“X pnh naik, tp tgk tiap2 ari.. bs skoloh buruk. Bas ekspress dia ok ke? ”
Bercucuran air mata ni tatkala m’baca sms dari seorang pelanggan bas ku untuk trip cuti kali ni. Seorang muslimin pelajar uia bertanyakan kondisi bas. Tidak salah dia bertanya. Dia mungkin risau akan pelbagai kejadian kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspress. Tidak ku terasa dengan dia. Entah siapa, ku tidak tahu tuan empunya diri. Dia juga tidak tahu yang hamba Allah yang sedang ber sms dengan dia ini adalah anak kepada tuan empunya bas. Cuma jauh di sudut hati, teringat akan wajah abah kesayangan. Sebak. Rasa tersekat di dada. Rasa tidak mampu bernafas.
Ku membalas dengan linangan air mata di pipi. Lantas mood untuk study langsung hilang.
“ bas sekolah tu dah lama. X po lah buruk pun. Banyak jasanya. Kecik hati saya. Dengan bas sekolah tu lah abah kesayangan saya besarkan saya sampai menara gading ni.”
Terus ku sms abang-abangku.
"Ado budak laki sms Ada. Dia tanya bas buruk ke bas baru untuk datang ambil budak UIA pulang qlate. Sbb dia tengok bas sekolah buruk.Ada katalah bas baru. Kecik ati Ada. Dengan bas sekolah buruk tu lah abah sara Ada sampai menara gading. Dengan bas sekolah lah abang-abang Ada cari rezeki berkat usaha abah. Jaga amanah abah baik-baik. Kerja rajin-rajin."
Contacts look-up… a.din, a.je, a.jo, a.rais
Select..send.
Abang-abangku, entah bagaimana lagi mampu ku susun kata menata kaimah terindah buat kalian. Moga kalian bekerja sebaik-baiknya, dan jadilah anak yang soleh. Moga abah terus tersenyum… dan tidak lagi risau akan pelbagai benda… adikmu tidak mampu membantu. Adikmu hanya bisa membantu untuk mendoa’kan yang terbaik sentiasa mengiringi abah dan kalian. Adikmu hanya bisa diam, tidak ingin bercerita apa-apa pada abah agar abah tidak langsung risaukan adikmu. Agar abah tidak dibebankan walau sedikitpun kerisauan akan hal masalah mahupun akhlaq adikmu. Agar abah sentiasa tenang bila memikirkan tentang adikmu. Kerana adikmu tahu, banyak hal yang sudah abah risau. Banyak sudah kerenah-kerenah manusia yang membuatkan abah bersabar. Abah, ingin ku memelukmu dan membisik kalimah, “bertahanlah untuk terus sabar, dan terima-kasih abah!”
Muslimin tadi…
“oh.. maaf awk tersinggung..sy xtau..since awk anak tauke kn, bas xpres 2 jenis gapo?
“x pe. Buat saya lebih mengingati setiap penat lelah abah kesayangan. Buat saya lebih m’hargai tiap pengorbanan dia. Syukran. Bas jenis xpres lah. Maaf, saya tak reti. Jika aw takut n rasa x safe, aw blh ambil tiket bas lain. Mf. Bas tu dah byk kali ambil budak uia pulang n hantar kembali. N memang biasa jalan jauh. Bas ekspress.”
“maaf byk2.. sy xb’niat lukakan ati awk. Awk pmpuan eh? Xpe, sy nk try bas awk. Dh lama x tgk bas sri bayu.”
No 1 ku tekan. (speed dial) Terus sambungan untuk bonda tercinta. Untuk mendengar suaranya. Agar hati yang tercarik ini bisa tercantum sedikit, bertanya khabar dan cerita umi hari ini. Setelah seketika….panggilan bersambut… alhamdulillah~
Siapa pun kita, moga dapat sama-sama m’jaga lisan agar tiada hati yang mudah tersinggung dengan tingkah sengaja atau tanpa sengaja kita. Jagalah adab bila berbicara. Bertapis dan berbahasalah. Perempuan atau lelaki tidak m’jd soal, tetapi care to your heart of your sisters and brothers in Islam. Apa pun pekerjaan manusia, ingatlah, semua itu rezeki dari ALLAH. Bersyukur, bersederhana,.dan berlapang dadalah. Orang yang berjaya adalah orang yang beriman, walau dalam kondisi senang atau susah.
Untuk diri ku sendiri yang sentiasa berkata kepada hati, “kau seorang dai’!” mengapa sering saja kau menangis ? masalah kecil ini pun buat kau tidak mampu untuk bertahan?
Dai’… dan air mata…. jika kau telah mengatakan diri sbg dai’, maka tangisan mu memang banyak… hati yang lembut milik mereka yang bergelar dai’pasti xboleh menipu untuk sentiasa menangis… tetapi .. tangisan dai’ yang nampak di penglihatan manusia adalah tangisan hanya pada masalah yang menimpa ummat. Sibukkanlah diri pada perkara besar. Sapulah air mata mu. Ingatlah pada Allah yang sentiasa ingin mendengar tangisanmu merindui-NYA.
~berjalan di atas jalan dakwah…
...iman amiq… (iman yang mendalam)
…Takwin daqiq… (pembentukan yang rapi)
…Amal mutawasil…(amal yang berterusan)
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment