Sunday, January 31, 2010

sparks positive aura ye :)

asyik sedih je ye ~

hehe ni ad sorang tegur. knpe ye? byk sgt hal menimpa hamba Allah y hina ni. ampunkan ku wahai Tuhanku.
indeed startg this year cam nmpk byk post sayu di blog ala2 private ku ini ;)


mgu lepas adlah mgu 'kesuraman, kesayuan hati' gak.

sbb?

byk sgt ditimpa musibah harta.

nape tak jaga harta betul2? tu kan amanah Allah.

"wahai org mukmin y dari hartanya ada bahagian untuk mereka y meminta, jua ada bahagian untuk mereka yang tidak meminta.."

musibah harta menimpaku bertali arus. all only in 1 week! innalillah..

alhamdulillah, ujian adalah tanda kasih allah untuk mereka y Allah syg, tol tak? (pujuk hati dgn ini je, wlau tak tau syg Allah byk mana pun pd diri y hina ni)

musibah harta sepanjang mgu tu (2 mgu lps),

1. hilang buku.
buku kesayangn pemberian lecturer ku, Syed Omar. mukaku mmg monyok sgt (hampir ada y perasan muka y suram tak ceria.. atau mgkin ada ramai y perasan. *benda y paling cuba nk ku elak adalah bermuka monyok di depan org ramai. apatah lagi dpn akhawat sahabat dunia akhirat.) ^ sape y suka buku pasti memahami amat betapa tak semangatnya menghadapi ini semua :( apatah lagi buku hadiah dari sesiapa y di sayangi/dihormati.

2. hilang mashaf kesayangn.
tak sanggup rasanya nk cite. tp dah niat nk post entri (penjelasan knp agk suram jiwa ni akhir2 ini) ini, teruskanlah. quran adalah ubat, penawar paling penting untuk ku dan saudara2 seaqidah semua. antunna pasti memahami kesan kehilangan ini cukup getir.
*tertinggal di library. maybe ada yang terambil dan letak di mana2. takkan ada orang sanggup curi quran kan.

3. musibah lagi, pendrive hilang.
tertinggal di cc mahallah dan hilang setelah ku ke sana keesokan harinya untuk menuntut kembali. * sblm ni amat jarag skli m'gunakan cc, tp perlu ke cc masa tu urgent nk print smthg, akibat kalut, terlupa. padahal diri ini sbnrnya amt hati-hati m'jaga harta. innalillah (pasti antunna memahami betapa beratnya dugaan kehilangan pndrive kerna byk kegunaannya benda kecil yang cute tu.

4. rantai kunci motor ku ilang.
tah sape yang bermurah hati menggantikan kunci rantai motorku yang panjang dan agak solid pemberian abah tercinta dengan rantai besinya yang pendek dan sudah agak lama. aduhai kamu ini... tak mengapalah, ku doa'kan kamu insaf dan mendapat kebaikan dari barang milikku pinjaman Tuhanmu dan Tuhanku itu.

5. motherboard laptop rosak.
cik tot demam parah lah. jantungnya kena tukar lain. motherboard tu anggota paling penting mcm jantung kot jika di anologikan dengan fungsi organ manusia. (tah betul tah tidak info ku ni) kesian cik tot. selama ni, solehah je dia menemani kerja2 ku.jarang sekali dia demam dan meragam sejak 4 tahun lalu ku miliki cik tot ku pemberian ayahanda tersayang. dahlah masa tu adalah hari last day b4 ku balik Qlate untuk mid sem break. fuh! amat dasyat hambatan emosi masa tu. cik tot tak leh buka langsung. tiba2. assingmnet sume dlm cik tot. paling penting adalah snarai nama passanger bas yang akan pulg mlm tu blm di print lagi. ku lost sume data n no hp depa! (klau nk tau mcmna 'tenang'nya ku handle, tye by face to face lah ye. tak kuasa nk type kt cni. mls nk ingat kecuaian diri sndiri. len kali print at least 2 days earlier ye cik ada. jgn wat keje last minute!

kesal sgt sbb perangai cuai sendiri motherboard cik tot parah kena ganti lain. overheat. 2 mgu sblm tu mmg ku tak off langsung cik tot. pakai standby je. ad kwn y bgtau, tak pyh turn off. standby je. tanpa usul periksa dan kedasyatan diri sndri yang agk buta teknologi, terus ku percaya n amal. ** puas nangis dan muhasabah diri, ku tak mau dah percaya kata orang senang2 tanpa usul periksa y kemas!

thkns umi & abah coz sanggup repair balik. mahal tu ganti baru motherboard.. rmai y suggest beli laptop lain, tp kerna amt syg cik tot, tak smpai hati.. cik tot dah bersamaku susah senang slama ni. tu lah komputer pertama ku miliki. huhu

sebenarnya sgt sedih, tp dah tak boleh sedih2 lg. sparks aura positive k! :)

for all, i got many 'things' inside me.
teringat peristiwa penting sblm sgla musibah harta tu menimpa diri... bbrpa mlm sblm kejadian, ku dan akhawat ke Matrik UIA PJ untuk halaqah dan aktivti bersama adik2. pulang dari sana mlm tu, slh seorg ukhti ksyagn y bersama kami realize dia ter drop purse nya. sampai uia mmg suasana suram. penuh sayu. 3 lagi ukhti sebak. (memahami musibah y menimpa ukhti tadi) masa bersalam dg ukhti y kehilangan purse tu, ku hanya mmpu minta dia bersabar. dalam hati cuma rasa tumpang kesal untuk musibah menimpanya. tanpa air mata. tanpa ada rasa ingin menghulur sedikit wang m'bantu. tak terfikir langsung. sedang mata ini melihat salah seorang ukhti lain menghulur sedikit wang membantu ukhti tadi walau di tolak keras olehnya. (knp tak terfikir nk bantu? :(. serius, langsung tak terfikir.) di benak fikiran hanya teringat betapa ukhti itu amat di sayang Allah. kerna ku tau, dia merupakan susuk dai' muslimah yang hebat. dia juga pernah diuji hilang motor di UIA yang baru dibeli 2 hari! masa tu terdetik di hati betapa ku cemburu dia diuji Allah.

setelah pulang ke bilik walau badan sudah penat kerna jam telah menginjak ke 1.30am, masih jua terfikir betapa dia tabah dan betapa ku cemburu dia diuji.

setelah 2 hari kemudian, Allah hantar musibah harta yang berturutan itu padaku. masyaAllah.

alhamdulillah jua. wlau pahit, tp ku cukup byk mngmbil ibrah.

pekalah, dan bantulah sahabat-sahabatmu tatkla musibah menimpanya. itulah bukti ukhuwwah yang kau laung-laungkan selama ni. (kesal lagi kerna tidak pantas menghulur sumbangan padanya di mlm kejadian)

kini, hatiku cuba ku lukis dengan baik sekali. agar semakin cerah dan berseri hingga kelihatan di pandangan mata kalian semua saudara sea'qidah ku :)

sabarlah puteriku

what people say.....
take it as a pembaikan. jika tak benar, tu ujian dari Allah untuk uji dirimu puteriku.

what people say....
let them talk n talk. at last they will be tired. ttp dirimu puteriku, teruskan melangkah, mengoreksi diri dan melakukan muhasabah.

what people say.....
maybe they do not know u yet. maybe they will be more good than u one day... jadi puteriku..... senyumlah dan bertafakkurlah.... siapa pun mereka, mereka adalah tetap saudara seaqidah denganmu.....serendah rendah iman adalah berlapang dada..

puteri hati umi dan abah,
semakin teguhlah. agar langkahmu tidak maju kerana pujian manusia, agar semangatmu tidak jatuh kerana kejian manusia.... tetapi duhai puteri milik ummat nabi Muhammad, dirimu bernafas dan bergerak demi untuk Allah Yang Satu!

puteriku itu mohon Allah jangan tinggalkan puteri, wlau seisi dunia menolak, ttp hamba-hambaMu yang mukmin pasti m'jd syuhadak di atas tiap tangan dan kaki puteri lakui dan hayun. pasti mereka membahu gagah bersatu dalam jiwa dan semangat puteri. cukup Allah dan hamba-hamba Allah yang beriman tahu. cukup.
ampunkan puteriku ya Allah.

puteriku juga telah memaafkan semua dari mereka.

**sunnah berjuang, pasti ada orang yang menyayangimu puteriku dan tidak menyenangimu puteriku... berdoa dan bersabarlah... hatimu takkan tergugat oleh mereka yang suka mencari walau daki tiap kesalahanmu puteriku. tapi hatimu akan sentiasa tersenyum pada mereka kerna puteriku tahu, mungkin 1 masa nanti, mereka akan turut bersama puteriku membantu agama Dia. puteriku sayang mereka semua saudara se'aqidah puteriku. sungguh! :)


" kadangkala.....

ingin sahaja menutup telinga dengan bantal,
aku ingin berehat sebentar,
namun kata Iman...
mereka saudaramu...
ummat!!!

Ingin sahaja berlama merenung bulan,
agar hilang sedikit kekalutan,
namun kata Iman...
mereka saudaramu....
ummat!!!

hati ini banyak merungut dari muhasabah,
tuntutan semakin payah, jihad semakin lemah,
namun kata Iman...
mereka saudaramu....
ummat!!!

Mata ini berpinar mentafsir keadaan,
Memahami antara tujuan dan rintangan,
namun kata Iman,
Aku tidak hanya hidup di hati, tapi juga perbuatan.


Itulah...

kadangkala.. .

Namun,

Kadangkala itu harus pergi, jangan biar selalu kembali,
Teruskan hidup menjulang misi nabi,
Kerana Rasulullah sentiasa menemani,
dalam sunnahnya yang masih diwarisi....

Monday, January 11, 2010

ular warna warni

Ku diberikan satu berita dari murabi baru bahawa…… sekali lagi ku ditukarkan ke halaqah baru yang lain setelah selama 2 kali kebersamaan di dalam halaqah baru …. oh Tuhan, inikah berita gembira yang Kau khabarkan dalam mimpiku tempoh hari… mimpiku bertemu dengan ular yang berwarna warni.. mengikut tafsiran mimpi, ia membawa maksud akan mendapat kebahagian…. Adakah kebahagian ini? Alhamdulillah, memang satu berita yang merupakan satu lagi hadiah dan amanah dari Allah. Oh Tuhan, telah ku redha, apa jua yang Kau tentukan untuk ku. Telah ku redha apa jua yang akan Kau tentukan untukku. Kau cukup sebagai pelindungku. Cukup hanya diri-Mu yang mengadiliku. Biarlah apa jua yang akan ku hadapi, ku redha jika redha-Mu di situ. Sungguh, langkah ini pasti akan ku langkahi selaju mereka… ku janji pada-Mu. Akan ku pegang. Kuatkan keimanan ku pada-Mu jika ku nanti akan bermandi darah. Siap siagalah.

Friday, January 8, 2010

rakaizud dakwah

Pengaruh dari musuh musuh Allah seperti Salibis, Komunis dan yahudi telah menjalar sampai ke mana-mana. Mereka telah memberikan kursi pemerintahan kepada orang-orang yang berasal dari negara kita sendiri dan berbicara dengan bahasa kita. Rasulullah S.A.W menyifati mereka sebagai para dai’ di depan pintu-pintu neraka.

Barangsiapa yang menyambutnya maka mereka akan melemparkannnya ke dalam neraka tersebut. Mereka membuat hukum untuk manusia,sesuai kehendak hawa nafsu mereka. Mereka telah memandulkan hukum-hukum Islam. Mereka menerapkan hokum konvensional dan tradisi barat serta nilai-nilai asing kepada kehidupan umat Islam, terutama di kalangan orang terpelajar. Akibatnya lahirlah dari mereka generasi-generasi yang meiliki nama-nama Islam tetapi dengan isi kepala barat.

Kerosakan telah bermaharajalela. Akhlaq teah dirosakkan an masyarakat telah tenggelam dalam syahwat. Ketelanjangan menjadi dasar kehidupan mereka, sedangkan agama dipandang sebagai sesuatu yang ekstrem dan terkebelakang.

Mereka telah memerangi akidah dengan alas an kebebasan berfikir. Mereka menghancurkan kekuatan etika dengan sarana sarana kenikmatan semu. Keberadaan kita ini persis oleh sabda nabi S.A.W ketika bersabda :
“Hampir saja bangsa-bangsa lain akan datang berebutkan kalian, laksana hidangan yang diserbu pada nampannnya “ (HR Abu Daud dari Tsauban)

Untuk mengembalikannya hanay ada satu cara, dakwah!

-Buku RAKAIZUD DAKWAH. Oleh, DR MAJDI AL-HILALI-

Bas buruk kesayangan ayahanda~

“X pnh naik, tp tgk tiap2 ari.. bs skoloh buruk. Bas ekspress dia ok ke? ”

Bercucuran air mata ni tatkala m’baca sms dari seorang pelanggan bas ku untuk trip cuti kali ni. Seorang muslimin pelajar uia bertanyakan kondisi bas. Tidak salah dia bertanya. Dia mungkin risau akan pelbagai kejadian kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspress. Tidak ku terasa dengan dia. Entah siapa, ku tidak tahu tuan empunya diri. Dia juga tidak tahu yang hamba Allah yang sedang ber sms dengan dia ini adalah anak kepada tuan empunya bas. Cuma jauh di sudut hati, teringat akan wajah abah kesayangan. Sebak. Rasa tersekat di dada. Rasa tidak mampu bernafas.
Ku membalas dengan linangan air mata di pipi. Lantas mood untuk study langsung hilang.

“ bas sekolah tu dah lama. X po lah buruk pun. Banyak jasanya. Kecik hati saya. Dengan bas sekolah tu lah abah kesayangan saya besarkan saya sampai menara gading ni.”

Terus ku sms abang-abangku.

"Ado budak laki sms Ada. Dia tanya bas buruk ke bas baru untuk datang ambil budak UIA pulang qlate. Sbb dia tengok bas sekolah buruk.Ada katalah bas baru. Kecik ati Ada. Dengan bas sekolah buruk tu lah abah sara Ada sampai menara gading. Dengan bas sekolah lah abang-abang Ada cari rezeki berkat usaha abah. Jaga amanah abah baik-baik. Kerja rajin-rajin."

Contacts look-up… a.din, a.je, a.jo, a.rais

Select..send.

Abang-abangku, entah bagaimana lagi mampu ku susun kata menata kaimah terindah buat kalian. Moga kalian bekerja sebaik-baiknya, dan jadilah anak yang soleh. Moga abah terus tersenyum… dan tidak lagi risau akan pelbagai benda… adikmu tidak mampu membantu. Adikmu hanya bisa membantu untuk mendoa’kan yang terbaik sentiasa mengiringi abah dan kalian. Adikmu hanya bisa diam, tidak ingin bercerita apa-apa pada abah agar abah tidak langsung risaukan adikmu. Agar abah tidak dibebankan walau sedikitpun kerisauan akan hal masalah mahupun akhlaq adikmu. Agar abah sentiasa tenang bila memikirkan tentang adikmu. Kerana adikmu tahu, banyak hal yang sudah abah risau. Banyak sudah kerenah-kerenah manusia yang membuatkan abah bersabar. Abah, ingin ku memelukmu dan membisik kalimah, “bertahanlah untuk terus sabar, dan terima-kasih abah!”

Muslimin tadi…
“oh.. maaf awk tersinggung..sy xtau..since awk anak tauke kn, bas xpres 2 jenis gapo?

“x pe. Buat saya lebih mengingati setiap penat lelah abah kesayangan. Buat saya lebih m’hargai tiap pengorbanan dia. Syukran. Bas jenis xpres lah. Maaf, saya tak reti. Jika aw takut n rasa x safe, aw blh ambil tiket bas lain. Mf. Bas tu dah byk kali ambil budak uia pulang n hantar kembali. N memang biasa jalan jauh. Bas ekspress.”

“maaf byk2.. sy xb’niat lukakan ati awk. Awk pmpuan eh? Xpe, sy nk try bas awk. Dh lama x tgk bas sri bayu.”

No 1 ku tekan. (speed dial) Terus sambungan untuk bonda tercinta. Untuk mendengar suaranya. Agar hati yang tercarik ini bisa tercantum sedikit, bertanya khabar dan cerita umi hari ini. Setelah seketika….panggilan bersambut… alhamdulillah~
Siapa pun kita, moga dapat sama-sama m’jaga lisan agar tiada hati yang mudah tersinggung dengan tingkah sengaja atau tanpa sengaja kita. Jagalah adab bila berbicara. Bertapis dan berbahasalah. Perempuan atau lelaki tidak m’jd soal, tetapi care to your heart of your sisters and brothers in Islam. Apa pun pekerjaan manusia, ingatlah, semua itu rezeki dari ALLAH. Bersyukur, bersederhana,.dan berlapang dadalah. Orang yang berjaya adalah orang yang beriman, walau dalam kondisi senang atau susah.

Untuk diri ku sendiri yang sentiasa berkata kepada hati, “kau seorang dai’!” mengapa sering saja kau menangis ? masalah kecil ini pun buat kau tidak mampu untuk bertahan?
Dai’… dan air mata…. jika kau telah mengatakan diri sbg dai’, maka tangisan mu memang banyak… hati yang lembut milik mereka yang bergelar dai’pasti xboleh menipu untuk sentiasa menangis… tetapi .. tangisan dai’ yang nampak di penglihatan manusia adalah tangisan hanya pada masalah yang menimpa ummat. Sibukkanlah diri pada perkara besar. Sapulah air mata mu. Ingatlah pada Allah yang sentiasa ingin mendengar tangisanmu merindui-NYA.


~berjalan di atas jalan dakwah…

...iman amiq… (iman yang mendalam)
…Takwin daqiq… (pembentukan yang rapi)
…Amal mutawasil…(amal yang berterusan)