salam a'la kullukum jami'an :)
kaifa hal? wa kaifa imanukum? imanina?
alhamdulillah iman ana dah stabil balik sejak pulang ke UIA tercinta. :)
bersama akhawat2 ansar insyaAllah meneguhkan kembali kadar iman yang kian redup tatkala bercuti di rumah sblm ini.. benarlah melalui pembacaan ana sebelum ni, bia'h (persekitaran) yang baik pasti mampu melonjakkan seseorang ke arah peribadi muslim yang unggul dan syumul.(sempurna) Bergaul dengan rakan-rakan yang baik akan membina karakter islami dalam diri kita. Teringat 1 hadith nabi yang ana hanya boleh tulis maknanya sahaja kerana kedhaifan diri yang lupa, bahawa agama (peribadi) seseorang akan megikut agama (peribadi) teman-teman gaulannya. Thanks tO Allah again, again and again kerana mengurniakan ana sahabat-sahabat seperjuangan yabg berbeza keprofesionalan duniawi tetapi qhayah (tujuan) dakwah yang sama yang unggul akhlaqnya. Ketika di rumah (kampung halaman), sedayanya ana pertontonkan akhlaq yang sebaik mungkin untuk menyentuh jiwa2 orang yang memandang, ke arah ingatnya mereka ke kampung halaman (akhirat) mereka yang sebenar. Ana akan berjemaah di surau berdekatan rumah pada waktu subuh, maghrib, isya'untuk menonjolkan contoh syabab (pemuda) sentuhan tarbiyah di bumi UIA ini. Sedih amat melihat keadaan sekeliling yang menggerunkan. Pemuda-pemuda islam yang semakin hilang akhlaq islami lantas jika ini berterusan, apa yang akan kita lihat di masa depan? Masalah sosial yang terus-an menunjukkan peningkatan dari pelbagai pe'el senario bisa membuatkan diri tidak mampu tersenyum sekalipun memikirkan terlalu banyak 'kerja'yang perlu ditunaikan. Ya Allah panjangkan umurku, tingkatkan i'lmuku dan teguhkan imanku agar ku dapat terus thabat (tetap) bersama gerombolan jemaah-Mu mengembalikan kegemilangan Islam semula.
Sekarang nie ana dalam proses melalui 'the apprentice'. 2nd stage untuk pemilihan ke Educational Trip to Indonesia August ni. Doakan business kami berjaya so that kami leh terpilih ke sana eh?:)
erm.. 1 more, mOga Allah permudahkan urusan ana dan 2 lagi sahabat ana untuk pergi belajar bahasa a'rab di yaman, Jordan next short sem nanti. mOga kami dapat settlekan semua proses, scholarships n etc. syukran lakum. syukran ya Allah ;)
Tuesday, May 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 comments:
Post a Comment