Tuesday, October 6, 2009

seharum mawar~


Salam sayang buatmu……
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan kusyu’…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang berhijab, pemalu, anggun lagi berperibadian kukuh…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah, yang jujur dan mempercayai kebenaran…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang penyabar, selalu berharap akan pahala Allah, bertaubat dan kembali ke jalan-Nya…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang selalu berzikir, bersyukur, berdoa lagi penuh kesedaran…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang meneladani Asiyah (isteri Fir’aun), Maryam dan Khadijah…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang mendidik calon2 pahlawan dan mencetak calon2 tokoh terkemuka…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang menjaga nilai2 dan memelihara suri teladan…

Salam sayang buatmu……
Saudariku yang merasa terusik terhadap perlanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati, serta menjauhkan dari perkara2 yang haram.

Ya!........ dengan senyumanmu yang cantik, yang mengirimkan cinta, dan mengutus kasih sayang bagiorang lain.

Ya!........dengan tutur kata baik anda yang dapat menjalin persahabatan yang dianjurkan syaria’t dan menghapus semua rasa dengki

Ya!........ dengan derma yang membahagiakan si miskin, menyenangkan orang fakir, mengenyangkan perut yang lapar

Ya!........dengan kesedianmu duduk bersama al-qura’an seraya membaca, merenungi dan mengamalkannya, sambil bertaubat dan beristighfar

Ya!........ denagn banyak berzikir, memohon ampun, rajin berdoa’, dan suka memperbaharui taubat

Ya!........ dengan mendidik anak-anakmu dengan agama, mengajarkan sunnah nabi dan member petunjuk tentang apa-apa yang bermanfaat bagi mereka

Ya!........ dengan rasa malumu dan hijab yang diperintahkan Allah, kerana hanya itulah cara untuk menjaga dan memelihara dirimu

Ya!........ dengan berteman bersama wanita-wanita yang baik dari kalangan mereka yang mempunyai rasa takut kepada Allah, menyukai pengamalan agama dan menghormati norma-norma etika

Ya!........ dengan berbuat baik kepada orang tuanya, menyambung persaudaraan, menghormati tetangga, menyantuni anak yatim

Ya!........ untuk membaca sesuatu yang bermanfaat dengan menelaah buku yang menarik dan berfaedah, buku yang menyenangkan dan memberi tuntunan.

TIDAK…! Anda tidak akan menyia-nyiakan umurmu, seperti senang membalas dendam dan berselisih dengan perkara yang tiada ada kebaikannya

TIDAK…! Anda tidak akan menghasilkan wang dan menghimpunkanya dengan mengorbankan kesihatan, kebahagian, tidur dan ketenangan anda

TIDAK…! Anda tidak akan mencari-cari kesalahan orang lain dan mengumpat dengan orang lain serta melupakan kesalahan dan aib diri sendiri

TIDAK…! Anda tidak akan berperangai yang suka mabuk kepayang dengan kesenangan hawa nafsu, menuruti segala tuntutan dan keinginannya

TIDAK…! Anda tidak akan menyia-nyiakan waktu dengan bersama dengan orang-orang yang menganggur dan membuang-buang waktu untuk hal yang sia2

TIDAK…! Anda tidak akan mengambil sikap acuh tak acuh terhadap badan dan rumah dari bersih, wewangian dan disiplin

TIDAK…! Anda tidak akan meminum yang haram, merokok, dan segala yang kotor dan najis

TIDAK…! Anda tidak akan mengingat musibah yang telah berlalu, bencana yang sudah silam, atau kekeliruan yang pernah di alami

TIDAK…! Anda tidak akan melupakan akhirat dan amal untuknya, dan alpa terhadap tanda-tanda keberadaannya

TIDAK…! Anda tidak akan berperangai membuang-buang harta benda dalam perkara-perkara yang haram, berlaku boros dalam perkara-perkara yang mubah, dan perilaku yang dapat melupakan perkara2 keta’atan

Melati pertama…..
Jadilah seperti lebah,ia selalu hinggap di bunga-bunga yang semerbak dan ranting-ranting yang segar

Melati kedua…..
Janagan beri kesempatan kepada diri anda untuk menyelidiki kelemahan orang lain dan mencari-cari kesalahan mereka

Melati ketiga…..
Jika Allah selalu bersamamu, maka siapa yang harus engkau takuti? Sebaliknya, jika Allah menjadi musuhmu, maka kepada siapa engkau akan berharap?

Melati keempat…..
Api kedengkian dan hasad dengki selalu membakar tubuh, dan sikap yang terlalu pencemburu itu ia ibarat api yang membara

Melati kelima…..
Jika anda tidak mempersiapkan diri sejak hari ini, maka hari esok bukan menjadi milik anda.

Melati keenam…..
Mundurlah dengan teratur dari tempat-tempat huru hara dan persengketaan

Melati ketujuh…..
Bertingkah-lakulah dengan akhlaqmu yang lebih indah dan cantik dari sebuah taman

Melati kelapan…..
Berikanlah kebajikan, nescaya anda akan menjadi manusia yang paling bahagia

Melati kesembilan…..
Biarkan urusan makhluk menjadi urusan Penciptanya, biarkan yang mendengki sampai mati, dan biarkan yang memusuhi terlupakan

Melati kesepuluh…..
Kelazatan sesuatu yang haram dapat menimbulkan penyesalan, penderitaan dan hukuman.


Mawar pertama……..
Ingatlah bahawa sesungguhnya Tuhanmu Maha Mengampuni orang yang beristighfar, Maha Pemberi Taubat atas siapa saja yang bertaubat dan menerima orang yang kembali kepadanya.

Mawar kedua……….
Kasihanilah orang-orang yang lemah, nescaya anda akan bahagia.berilah orang-orang yang memerlukan pertolongan, nescaya anda akan merasa puas. Rendamlah emosi anda, nescaya anda akan selamat

Mawar ketiga…………
Optimislah, kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohon ampunan untukmu dan syurga telah menunggumu.

Mawar keempat…….
Hapuslah airmatamu dengan berprasangka baik kepada-Nya. Buanglah segala penderitaan dan kesedihanmu dengan mengingat segala nikmat Allah kepadamu

Mawar kelima……..
Jangan anda mengira bahawa dunia diciptakan untuk melayani secara lengkap, kerana pada hakikatnya tiada seorang pun di muka bumi Allah ini yang akan mendapatkan semua yang diinginkannya dan terbebas dari segala macam kekeruhan

Mawar keenam……….
Jadilah seperti pohon kurma; tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan bila dilempar batu, ia membalas dengan buah kurmanya

Mawar ketujuh……….
Pernahkah kau mendengar bahawa sesungguhnya kesedihan itu dapat mengembalikan kenangan di masa lalu dan sesungguhnya kegelisahan itu dapat membenarkan kesalahan. Maka dari itu, mengapa kau harus bersedih dan gelisah?

Mawar kelapan……….
Jangan anda menunggu datangnya bencana dari fitnah,tetapi tunggulah kedatangan keamanan, kedamain dan kesihatan, insyaAllah

Mawar kesembilan……..
Padamkan api kedengkian di dadamu dengan memaafkan semua yang pernah berbuat salah kepadamu

Mawar kesepuluh……..
Mandi, berwudhu’, memakai wewangian dan bersiwak dengan teratur, merupakan ubat mujarab untuk mengatasi kepenatan dan kesempitan ~~

0 comments: