1843 22 May 2009
Alhamdulillah~
hari ini ku panjatkan jutaan butiran tasbih pd-Dia atas berita gembira dlm merealisasikan kembara il’mu di bumi Yaman. Jazakallahukhoir Br Haznizul…~
Syukran Sir… Sir berjanji akn membayar segala perbelanjaan ku untuk ke, keberadaan di bumi Yaman, dan selamat pulang ke bumi Malaysia kembali.. Komunikasi menggunakan aplikasi teknologi YM antara ku dengan Sir yang bekerja di bumi Melbourne, Australia itu kini tengahari tadi mencatat detik sejarah indah tersendiri dalam diri ku. ana rasa, hadiah ini adalah hadiah directly dari Allah mungkin untuk menegur kesilapan ana tanpa dan dengan ana sedari…
Ana berasa cukup tersentuh hati ya Allah.. ampuni hamba-Mu ini atas lewat segala dosa-dosa ku.. Hadiah ini terlalu besar. 1 amanah yang besar. Apa yang berada dalam fikirku adalah Allah ingin memimpin hatiku agar melaksanakan segala amanah yang sedang ku pikul ini sebaik mungkin.. amanah pada dakwah yang memerlukan kethiqahan yang total, amanah pada umi abah agar menjadi insan berguna dunia akhirat, amanah pada universiti agar menjadi pelajar cemerlang akhlaq & akademik, amanah dari penduduk masyarakat agar suatu ketika ku berjasa dan berbudi menyumbang kepada ketamadunan Islam yang telah Allah janji bahawa syurga-Nya untuk orang-orang mukmin ..
semua realiti ini bercantum menjadi kewajipan.
Moga Allah membalasi yang terbaik atas niat bekas pensyarah ku, Sir Haznizul yang telah menyenangkan hatiku dan memudahkan rancanganku ke sana tahun hadapan. Ya Allah, ku pohon agar rancangan ini Kau berkati dan menjadi nyata. Amen. Hanya Kau yang mengetahui azam dan impianku dalam menjadi khalifah-Mu yang Kau cintai.
Inni uhibbak fillah~ jazakaLLAH~
Friday, May 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


2 comments:
Pertama kali membaca blog ini,semoga cita-cita murni adik tercapai ingin menuntut ilmu Agama di Yaman.
Namun begitu,akak mengharapkan adik berhati-hati dan menjaga pergaulan dengan lelaki bukan muhrim kita.
Perkata Uhibbak Fillah tidak sesuai untuk dinyatakan,malah ia boleh membawa fitnah di dalam hubungan adik dengan Sir.
Akak faham perasaan adik, tapi sebagai seorang wanita yang mempunyai harga diri yang teguh,sepertimana seteguhnya akar. Your Blog name.
Bahaya jika ia dihebahkan kepada umum,takut akan timbul fitnah dan cerita lain.Contoh berchatting dengan Sir dan sebagainya.
Akak tahu,hubungan ini antara Sir dan Student, dan tentu tiada yang melaghakan, tapi walaubagaimanapun,sebaiknya elakkan daripada berlaku. Fikirkan sebaiknya. Sekiranya diketahui isteri Sir.. Apakah perasaannya.
Akak harap adik tidak berkecil hati,dan menerima dengan hati yang terbuka.Percayalah kita sebagai wanita, kiri, kanan, depan belakang,dan segalanya akan membawa fitnah pada lelaki..melainkan bagi wanita yang menjaga dan teguh menjaga.
Wassalam
Kak Dahlia
salam
syukran k.dahlia. :)
nasihat yang di berikan akan di semat kukuh di hati. cukup mengingatkan ana akan title 'muslimah' yang di sandang ini. jazakillah :)
Post a Comment