawa…… sekali lagi ku ditukarkan ke halaqah baru yang lain setelah selama 2 kali kebersamaan di dalam halaqah baru …. oh Tuhan, inikah berita gembira yang Kau khabarkan dalam mimpiku tempoh hari… mimpiku bertemu dengan ular yang berwarna warni.. mengikut tafsiran mimpi, ia membawa maksud akan mendapat kebahagian…. Adakah kebahagian ini? Alhamdulillah, memang satu berita yang merupakan satu lagi hadiah dan amanah dari Allah. Oh Tuhan, telah ku redha, apa jua yang Kau tentukan untuk ku. Telah ku redha apa jua yang akan Kau tentukan untukku. Kau cukup sebagai pelindungku. Cukup hanya diri-Mu yang mengadiliku. Biarlah apa jua yang akan ku hadapi, ku redha jika redha-Mu di situ. Sungguh, langkah ini pasti akan ku langkahi selaju mereka… ku janji pada-Mu. Akan ku pegang. Kuatkan keimanan ku pada-Mu jika ku nanti akan bermandi darah. Siap siagalah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment