Tuesday, October 6, 2009

kerinduan buat arwah nenda

Mok, masyaAllah rindunya cucumu ini pada sesusuk tubuh, belaian lembut dan kata nasihatmu.. sungguh, rindu ini tak mampu untuk ku rungkaikan dengan bertemu denganmu kerana kau telah bersemadi aman menemui Rabbmu. Hanya kalungan doa’ dan surah2 yang kau pesan untuk ku baca setiap kali selesai solat farduku tiada berkeputusan ku kirim untukmu nenek..

‘niatkan sadaqah untuk nenek sblum m’bc kalamullah’..

Itulah kata-kata yang umi selalu ulang memujuki ku setelah ku sering menangis tatkala meluahkan rasa rindu yang bersarang untuk nendaku itu.. betapa aku belum bersedia atas kehilanganmu.. bukan ku menafi ketentuan takdir, tetapi kedewasaan ini belum benar-benar matang mungkin.
Ku ingin bersamamu.
Ku ingin memelukmu erat seperti dulu…
ku ingin kau mendengar hafalan quranku..
ku ingin mendengar pesananmu yang risaukan ku jauh dari keluarga saat hari-hari terakhirku di kampung sebelum bertolak ke UIA..
ku ingin memimpinmu lagi ke meja makan dengan tongkatmu…

saat terpandang tongkatmu yang kau tinggalkan sepi di sudut bilikku, terhambur tangisan yang menderu. Tangisan rindu seorang cucu…
kau sering pesan padaku, jaga akhlaq cu..

mok, tak sempat ku ingin mengenalkanmu dengan cucu barumu putera hatiku dan hero generasiku, kau telah tiada.. Ku ingin kau berdoa’ dan bersembahyang hajat untukku. Kerana kau begitu teliti risaukanku dalam hal ini..
Ku pasrah amat…

hari ni, eid’fitri 1430H, adalah tahun pertama tanpamu. Selesai sembahyang tasbih hari raya, bergegas ku mengangkut sebilangan cucu2mu ke kubur. Mok, rindu kat mok. Tak ku sangka tahun lalu adalah tahun terakhir rayaku bersamamu selama-lamanya.

Mok, rindu ini satu penyakit yang susah sembuhnya. Alunan quran sahaja alat penenangnya.
Moga kita bertemu kembali di jannatul Firdaus. Amen.

0 comments: