Sunday, August 30, 2009

let's doa'! :)


tazkir from my ukhti hijanah :)

Salam akhowat yang dicintai kerana Allah..

Sedar tidak sedar sudah 9 hari kita menyambut syahru Ramadhan, iaitu satu bulan yang sangat tinggi nilainya. Mungkin di antara kita masih lagi tidak dapat berpuasa, lantaran kedatangan haid yang memang merupakan satu fitrah bagi seorang wanita..tapi ingatlah, walaupun kita berada dalam kondisi yang tidak membolehkan kita puasa, kita masih boleh melakukan banyak lagi amalan2 soleh agar kita tak pernah ketinggalan untuk merasa kenikmatan awal Ramadhan…..

Akhowat yang dikasihi,

Jangan pernah biarkan walau sesaatpun kehidupan kita ini tanpa zikrullah. Sentiasa ingat Allah walau di mana saja dan pastikan tidur kita juga merupakan zikir…iaitu niatkan untuk mengembalikan kesegaran tubuh untuk meneruskan ibadah….

Ana ingin berkongsi tentang satu perkara, percayalah… Allah akan makbulkan doa orang berpuasa lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan… ana percaya mungkin terlalu banyak keinginan, harapan yang kita dalamkehidupan kita… jadi, gunakan peluang ini untuk memperbanyakkan berdoa kepada Allah

Apabila umat Muhammad saw tiba ke tempat sembahyang, Allah berfirman kepada Malaikat : Hai MalaikatKu, apakah balasannya orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab Malaikat : Hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya . Firman Allah : Bahawa Aku saksikan kamu hai MalaikatKu, telah aku jadikan pahala dari puasa mereka pada bulan Ramadhan dan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredhaanKu dan keampunanKu, tiada memohon kepadaKu hari ini akan sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu .

Percayalah…Allah akan makbulkan. Berdoalah sepenuh hati mu… Ana teringat satu ceramah dari seorang penceramah,, katanya list kan segala doa-doa sepanjang ramadhan, dan kemudian selepas Ramadhan tandakan yang mana Allah perkenankan. Ana secara peribadi, tidak pasti perkara ni praktikal atau tak..tapi Ana sendiri pernah buat tahun lepas… subhanallah semua yang Ana listkan tertanda… walaupun Ana sendiri tak sangka Ana akan dapat, tapi Ana dapat…subhanallah…

Seorang sahabat Ana, kalau di ikutkan kitaran haidnya, haidnya dijangka pada akhir Ramadhan, tapi atas keinginan untuk bertemu lailatul Qada. Lantas dia berdoa dengan sepenuh hati….Ya Allah, aku ingin sujud pada mu di malam lailatul qada. Aku ingin merasa manisnya nikmat bertemu dalam solatku di 10 malam terakhir…..subhanallah, Allah perkenankan doanya, haidnya kalau diikutkan selama seminggu, tapi hanya 2 hari… Allahuakbar…

Ayuh sahabat, mari sama2 perbanyakkan berdoa……

Saturday, August 29, 2009

SAAT CINTA-NYA MEMBIASI IMAN

SAAT CINTA-NYA MEMBIASI IMAN

Suria mencicip air teh yang dibuatnya, masih lagi panas tenang berada dalam mug di atas mejanya. Kedengaran sayup-sayup dari luar kamar hostel suara muazzin melaungkan azan Maghrib dari masjid Shah, UIA. Suria menutup tingkap kamarnya yang terbuka sedari tadi. Tiba-tiba kedengaran derap kaki menghampiri pintu bilik. Ah, pasti itu Jamilah. Hanya mereka berdua sahaja menghuni bilik yang mempunyai empat compartment di tingkat lima blok D, Mahallah Halimah.
“Ke mana?” Tegur Suria melihat Jamilah sedang memulas tombol pintu hendak keluar dari tempat meja tulisnya yang boleh melihat jelas ke pintu bilik mereka. Jamilah siap berjubah hitam, wangian yang dipakainya menusuk hidungnya, lembut dan wangi. Jamilah menoleh sambil mengukir senyum dibibir.
“Ada meeting. Nanti lepas isyak saya balik.” Beritahu Jamilah pendek. Suria terkejut, berhenti mencicip air tehnya sebentar. Dahinya berkerut mendengar kata-kata teman sebiliknya.
“Meeting? Meeting apa waktu Maghrib begini? Mana ada orang meeting waktu Maghrib.” Tanya Suria, Entah persatuan apa yang disertai Jamilah. Jamilah tersenyum dengan reaksi spontan Suria.
“Erm, He needs us to be on time during meeting. I get to go, Assalamualaikum.” Beritahu Jamilah lalu menutup pintu bilik perlahan-lahan. Suria sedikit terpinga-pinga dengan jawapan temannya, berlapik-lapik gaya. Suria segera menghabiskan air teh yang sudah suam itu perlahan-lahan sebelum melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Ah, belum lagi pukul 8. Getus hatinya.
………………………………………….
“Dari mana?” Tanya Jamilah melihat Suria yang jelas kepenatan dari riak wajahnya memasuki bilik mereka. Ketika Jamilah sedang menggosok baju. Suria melepaskan beg yang digalasnya diatas meja dan menghempaskan badannya ke katil sambil melepaskan selendang yang dililit di kepala rakus. Kedengaran jelas keluhan dari bilik Suria. Jamilah menutup suis seterikanya dan menghampiri bilik Suria.
“Penat, ya? Mesti dari library.” Duga Jamilah tersenyum lalu menghampiri meja Suria dan menuang air suam dalam cerek elektrik ke dalam mug Suria yang berada di sebelahnya. Mug yang berisi air suam dihulurkan kepada Suria yang masih berbaring. Suria bangkit lalu mencapai mug tersebut. Jamilah menarik kerusi untuk duduk menghadap temannya yang rakus meneguk air suam yang tidak berperisa itu.
“A’ah, I went to library. Oh my God! too many things to do, catching for the due date in less than 2 weeks. Macam orang gila belajar.” Luah Suria dengan sengaja membesarkan matanya sambil keningnya beriringan terangkat. Jamilah tenang mendengar luahan temannya.
“Ilah, tak ada meeting ke malam ini? Tadi masa saya balik baru azan. You should be on time in meeting!"
Suria mengingatkan Jamilah yang hampir setiap hari ada meeting terutamaya waktu Maghrib. Tapi jarang pula dia bercerita tentang persatuannya mahupun aktiviti yang dijalankan. Pelik betul temannya ini.
“Oh, meeting is postponed.” Jelas Jamilah, menahan geli hatinya dengan kata-kata Suria.
“I’m so curious to know what kind of society you joined for all this while.” Tanya Suria, lupa sejenak keletihannya memerah otak seharian di library. Terasa neuron-neuron otaknya seperti wajar-wayar yang terputus dari soket sehingga tak lagi berfungsi. Tangannya masih memegang mug yang sudah tidak berisi sambil memandang tepat ke mata Jamilah.
“meeting with Allah! Jangan lewat pula solat maghrib.” Balas Jamilah ringkas lalu meninggalkan Suria yang terpanar dengan jawapan yang tidak pernah diduganya.
…………………
“Awak buka puasa ke?” Tanya Suria melihat Jamailah sedang meneguk teh ais yang dibeli di kafe. Jmailah tersenyum.
“Alhamdulillah.” Balas Jamilah ringkas, lalu menghulurkan karipap kepada Suria, tetapi ditolak.
“Saya dah makan tadi, puasa apa?” Tanya Suria, sejak akhir-akhir ini teman sebiliknya kerap berpuasa. Ramadhan 2 minggu lagi.
“Puasa Nisfu Sya’ban. Sekarang sudah 15 Sya’ban. Eloklah berpuasa.” Beritahu Jamilah lalu menyua karipap ke mulutnya perlahan-lahan.
“Hari-hari, malam-malam amalan kita diangkat ke langit, setiap isnin dan khamis amalan kita selama seminggu diangkat. Dan setahun sekali pada malam Nisfu Sya’ban, amalan tahunan kita diangkat. Rasulullah suka saat buku amalannya diangkat, baginda sedang berpuasa. Erm, bagaimanalah agaknya buku amalan kita setahun ini? kosong dengan amal ibadah ataupun penuh dengan dosa yang tak berpenghujung.” Sambung Jamilah. Kedengaran keluhan kecil dari Jamilah, riak wajahnya sedikit berubah. Belum sempat Suria respon, telefon bimbitnya bordering, dia segera meninggalkan Jamilah untuk ke biliknya. Sebentar kemudian Suria melangkah ke bilik Jamilah tapi langkahnya terhenti. Jamilah menangis! Air matanya menitis ke atas plastik berisi karipap yang dibeli, sebiji karipap yang dimaknnya tadi masih lagi tersisa.
Kenapa Suria menangis? Getus hati Suria tiba-tiba. Sejak semester lalu, banyak perkara yang dia masih belum tahu tentang Jamilah.
………………………….
“Buat apa di sini?” Tanya Suria melihat Jamilah yang keseorangan duduk di bangku sambil termenungkan bulan. Seminggu lagi Ramadan akan tiba.
“Hm, mencari Tuhan.” Balas Jamilah apabila Suria mengambil tempat duduk disebelah. Suria terkejut.
“Awak ini berfilosofi pula. Tuhan mana boleh dilihat, akhirat baru boleh jumpa.” Kata Suria pula sambil tergelak kecil. Jamilah tenang disisi memerhatikan bulan di langit, sebutir bintang berkerdip di sisinya menemani. Seperti seorang raja yang diringi oleh pegawai peribadinya.
“ Mencari rasa kehadiran Allah saat ini.” Padat kata-kata Jamilah membuat Suria terkunci mulut.

“Su, ingat tak kisah pengembaraan fitrah Nabi Ibrahim? Kisah Nabi Ibrahim mencari Tuhan. Di lihat Matahari, katanya itulah Tuhan kerana matahari menyinari seluruh buana. Tapi dia kecewa apabila matahari terbenam. Tuhan tidak akan meninggalkan hambanya walau apa jua ketika. Begitu juga dilihat bulan disangka Tuhan kerana bulan menerangi malam, tapi ia juga hilang saat fajar menjelang. Seperti bulan itu lemah untuk bersaing dengan suria matahari. Masing-masing dikalahkan oleh kekuatan masing-masing.” Jamilah berhenti sejenak. Suria dapat melihat matanya mula berkaca. Ah, senang sekali Jamilah untuk menangis, tapi kerana apa? Mengapa sejak akhir-akhir ini terlalu banyak tanda tanya tentang sahabatnya bermain di hatinya.
“Su, Allah itu bukan bulan atau matahari. Allah tidak mungkin dikalahkan oleh suatu kuasa lain. Pernah terfikir betapa cantik Allah sehingga bulan ini mampu dicipta sebegitu cantik, cahayanya membiasi langit malam walaupun kita tahu jarak bulan itu berjuta batu dari bumi. Pernah terfikir betapa kuat dan gagahnya Allah sehingga mampu menciptakan matahari yang panas membahang untuk manusia di samping cahaya jingganya menerangi alam? Pernah terfikir betapa bijaknya Allah sehingga tumbuhan mampu melalui proses synthesis untuk hidup hanya dari cahaya matahari yang tidak dapat dipegang dan dirasa oleh indera?” Sambung Jamilah membuat Suria berfikir.
…………………….
“Ramadhan Mubarak!” Ucap Jamilah apabila tiba waktu azan Maghrib menandakan permulaan Ramadhan. Taqwim yang dikeluarkan oleh Jakim tidak pernah silap. Walaupun anak bulan kelihatan mahupun tidak. Puasa tetap berjalan seperti yang ditetapkan dalam taqwim tersebut.

“ Kenapa Su?” Tanya Jamilah apabila melihat Suria yang duduk di katil tidak memberi respon kepada ucapannya. Matanya tenang memerhatikan Jamilah tapi renungan itu penuh tanda tanya.

“Jika…Nabi Ibrahim akhirnya menemui Tuhannya, bagaimana pula saya? Adakah saya akan menjumpai-Nya jika saya mencari-Nya?” Tanya Suria tiba-tiba, membuat jantung Jamilah tersentak. Subhanallah! Suria mencari cahaya!

“Ilah, bawa saya berjumpa Tuhan!” Ucap Suria belum sempat Jamilah menutur kata. Jamilah tenang mengambil tempat duduk di sebelah Suria. Tangan Suria digenggam erat, seerat ukhuwahnya atas dasar hamparan akidah. Suria perlukan cahaya!
“Tapi Su, hanya dengan kematian kita akan berjumpa Tuhan.” Balas Jamilah, menduga reaksi Suria.
“ Tapi, kematian saya penuh dosa, mana mungkin Allah mahu berjumpa dengan saya.” Beritahu Suria, akhirnya air matanya menitis jua.
“Su, Allah itu sesuai dengan kehendak hamba-Nya. Walau berat tidak terpikul oleh seisi dunia pun dosa kita, ampunan Allah terlalu luas untuk diraih oleh hamba-Nya. Su, kita selalu berjumpa Allah. Setiap hari kita solat fardu, pagi petang, siang malam tanpa jemu. Itulah saatnya kita bertemu Allah, Allah selalu mengunjungi kita disaat kita sedang lena tidur. Allah panggil kita, bertanya khabar hamba-Nya, “Adakah hambaku bangun bertahajjud, meminta ampunan dariKu, aku ingin sekali mengampuni dosa-dosa mereka.” Su dengar tak Allah panggil?” Tanya Jamilah, semoga ketenangan yang dirasainya mampu dialirkan ke hati Suria. Suria, cahaya itu sudah tiba.
“Tapi, saya tak dapat rasa kehadiran Allah.” Balas Suria pula.
“Su tak dapat menangis, Su tak dapat memahami apa yang Su baca. Fikiran Su entah kemana-mana!” Tangisan Suria berubah menjadi esakan. Su, Saya juga pernah merasainya.
“Su, Allah hadir ketika kita solat, tapi adakah kita benar-benar hadir ketika solat? Di mana hati ketika itu? Apa kata hati ketika itu? Kata hati kita tidak seperti indahnya kata-kata yang dituturkan oleh lisan. Itulah sebabnya kita tidak dapat merasai kehadiran Allah yang sangat dekat dengan kita. “ Jamilah diam sejenak, menyusun kata agar mampu menusuk jiwa.
“Su, renung sejenak, ingat kembali kali terakhir Su solat, di mana Su letakkan Allah ketika Su berdiri untuk solat.” Sambung Jamilah. Dahi Suria berkerut.
“Apa maksud Jamilah? Mana mampu kita menentukan kedudukan Allah. Allah ada dimana-mana.” Balas Suria , air matanya diseka dengan jejarinya perlahan.
“Tapi Allah itu sesuai kehendak hamba-Nya. Allah memang ada dimana-mana. Tapi ketika kita solat, dimana kita letak Allah? di belakang? Di tepi? Di hadapan? Atau Allah tidak pernah hadir dalam setiap kedudukan itu? Su, ketika Su baca al-Fatihah, ketika Su rukuk dan sujud, kemana Su hadapkan tubuh Su? Adakah ketika Su hendak rukuk, Su berpaling kebelakang? Adakah ketika Su mahu sujud, Su akan menoleh ke tepi? TIDAK, KAN? KE MANA Su hadapkan qiam, ruku dan sujud Su? Ke hadapan! Su, ALLAH ADA DI HADAPAN KITA. Allah sedang berdiri di hadapan kita saat kita solat seperti seorang raja yang sedang bersedia mendengar cerita rakyatnya.” Beritahu Jamilah sambil tangannya menggenggam kemas tangan Suria. Suria tercengang. Allah di hadapanku? Kenapa selama ini tidak aku tahu? Oh Tuhan, di mana telah aku letak keberadaan-Mu. Kepada siapa aku menghadap selama ini? Suria kembali menangis, hiba mengabaikan Allah.

“Su, simpan tangisan itu, ambil wuduk dan kita solat Maghrib sama-sama. Simpan air mata itu untuk ditangiskan ketika sujud. Allah pasti senang dengan air mata itu.” Tegas Jamilah. Lalu bangkit untuk meninggalkan Suria.
……………..

“Su, bawalah segala masalah hidup ini ke dalam solat, ucapkan pada Allah, Allah pasti mendengar setiap rintihan Su,merintihlah dengan sesungguhnya.” Beritahu Jamilah sebelum mengimani solat Maghrib di bilik mereka.
Jamilah sengaja melambatkan setiap rukun solat yang sudah menjadi kebiasaannya. Dia tenang berlama dalam solat. Dia ingin mengikuti Rasulullah, rukuk dan sujudnya hampir sama dengan qiamnya. Rasulullah bukan terus bertasbih selama rukuk dan sujud itu kerana yang dianjurkan baginda hanya sunat 3 kali melafaskan tasbih, itu pun sunat bukan wajib. Tapi ummat menekankan yang 3 kali itu tanpa memahami hakikat menyebutnya, gopoh ketika mengucapkannya tanpa cuba menyelami makna pujian keagungan disebalik tasbih indah itu. Itulah yang ingin diajari baginda, tpai lain dikuti kita. Ya Allah, SURIA MENCARI CAHAYA-MU DAN AKU MERINDUI SYURGA-MU.

“Ya Allah, Aku datang kepada-Mu. Dengarlah rintihan hatiku. Dengarlah penyesalan hatiku atas dosa-dosaku. Berat untukku memikul dosa ini, ringankan ya Allah. aku tidak berdaya untuk bertemu dengan-Mu dan memohon syurga sedang dibahuku berguni dosa dan noda. Aku malu untuk mendekati syurga-Mu yang mewangi lantaran dosaku yang membusuk hina. Ya Allah, ampunkan aku tanpa jemu, dekati aku tanpa jemu, tarik aku tanpa jemu, tunjuki aku jalan tanpa jemu, redoi aku tanpa jemu, kasihi aku tanpa jemu. Ya Allah, rindui aku saat aku jauh dari-Mu agar aku tidak leka menyusun jalan ke neraka, peluki aku saat aku dekat denganMu agar aku tidak terlepas dari hidayah dan kasih sayang-Mu. Ya Allah, dengarlah rintihan aku, hamba-Mu ini bertaubat, Ya Allah.” Lama sekali Suria sujud seperti Jamilah sedang sujud. Kedua-duanya hanyut dalam rintihan yang berbeza. Hingga beberapa ketika, Suria tersedar mungkin Jamilah sudah bangkit dari sujudnya, cuma dia yang tidak sedar. Suria lalu bangkit dari sujudnya tapi Jamilah masih tetap di posisinya. Lama menanti Jamilah sujud, akhirnya Suria mengakhiri solatnya dengan salam.
Suria memerhatikan Jamilah yang terus sujud itu. Jamilah, bangkitlah, isyak sudah hampir tiba. Akhiri segera solatmu. Hati Suria merintih. Jangan begitu Tuhan, ini masih permulaan, aku perlukan dia sebagai bimbingan. Jangan begitu Tuhan. Rintih Suria pilu, yakin rasa hatinya Perlahan-lahan Suria memeluk bahu Jamilah di sisinya. Tubuhnya bergetar, Jamilah sudah pergi!

Tuhan,
Aku melihat Syurga melambaiku,
Aku merasa Rasulullah membisik sesuatu,
Aku merasa Malaikat senyum kearahku.
Rupanya aku mimpi.
Tuhan,
Hati ku berlari kepada-Mu,
Di saat azan memanggil penuh sayu,
Memanggil hamba-Mu yang rindu,
Aku datang tanpa ragu dan jemu.
Aku rindu merasa syurga-Mu,
Oleh itu aku kunjungi rumah-Mu,
Aku rasa ketenangan itu,
Itulah syurga yang ku rindu.
Aku terus mimpikan syurga,
Sehingga aku rindu menghuninya,
Aku rindu beriringan bersama baginda,
Sehingga tidak putus aku berselawat ke atasnya,
Aku rindu pada Mu Tuhan,
Sehingga aku rindu pada kematian.
Hilangkan kerinduan ini,
Moga tidak perlu lagi aku bermimpi.

sendi-sendi kemenangan

SENDI-SENDI KEMENANGAN
(Disunting daripada ucapan khutbah Prof.Dr.H. Achmad Satori Ismail, Ketua Umum IKADI)

Bangsa Arab sebelum diutusnya Rasulullah saw dalam keadaan ummi yang dilitupi kegelapan dari semua sisinya sebagaimana yang dijelaskan Al Quran. “ Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayatNya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan kepada mereka Kitab dan Hikmah(As Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar di dalam kesesatan yang nyata.” (QS.Al Jumu’ah:2).

Jazirah Arabia dipenuhi dengan gelombang syahwat dan kemaksiatan. Kezaliman bermaharajalela. Yang kuat menindas yang lemah sehingga tiada seorang pun yang merasa aman atas dirinya, keluarganya dan hartanya. Dunia yang demikian gelap, memerlukan penyelamat yang mengeluarkan manusia dari kesesatan menuju petunjuk Islam yang terang benderang. Dari kebodohan menuju dunia ilmu pengetahuan. Dari kezaliman menuju keadilan dan kesejahteraan. Dalam keadaan demikianlah Rasulullah saw diutus untuk mengembalikan manusia kepada penyembahan Pencipta alam semesta iaitu Allah swt.

Rasulullah saw tidak merasa tenang ketika melihat dunia penuh kezaliman, kesesatan dan penyembahan kepada taghut, maka turunlah firmanNya:

“ Hai orang yang berkemul(berselimut), bangunlah lalu berilah peringatan! Dan Tuhanmu agungkanlah, dan pakaianmu bersihkanlah, dan perbuatan dosa (menyembah berhala) tinggalkanlah, dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak. Dan untuk (memenuhi perintah) Tuhanmu, bersabarlah.” (QS. Al Muddassir 1- 7)

Ayat-ayat ini memberitahu kepada Rasulullah saw masa kegelapan harus sirna. Untuk menghadapi semua itu ia diharuskan menyingsing lengan baju untuk bangkit mencapai kemenangan. Bangsa Malaysia adalah bangsa yang majoriti penduduknya beragama Islam. Sekarang ini sedang dilanda berbagai macam krisis; krisis keimanan, krisis moral, krisis ketenangan jiwa, krisis keluarga, krisis kapimpinan dan sebagainya.
Marilah kita melihat dan mencontohi apa yang dilakukannya untuk membangkitkan bangsa Arab? Bagaimana seorang diri menghadapi dunia dan hendak mengubahnya untuk mencapai kemenangan? Allah swt membimbing RasulNya, juga semua da’i agar meniti lima prinsip kemenangan yang dijelaskan dalam awal surah al Muddassir: Pertama, hanya Allah yang diagungkan. Kedua, melakukan tazkiyatunnafs dan membersihkan penampilan. Ketiga, menjauhi syirik. Keempat, berani berkorban. Kelima, bersabar dalam perjuangan. Marilah kita menyemak sedikit lima prinsip perjuangan menuju kemenangan ini;


Pertama, hanya Allah yang paling diagungkan
Setiap da’i yang ingin membangun masa depan gemilang harus yakin bahawa Allah harus dijadikan dalam dirinya sebagai yang paling diagungkan. Kerana Allah yang menyebabkan kita menang dan hanya Allah Yang Maha Besar. Kita harus menyandarkan diri kita kepada Allah dalam segala hal. Cubalah perhatikan! Ketika pengikut Thalut mahu berperang melawan Jalut, mereka meminta kepada Allah dilimpahkan kesabaran dan dikukuhkan pendirian dan langkah mereka dimana mereka berkata: “Tatkala mereka nampak oleh Jalut dan tenteranya, mereka pun (Thalut dan tenteranya) berdoa: “ Ya Tuhan kami, tuangkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir.” ( QS. Al Baqarah 250)
Kedua: Melakukan tazkiyatunnafs dan membersihkan penampilan

Para Nabi adalah makhluk dan da’i pilihan. Walaupun Allah telah menyempurnakan akal dan anugerah kepada mereka namun Allah memerintah mereka untuk melakukan penyucian jiwa sebelum berdakwah. Rasulullah saw diperintah Allah untuk melakukan qiyamullail agar boleh melaksanakan amanah dakwah. Sebagaimana difirmankan Allah: “ Hai orang yang berselimut ( Muhammad), bangunlah (untuk solat) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (iaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit, atau lebih dari seperdua itu. Dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu perkataan yang berat. (QS. Al Muzammil: 1-5).

Ketika Allah swt mengutus para Rasul dengan membawa petunjuk dan dijadikan sebagai pemimpin umat manusia, Allah tidak membiarkan mereka tanpa pengarahan untuk memiliki bekal, sebagaimana ditegaskan Allah, “ Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin- pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah.” ( QS. Al Anbiya:73)

Penyucian jiwa merupakan bekal penting untuk menghadapi taghut seperti Fir’aun. Allah berfirman kepada Nabi Musa dan Nabi Harun as: “ Pergilah kamu berserta saudaramu dengan membawa ayat-ayatKu, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingatKu.” (QS.Thohaa: 42)

Melaksanakan beban dakwah yang diwariskan para Nabi tidak akan mampu dipikul kecuali oleh orang-orang yang memiliki kemahuan kuat dan cita-cita tinggi. Beban ini tidak boleh dipikul kecuali oleh orang-orang yang tazkiyatunnafs dan cara-cara bertaqarrub kepada Allah.

“ Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar berserta orang-orang yang berbuat baik”. (QS. Al Ankabut : 69)

Untuk mencapai kemenangan ini umat Islam harus membersihkan diri dari berbagai kekotoran. Kekotoran akidah, kekotoran akhlak, kekotoran kehidupan dan kehidupan lainnya. Otak kita harus bersih dari niat dan fikiran kotor. Mulut kita harus terlepas dari bicara yang tidak ada gunanya, bicara jelek dan kotor. Hati kita tidak ada su’udzan dan niat yang jelek. Semua anggota badan kita tidak memiliki tanda-tanda kekufuran dan kekotoran tradisi. Sebagai da’i, kita wajib membersihkan penampilan kita. Kita harus tampil sebagai muslim kaffah, penuh kelembutan dan kasih sayang.

Ketiga, menjauhi segala bentuk kekufuran dan kesyirikan
Kesyirikan adalah punca utama turunnya seksa dunia dan akhirat.Jalan dakwah adalah jalan lurus yang tiada kesyirikan sedikit pun. Allah berfirman, ertinya : “ Dan bahawa (yang Kami perintahkan ) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” ( QS. Al An’am: 153).

Kesyirikan adalah penyebab utama munculnya krisis moral. Krisis moral adalah penyebab lahirnya semua krisis di dunia. Sedangkan keimanan adalah penyebab turunnya berkah dari langit dan bumi. Allah berfirman : “ Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” ( QS. Al A’raf : 96)

Secara individu, kalau ingin bangkit menuju masa depan yang baik harus rasional dan jauh dari kesyirikan. Demikian juga suatu bangsa bila ingin bangkit harus menjauhkan semua prinsip kekufuran dan kesyirikan. Tayangan media elektronik dan berita-berita di berbagai media cetak harus dijauhkan daripada prinsip-prinsip kesyirikan.

Keempat, harus berani berkorban untuk agama Allah
Ayat 6 dari surah Al Muddassir menyatakan : “dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak”. Ayat ini mendorong kita untuk memberikan pengorbanan menuju puncak kemenangan dan tidak mengajar untuk mendapatkan sesuatu tanpa usaha. Ada tiga unsur utama yang diperlukan untuk membangun umat. Pertama: risalah. Kedua: keyakinan terhadap risalah. Dan ketiga: orang-orang yang mahu berkorban memperjuangkan risalah tersebut.

Bagi umat Islam, risalahnya adalah ajaran-ajaran Islam itu sendiri. Dengan demikian, tidak perlu mencari atau mengkanunkan risalah lain kerana Islam sejak abad lima belas yang lalu telah final, dengan erti bahawa ajaran-ajarannya telah sempurna ( kamil ), merangkumi seluruh aspek kehidupan (syamil), dan sesuai bagi semua masa dan agama (alami).

Keyakinan seperti ini haruslah mendarah daging pada setiap individu muslim. Keyakinan bahawa hanya Islamlah agama yang haq dan yang lain itu batil. Semakin dalam keyakinan umat terhadap risalahnya ini, semakin besarlah kemungkinan untuk menjadi figura yang berkriteria mantap.

Kemudian, risalah dan keyakinan yang tak tergoyahkan terhadap risalah itu saja tidak cukup untuk membuat umat maju ke hadapan. Diperlukan juga sejumlah orang–orang yang mahu berkorban memperjuangkannya. Iaitu berkorban dengan jiwa, harta, waktu, kedudukan dan segala yang dimiliki. Kerana sebagaimana telah diketahui bersama bahawa pertentangan nilai antara yang haq dan yang batil itu akan sentiasa berterusan hingga hancurnya bumi. Dan perlu diingat bahawa keagungan dan kebenaran yang haq itu belum menjadi aturan kemenangan, kerana terkadang yang batil dengan siasatnya mampu menjadi pemain utama.

Kelima, bersabar di jalan dakwah
Jalan dakwah menuju kemenangan tidaklah bertaburan bunga tapi penuh dengan onak dan duri. Tidak pernah seorang Rasul ataupun da’i yang memperjuangkan agama Allah tanpa tentangan. Inilah yang mengharuskan kita bersabar dan melipatgandakan kesabaran. Allah berfirman : “ Dan Kami sungguh-sungguh mengetahui, bahawa dadamu menjadi sempit disebabkan oleh apa yang mereka ucapkan, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan jadilah kamu di antara orang-orang yang bersujud (solat), dan sembahlah kamu sampai datang kepadamu apa yang diyakini (ajal).” ( QS. Al Hijr: 97-99)

Dalam ayat lain disebutkan : “ Maka sabarlah kamu atas apa yang mereka katakan, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan bertasbih pulalah pada waktu-waktu di malam hari dan pada waktu-waktu di siang hari, supaya kamu merasa senang.” ( QS. Thaha: 130)

Dr. Yusuf al Qardhawi mengisyaratkan rahsia disatukannya perintah sabar dengan perintah bertasbih, “ Allah memerintahkan bertasbih setelah perintah bersabar dalam beberapa ayat, barangkali rahsianya bahawa tasbih membekali manusia strum rohani yang akan meringankan pahitnya kesabaran dan melapangkan kesempitan dada.”

Bahkan lebih dari itu, kesabaran mampu mengubah ujian da’i menjadi pujian dan anugerah, dan mengubah penjaranya menjadi syurga yang rendang. Ibnu Taimiyyah berkata : “ Apa yang boleh dilakukan musuh-musuhku terhadapku? Syurgaku dan tamanku berada dalam dadaku, kemana saja aku pergi akan selalu bersamaku dan tidak pernah berpisah dengan diriku sendiri. Memenjarakanku bagaikan melakukan khalwah (menyendiri bersama Allah), membunuhku bererti membuatku syahid, mengusirku dari negeriku sama dengan pelancongan bagiku.”

Itulah lima sendi sebagai awal langkah untuk mencapai kemenangan. Setiap mukmin yang da’i harus menetapi jalan ini untuk mencapai masa depan yang gemilang. Bangsa Malaysia sangat memerlukan 5 sendi kemenangan tersebut untuk menuju Malaysia gemilang di masa akan datang.

Doa penutup :
Marilah kita berdoa pada penutup khutbah ini semoga dikabulkan semua permohonan kita. Ya Allah kaum mukminin dan mukminat, muslimin dan muslimat, perbaikilah di antara mereka, lembutkanlah hati mereka dan jadikanlah hati mereka keimanan dan hikmah, kukuhkanlah mereka atas agama RasulMu saw, berikanlah mereka agar mampu menunaikan janji yang telah Engkau buat dengan mereka, wahai Rabb yang hak jadikanlah kami termasuk dari mereka.

Ya Allah, jadikanlah kami mencintai keimanan dan hiasilah keimanan tersebut dalam hati kami. Dan jadikanlah kami membenci kekufuran, kefasikan dan kemaksiatan dan jadikanlah kami termasuk orang yang mendapat petunjuk. Ya Allah siksalah orang kafir yang menghalangi jalanMu, dan mendustai rasul-rasulMu, membunuh kekasih-kekasihMu. Ya Allah, muliakanlah Islam dan umat Islam, hinakanlah syirik dan orang-orang musyrik, hancurkanlah musuh agama, jadikanlah keburukan melingkari mereka,wahai Rabb alam semesta. Ya Allah, cerai-beraikan persatuan dan kekuatan mereka, seksalah mereka, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu, wahai Rabb alam semesta. Ya Allah, perbaikilah untuk kami agama kami, yang menjadi benteng segala urusan kami. Perbaikilah urusan dunia kami, yang di dalamnya terdapat penghidupan kami. Dan perbaikilah akhirat kami yang akan menjadi tempat kembali kami, jadikanlah hidup ini wadah bertambahnya segala kebaikan bagi kami, dan jadikanlah mati sebagai titik henti untuk kami dari segala keburukan.

Ya Allah kami memohon kepadaMu keteguhan dalam melaksanakan ajaranMu dan kekuatan tekad untuk menepati jalan petunjukMu. Kami memohon kepadaMu untuk dapat mensyukuri nikmatMu dan beribadah menghambakan diri dengan baik kepadaMu. Kami memohon kepadamu hati yang suci sejahtera dan lisan yang jujur. Kami memohon kepadaMu kebaikan yang Engkau Maha Mengetahuinya dan kami berlindung kepadaMu dari kejahatan yang Engkau Maha Mengetahuinya.

Ya Allah kami mohon kepadaMu, keampunan dan kesejahteraan bagi agama dan urusan dunia kami, bagi keluarga dan harta kami. Ya Allah tutuplah aib dan cela kami, dan ubahlah rasa takut kami untuk menjadi rasa aman kami. Peliharalah kami dari depan dan dari belakang kami, dari kanan dan kiri kami, dari atas dan bawah kami, dan kami berlindung di bawah kemahaagunganMu, dari malapetaka yang ditimpakan kepada kami, dari arah bawah kami, Ya Allah ampunilah kesalahan kami, ketidaktahuan kami, dan sikap berlebih-lebihan kami dalam urusan kami, dan hal-hal yang Engkau lebih tahu dari kami.

Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami yang dilakukan dengan sungguh-sungguh dan main-main, ketidaksengajaan kami dan kesengajaan kami. Ya Allah, kami adalah hamba-hambaMu, anak-anak dari hamba-hambaMu, ubun-ubun kami di tanganMu, ketentuanMu terlaksana pada diri kami, keputusanMu sangat adil pada kami, kami memohon kepadaMu dengan seluruh asma yang Engkau miliki, yang Engkau namakan diriMu dengan asma itu, dan Engkau wahyukan asma itu dalam kitabMu atau Engkau ajarkan asma itu kepada salah seorang hambaMu atau Engkau khususkan asma itu untuk diriMu dalam ilmu ghaib di hadhiratMu, kami mohon kepadaMu agar jadikan Al Quran yang agung ini sebagai tanaman yang subur di hati kami, cahaya terang di dada kami, menjadi penyirna kesedihan kami, dan penghapus keresahan dan kedukaan kami.

Ya Allah kami mohon kepadaMu rasa takut kepadaMu di saat dilihat orang ataupun tidak dilihat. Kami mohon kepadaMu ucapan hak di saat marah dan di saat hati lega. Aku memohon kepadaMu kenikmatan yang tiada habis-habisnya dan kesenangan batin yang tiada putus-putusnya. Kami memohon redha setelah datangnya keputusanMu dan rasa kesejukan hidup selepas mati.

Dan kami memohon kepadaMu kelazatan memandang wajahMu yang Mulia dan kerinduan untuk berjumpa denganMu dengan tanpa mengalami kesengsaraan yang memudharatkan dan tanpa mengalami ujian yang mengakibatkan kesesatan. Ya Allah, hiasilah kami dengan hiasan iman dan jadikanlah kami pembawa petunjuk jalan yang berjalan di naungan hidayahMu.

Wahai Tuhan kami, kurniakan kepada kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab api neraka.

temukan ku dengan syahid-Mu

; syukran Hijanah 4 this cerpen :)
*********************************

"Ana tak setuju dengan pandangan ustaz!!"

Seorang muslimah bangun membentak. Aii.. ada juga yang berani rupanya.

"Bukankah demokrasi telah lama memperdayakan kita? Adakah Rasulullah SAW berjuang untuk mendapatkan kuasa baru dilaksanakan syariah seperti yang terdapat dalam hukum demokrasi..?"

Dia berhenti seketika. Mengambil nafas rasanya. Ini baru kali pertama aku melihat dia bangun berucap di khalayak.

"Kalaulah demokrasi boleh gagal di Turki, boleh gagal di Algeria, kenapa tidak di negara kita? Ustaz bercakap terlalu yakin dengan demokrasi. Di mana pula komitmen ustaz terhadap pembinaan tanzim seperti yang diajar oleh Hassan Al-Banna dan Syed Qutb?"

Suasana semakin bising. Apabila seorang pembentang kertas kerja seperti aku ditentang di khalayak ramai, ia satu kejanggalan yang ketara. Sekalipun Dewan Badar ini sudah cukup sejuk, namun ia tetap 'hangat' pada malam ini.

"Ana rasa ustazah sudah silap faham terhadap pandangan ana. Ana cuma ingin menyatakan, kadang-kadang demokrasi boleh digunakan untuk mendapatkan kuasa selagi mana diizinkan. Ciri demokrasi yang paling ketara ialah pemilihan pemimpin melelaui majoriti. Bukankah Abu Bakar sendiri dipilih melalui majoriti dan bai'ah? Bezanya, bai'ah dahulu dengan tangan, manakala sekarang dengan menggunakan kertas undi. Yang penting, kerelaaan!"

"Baiklah. Cuma ana ingin bertanya, adakah ustaz berpandangan bahawa demokrasi ialah satu-satunya cara untuk memastikan kedaulatan Islam di bumi kita?"

"Hmmm.. sehingga sekarang, ya. Kita masih boleh bergerak bebas, gunakanlah ruang yang ada sekadar yang termampu."

"Maaflah ustaz. Ana tidak mampu untuk bersetuju dengan pandangan ustaz."

Dia menamatkan 'soalannya' lalu mengambil tempatnya kembali. Aku terkasima sendirian.
********************************************


"Kau kenal dia Abdullah?"

Aku memulakan pertanyaan yang sekian lama tertanam di dalam benakku. Abdullah berhenti menyuap nasi, memaku matanya ke wajahku. Sekarang aku nekad, sekurang-kurangnya aku harus mengenali orang yang begitu berani menongkah pendapatku di tengah khalayak. Suasana di restoran sup tulang yang biasanya sibuk dengan pelanggan malam ini nampaknya begitu lengang seolah-olah memberikan ruang yang cukup untukku berbicara dari hati ke hati dengan Abdullah.

"Ini kali pertama kau bertanyakan soalan kepadaku tentang perempuan. Hai, sudah kau jualkah prinsip kau selama ini. Kau
kan
tak mahu menjadi hamba cinta?!"

Memang hebat Abdullah kalau diberikan peluang untuk menyindir. Mungkin dia terlupa bahawa dia hanya menumpang keretaku untuk datang ke sini atau dia sudah bersedia untuk balik dengan hanya berjalan kaki.

"Jawab soalan aku dulu.."

"Rupa-rupanya, manusia berhati batu macam kau pun tahu erti cinta."

Abdullah belum puas lagi menyindir nampaknya.

"Jawab soalan aku dulu.."

Aku memohon untuk kali kedua.

"Baiklah Muhammad, aku tahu sejak malam tu kau sebenarnya ingin mengenali dia. Orang seperti kau ni Muhammad hanya akan 'kalah' dengan kaum yang spesis dengan kau saja. Maksud aku, yang boleh diajak berbincang tentang perkara-perkara yang kau minati yang kebanyakannya adalah membosankan!"

"Jawab soalan aku dulu.."

Aku ulangi permintaanku untuk kali seterusnya.

"Ok.. dia, namanya kau sudah tahu. Seorang yang pendiam dan suka menulis. Menurut kakakku yang sebilik dengannya, dia ni sering bangun awal. Sebelum pukul 5 sudah di atas tikar sejadah. Bukan macam..."

"Aku? Hai.. kau ni silap tuju. Kau yang bangun lewat Abdullah.. ok, teruskan."

"Kalau kat asrama, dia ni suka baca Al-Quran, tak suka bersembang kosong, tak suka jalan-jalan dan banyak lagi yang dia tak suka.."

Abdullah dengan selamba menceritakan segala-galanya.

"Lagi.. negatifnya?"

"Negatifnya.. banyak.."

Abdullah tersenyum sejenak. Lalu menyambung,

"Negatifnya.. pelajaran dia agak sederhana. Tapi bagi aku, itu tidak menjadi masalah. Cuma.. aku tak pasti adakah kau akan setuju dengannya jika aku menyatakan sesuatu..."

"Apa dia..? Negatifkah?"

"Tidaklah negatif sangat, namun bertentang dengan aliranmu. Dia terlibat dengan satu pergerakan... rahsia! Maksud aku, pergerakan yang memperjuangkan sesuatu yang tidak selari dengan undang-undang demokrasi."

"Gerakan militankah?"

"Mungkin, namun aku tak pasti. Sebab aktiviti mereka terlalu rahsia. Kau mungkin maklum, manhaj mereka berasaskan semangat 'hazar' yang dididik oleh gerakan Ikhwanul-Muslimin. Ketaatan mereka kepada amir mereka melebihi ketaatan mereka kepada sesiapa saja.. termasuklah ibubapa mereka sendiri!!"

"Sampai begitu sekali.. matlamat mereka?"

"Sama macam kau, memperjuangkan Islam! Tapi mereka lebih praktikal. Mereka dilatih dengan marhalah-marhalah tarbiyyah mereka sendiri. Dan mereka menyintai syahid. Tidak macam kita rasanya, kita bercakap tentang Islam, tapi kita berehat lebih banyak dari bekerja! Dan kau jangan terkejut kalau mereka sebenarnya mempunyai hunungan dengan rangkaian peringkat nasional malah antarabangsa termasuk gerakan Hamas dan Briged Aqsa di Palestin!"

"Kalaulah.. aku memilihnya menjadi teman hidupku, adakah ketaatannya kepada jemaahnya melebihi ketaatan kepadaku sebagai suami?"

Aku mengutarakan soalan bonus untuk Abdullah.

"Aku pasti, dia akan memenuhi tanggungjawab sebagai isteri dan ibu. Namun kalau kau harap dia akan memecahkan rahsia gerakannya dan menderhakai bai'ahnya kepada
jemaah, lebih baik kau bercinta dengan bulan sahaja!"

*****************************************


Aku tidak tahu kenapa aku harus memilih dia. Dia bukanlah yang tercantik di bumi ini. Aku pasti. Tidak juga yang terkaya. Jauh sekali dari yang terbijak di dalam pelajaran. Namun aku yakin, dia yang terbaik untukku. Ciri-ciri muslimah sejati terserlah ketara pada dirinya yang membuatkan diriku terasa tenang sekali apabila memandangnya. Langkahnya yang teratur dan pandangannya yang dijaga adalah benih-benih keimanan yang terserlah dari hati yang dididik dengan ketaqwaan. Tapi persoalan yang dibangkitkan oleh Abdullah membuatkan aku termenung sejenak. Bolehkah aku hidup dengan orang yang berlainan aliran perjuangannya denganku. Bahagiakah aku?

"Ustaz sudah fikirkan masak-masak..?"

"Bukan setakat masak, ana rasa sudahpun rentung. Cuma bagi pihak ustazah, adakah ustazah setuju menerima ana. Maksud ana, dengan segala kekurangan yang ana miliki.?"

"Ustaz orang famous. Siapalah ana. Ana rasa tak layak sebenarnya..."

Dia merendahkan diri namun dalam intonasi suara yang masih terkawal.

"Ini bukan soal famous atau tidak. Sekurang-kurangnya, sebelum ana ke bumi ambiya' ana sudah mempunyai 'ikatan' di sini. Dan ana memilih ustazah yang ana yakini boleh menjadi ibu kepada anak-anak ana nanti."

Aku berterus-terang. Dari mana datangnya kekuatan untuk berbuat demikianpun aku tidak tahu.

"Ustaz tidak main-mainkan ana?"

"Hanya orang yang tidak ada perasaan sahaja yang sanggup main-mainkan perasaan orang lain."

"Jemputlah ke rumah, jumpa dengan ibu ayah ana..."

Dia terus mematikan talian telefon. Pantas dan cepat. Kak Yang yang aku tugaskan untuk menjadi 'perisik' ku memang sudah memberikan amaran kepadaku, orang ini jarang sekali bergayut di telefon apatah lagi dengan lelaki bukan mahramnya.

********************************

Sudah
lima
bulan aku di bumi ambiya', suasana pembelajaran di sini jauh lebih mencabar dari yang kuperolehi di bumi
Malaysia
. Benarlah kata orang, bumi ambiya' ini mengajar kita berdikari. Hilang seketika soal cinta dari benak fikiranku. Namun kekadang bayangannya tetap mendatangi ruang mata terutama ketika aku merebahkan badan. Namun seperti yang sering kutegaskan padanya..

"Mungkin cinta ana pada enti sudah cukup besar, namun cinta ana pada ilmu dan juga kepada Allah jauh lebih besar..."

dan dia akan terus menyambung,

"Mungkin ketaatan ana pada akh cukup dituntut, namun ketaatan ana pada perjuangan dan jemaah lebih-lebih lagi dituntut..."

Dan biasanya aku akan 'cemburu' dengan kata-katanya. Namun akan terus kubisikkan kepada diriku, bukankah dia taat kepada perjuangan dan kenapa aku harus cemburu. Dia juga berjuang dan perjuangannya juga kerana Allah. Cuma, apa yang menjadi rahsia ialah langkah-langkah pergerakannya yang sehingga kini masih menjadi misteri bagiku. Hari itu, selepas menadah kitab Al-Umm dengan seorang senior di Rumah Melayu, aku bergegas ke Cuber Café yang menjadi rumah 'kedua' ku. Ku buka laman web Utusan o¬nline, satu tajuk berita yang cukup menarik perhatianku,

"SEORANG WANITA MALAYSIA TERLIBAT DALAM SERANGAN BERANI MATI DI TEL AVIV"

Ku tinggalkan seketika pelayar web tersebut apabila satu lagi pelayar web menunjukkan mesej : "you have 1 unread message"

Namun jangkaanku meleset apabila inboxku hanya dihiasi dengan e-mail dari Abdullah dan bukan dari si dia yang kunanti-nantikan.

"Muhammad, kau apa khabar? Muhammad, aku ada satu khabar penting. Aku harap kau tidak terkejut. 'Dia' yang kau amanahkan padaku untuk 'tengok-tengok' telah diperintahkan bersama-sama kawan-kawannya untuk ke Palestin membantu Gerakan Briged Aqsa melakukan serangan istisyhadiah ke atas
Israel
. Ini kerana rakyat
Malaysia
yang memasuki
Israel
tidak akan diysaki apa-apa kerana dianggap sebagai pelancong. Muhammad, kau lihat tajuk berita hari ini, wanita yang terkorban dalam serangan istisyadiah itu ialah.. tunang kau yang kau perintahkan untukku menjaganya. Maafkan aku Muhammad..!!"

Serta merta ku teringat panggilan telefon darinya beberapa hari yang lepas,

"Akh, kalaupun cinta kita tidak bertaut di dunia, biarlah ia bertaut di syurga. Kerana cinta kita ialah cinta perjuangan..!"Seterusnya, aku rebah dari kerusi dan kudapati alam di sekelilingku gelap gelita!

Friday, July 31, 2009

Pakaian kita ketakwaan, hiasan kita malu, dan hasil kita adalah ilmu.


Alhamdulillah.. kalimah itulah yang sering terpacul dari hati dan bibirku lantas kuntuman senyum kesyukuran pasti ku iring. Thank you Allah for all Your gifts. Semakin ku menginjak masa usia, hanya doa’ bisa ku pohon pada-Mu agar hari2 ku sentiasa ceria dalam kasih cinta-Mu. Kali ini ku ingin bercerita tentang adik kesayanganku. Nurul syuhada Nor Rosdi. She is one of my big gift from Allah. Alhamdulillah. My adopted sister is with us since she is four years old. I called her as ‘adik’, is a daughter of my mother’s friend. Her mom is already passed away. May Allah bless your mother, sayang. Adik dah banyak berubah. Physically, adik dah menjadi muslimah yang manis dan cantik, tinggi lampai, sihat dan ceria. Mentally, she is becoming matured. I love you dear. Aku dapat merasakan sentuhan tarbiyah yang ku terima tempias membasahi jiwanya. Dia dulu memang sudah anak perempuan yang baik dan adik yang di senangi. Tapi kini, ku dapat merasa keluasan kefahaman dia tentang erti kembara kehidupan ini. Kak Ada bahagia dik mengingatimu! Perubahan yang dia sendiri lakukan. Aku mungkin menjadi sedikit sebab dorongan untuk perubahannya tetapi usaha dan istiqamah dirinya sendirilah yang membuatkan aku cukup2 bersyukur dan berbangga dengannya. Alhamdulillah.

Antara yang ku kagumi ialah pemahaman dan amalan jagaan dia tentang aurat kini. Mungkin setelah melihatku yang sentiasa bertudung dan menjaga sebaik mungkin auratku ketika kepulangan dan keberadaan abang ipar di rumahku, membuatkan bermula detik keyakinan itu dia tidak pernah lagi menampakkan walau seurat rambut di hadapan abah iaitu ayah angkatnya, dan abang2ku yang lain. Dia tidak lagi mengenakan baju menampakkan lengan sewenangnya. Walau tidak pernah ku menegur tentang rambutnya yang dilepas bebas selama ini kerana mungkin hubungan dia dan keluargaku yang terlalu rapat serasa lupa dia bukanlah adik kandungku tapi dia sendiri yang menerima hidayah berharga itu dari-Nya. Setelah ku sedari hal itu, Kaulah ya Allah yang ku rindui amat. Air mata kegembiraan mengalir di hati dalam diam. Kolam air mata bergenang. Betapa janji-Mu bahawa Kau tidak melihat kuantiti mutarabbi yang kita dapat, tetapi kualiti. Walau sedikit, tetapi jangan mengalah. Teringatkan nabi Nuh yang berdakwah 950 tahun, tapi hanya lebih kurang 80 orang yang masuk Islam. Allah memujuk nabi Nuh dalam kitab al-quran. Teringatkan pesan penghulu segala nabi baginda Muhammad rasulullah yang meminta berdakwah kepada keluarga dahulu. Doa’ sentiasa ku kalung untuk keluarga dan saudara mara tercinta, usaha juga ada ku taruhkan, nyata hadiah Allah adalah adikku! Segera dan terlalu indah. Subhanallah!

Adikku pelajar yang cemerlang akademiknya dan bersekolah bukan di sekolah agama. Sekolah berasrama penuh Tengku Mohamad Faris Petra Pengkalan Chepa Kelantan. Tetapi, akhlaq yang di milikinya setaraf dengan mereka yang berakhlaq baik di sekolah agama. Dia banyak sekali berubah! Alhamdulillah. Dia istiqamah memakai tudung labuh. Kerap dia bercerita padaku akan segala cabarannya di sekolah setelah berubah penampilan diri. Dia pelajar yang aktif. Ku tahu ramai rakan-rakan yang menyayanginya sebagaimana kami menyayanginya. Dan ku tak hairan dengan kehairanan dan ujian dari rakan-rakannya dengan perubahan dirinya seperti yang dia ceritakan waktu mula-mula dia bertudung labuh litup dan mengenakan baju2 sukan yang labuh. Bukan sedikit yang mengejeknya dan pelbagai ujian lain, tapi dia tegar istiqamah di atas kebenaran dan keyakinan yang dalam. Adik, betapa ku yakin Allah akan membalasimu sesuatu yang cukup2 indah dan mahal dik. Betapa ku yakin cinta Allah berkobar dalam semangat mudamu. Percayalah sayang, Islam itu datang dengan asing dan janji Allah berakhirnya dunia ini dengan asingnya pandangan majoriti manusia pada Islam. Dugaan yang kau terima lantaran mempertahankan cinta kepada Islam adalah cebisan dari apa yang telah di lalui nabi2 Allah. Bersyukurlah kerana Allah memilihmu. Banggalah dengan Islam. Tetap teguhlah kerana janji Allah pasti syurga untuk hamba yang mencintai-Nya waktu dalam senang dan susah. Cemerlangkanlah imanmu seperti iman pemimpin muda Islam yang gemilang sebelum zaman mu. Sahabat di zaman rasulullah Usamah b Zaid yang berumur 17 tahun , telah mengetuai perang. Rombongan Usamah bin Zaid berjaya melaksanakan apa yang diperintahkan Rasulullah seperti yang di amanahkan semasa baginda masih hidup. Mereka berhasil menguasai beberapa daerah di Palestina juga menghancurkan kewibawaan Negara Romawi yang pada waktu itu ditakuti oleh lawan-lawan perang. Kemudian Usamah kembali dengan posisi duduk di tempat di mana ayahnya dulu meninggal sebagai syuhada dan barang-barang rampasan perang pun berhasil dia bawa pulang. Subhanallah!

Mengimbau kecemerlangan Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah yang akhirnya berjaya membuka Kota Konstantinopole pada umur 19 tahun.

Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Pemimpin muda yang hebat itu memiliki 150,000 orang tentera yang thiqah di didik kental. Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan setelah penaklukan kota itu, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.

Wah! Terlalu hebat! Ku ingin kau meniru mereka jua ke tahap itu sayang. Moga ku juga dapat istiqamah bertahajjud. Amen. Dik, jika k.ada dulu lambat memahami erti perjuangan, jika k.ada dulu tidak beramal sepenuhnya dengan il’mu yang di raih di Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Bharu dan segala kerugian masa muda yang telah berlalu,maka hari ini dan seterusnya kan di tebus kembali sedikit demi sedikit melaluimu insyaAllah. Thank you Allah. Adik memintaku membaca novel pendek bertajuk ‘khazinatul asrar’ di internet hasil karya Fatimah syarha. Katanya watak gadis itu sepertiku. Sedikit mengenai cerita itu kau ceritakan padaku. Subhanallah, memang cantik sekali peribadi dan rindunya pada Islam dan Allah. Tetapi ku akui aku tidak seperti itu. Tapi ku bersyukur kerana punya identiti yang baik di mata hatimu. Ku akan cuba sedaya upaya mengekalkannya di matamu dan menjadi seperti gadis itu kerana ku tahu kau kagum dengan peribadinya dan menjadi pemangkin memacu imanmu ke tahap lebih tinggi. Kau kini semakin matang menangani soal cinta remaja. Katamu, kau mencari kecemerlangan di mata Allah. Aku yakin dengan azammu. Tahniah sayang! Good luck for your SPM. Moga Allah mengabulkan segala permintaan baikmu untuk Islam pastinya.
With love, your sister.

Saturday, July 18, 2009

copy pasted from my akhawat's blog. :) lailatulmawardah.blogspot.com
sekadar perkongsian untuk tatapan muslimah kecintaanku semua


Saya kembalikan entri ini sekali lagi. Mungkin juga mahu menjawab tentang beberapa soalan pengunjung blog tentang cinta dan jodoh. Tentang isteri dan suami. Tentang usaha dan takdir. Ini sekadar sebuah kisah yang saya tintakan..Yang saya sedaya selami indahnya bersuamikan dengan sebenar-benar suami. Sungguhpun saya belum pernah melaluinya. Namun, yang pastinya bukan seperti buah atau bunga!!


Dalam tadarrus nurani
Kukirim tinta cinta ke langit tujuh
Merisik naskhah rahsia
Menjilid kitab percintaan
Tuhan,
Dalam sujud tertunduk
Labuhkan rindu dendamku
Pada dermaga perkasihan
Yang tercipta untuk seorang Adam
Untukku temu dalam rentang
sejadah pernikahan.

Saya kesat hangat air yang mengalir di pipi. Selendang sutera bertenun emas saya labuhkan ke bahu. Cincin emas berhias kemilau permata tiga menggamit mata. Lama saya tenung jari manis tirus yang akhir dipaut satu ikatan yang separuh mengikat diri saya dengan seorang adam. Benar, dia adam yang membayangi dalam mimpi, memanggil dalam samar dalam bersih jubah putih suci lantas membisik-bisik dengan parau suara yang menggetar nurani.

“ Aku adalah akidahmu, sebutlah nama TuhanMu bahawa kau akan kusantuni”.

Lalu dia menghilang dalam renung bening mata yang berbekas dalam ingatan.

Saya tersedar, istighfar dan syukur basah di bibir. Gelora cinta mula membuak, dihambat rindu yang mengasak dada. Mengapa sekarang sungguh kurasa bagai musafir haus dalam tandus padang pasir mengharap setitis air. Begitulah rasa seorang pencinta yang dahagakan redup pandang kekasihnya.Sungguh pertemuan yang singkat tadi telah Allah campakkan sejuta kecintaan yang benar-benar hidup!

“ Enti, diri enti baru separuh milik ana, tapi ini bukan bermakna Allah izinkan kita bercinta. Ana harap enti faham, ana serahkan enti dalam jagaanNya, belum halal kita untuk berhubung walau ana jujur, hakikat hati bahawa tiadalah sabar untuk bersama enti.”

Dia berjeda. Matanya kerap dilarikan ke kiri ke kanan apabila menatap wajah saya buat pertama kali. Saya relakan niqab dibuka moga tuntutan hadith nabi bisa dipenuhi. Mohon saya, agar wajah ini bakal dia senangi untuk saya hiasi hari-hari hidupnya yang mendatang. Debar saya beralun dalam debarnya dan saya menghambatnya dengan zikir di hati.

“andai rindu dan cinta meruntun hati, lekas-lekaslah enti berwudhu’, bukalah mashaf dan bacalah dengan sekhusyuknya. Kerana itu bukanlah kerinduan yang halal untuk kita, bahkan syaitan yang cuba memesong hati agar ikatan kita mendasari nafsu yang merosakkan”

“ ana faham, insyaAllah.”

Sekadar itu. Hanya sekadar itu saya membalas. Kelu berkata tanda ada hati yang sedang berbicara. Namun ia tidak terlafaz pada bibir yang tekekang untuk bersuara. Duhai adam, andai kau tahu segunung syukur kupanjatkan atas lamaranmu, betapa hadirmu bagai bulan yang menyimbah gelap bumi di malam hari.

Dan nikmat tuhan yang mana yang kamu dustakan!

Saya berlalu ke bilik air untuk berwudhu’. Sesekali dingin air yang mengalir menyumsum ke dalam tulang mengaliri hati setenang aliran Nil mengutus Musa ke mahligai Firaun, lantas bayi mungil itu mengukir sejarah agung menundukkan seorang Thaghut yang menyesatkan. Tuhan, andai saya adalah ibu Musa, maka nikmat Tuhan mana yang saya harus dustakan!

2 rakaat saya tunaikan solat syukur. Ya Illahi, akanku penuhi tempoh pertunangan ini sebagai persediaan terakhir untuk membina sebuah baitul muslim bersama seorang lelaki yang akanku persembahkan segala ketaatan, agar kecintaan yang berbuah-buah ranum dalam cinta buat suami yang bakal kami lahirkan zuriat yang menjadi kader-kaderMu kelak.

Sungguh Illahi, impianku agar aku bisa menghadiahkan kepadaMu seorang lagi Salehuddin Al-Ayubi, seorang lagi Al-Farouq yang memimpin dunia, seorang lagi Al-Siddiq yang hatinya lembut mengasihi seluruh insan, seorang Muaz bin Jabal yang menjadi kerinduan kekasihMu, Muhammad. Maka kurniakanlah aku suami seperti Zubair bin Awwam sebagaimana Umar mengagumi anaknya kerana didikannya. Ya Illahi, kau peliharalah diri dan hati aku dan dia dari pesongan nafsu yang mengundang laknatMu hingga akhirnya kau tarik kembali semanis-manis nikmat ini.

Mata saya semakin sarat dengan air mata. Gentarnya andai nikmat ini adalah ujian untuk saya memiliki cintaNya.

Saya bangun dan duduk di birai katil, lalu mencapai diari . Bagaimana akhirnya saya menerima dirinya, membuat keputusan setelah hampir setahun dilamar. Saya akur, memilih suami bukanlah seperti memilih bunga atau buah. Cukup hanya terpikat dengan tarikan warna luaran lantas kita terus memetiknya.

Sedangkan memilih suami ibarat memilih aqidah, yang nanti bakal menentukan bagaimana akhirnya hayat saya. Sungguh saya tidak mahu menyesal memperhambakan diri pada seorang lelaki yang akan saya persembahkan segala milik diri. Hanya satu yang amat saya harapkan agar lelaki ini bakal memandu langkah saya menjadi tetamu Allah di syurgaNya.Dan Akhirnya kami kembali menyemarakkan segala cinta dan kasih dalam anggun taman syurga.

Saya membuka sehelai demi sehelai tulisan diari. Saya terhenti pada satu halaman yang dakwatnya sudah mengembang. Kesan basah air mata yang entah bila saya tumpahkan.

‘ Tuhan, andai benar satu hari akan kau serahkan diriku buat seorang Adam, biarlah dia seorang yang punya fikrah yang kuat berdakwah, yang tidak redha dengan kemaksiatan, yang lincah mentarbiyyah umat, yang tidak langsung berlengah untuk menyerah harta dan jiwanya pada jalanMu, yang tenaganya tidak sedikit pun berbaki untuk dia mengejar dunia, yang hatinya tertaut pada masjid, yang malamnya hidup untukMu dalam tahajud yang menyuci jiwa, yang apabila aku memandang wajahnya, bertambah-tambah pujianku buatMu, yang apabila melihat akhlaknya, melimpah-limpah kerinduanku pada KekasihMu, dan tidurnya dalam dakap kitab suciMu kerana letih mentadabbur Al-Zikr, yang bibirnya tidak sunyi dari lantunan zikir dan hafazan surah-surah penghibur hati, yang apabila katanya penuh nasihat dan guraunya adalah sedikit kerana gentar akan kematian yang bila-bila masa sahaja menjemput.’

-PD-
inilah isi diari saya lewat 2 tahun yang lalu!

Bukanku mengharap kepada kesempurnaan, tetapi kerana pernikahan adalah saparuh kepada penyempurnaan agama, maka izinkan aku sempurnakan pernikahan ini dengan lelaki persis dengan akhlak KekasihMU..


“ sesungguhnya orang itu tergantung kepada agama temannya. Dan seseorang itu tidak dikenali kecuali dengan melihat temannya.” Ihya’ Ulummudin, Imam Ghazali.

Setelah setahun saya merisik dengan melihat agama rafiknya, menelusuri fikrahnya yang penuh dengan agenda dakwah, yang saya yakini kematangannya dalam agama dapat membawa saya terus menjadi pendampingnya dalam manhaj dakwahnya, dan dengan izin Allah, dengan penuh ketulusan saya serahkan hati ini untuk dia sempurnakan ikatan dengan satu lafaz yang merubah segalanya.

Terima kasih Ilahi kerana mempertemukan saya dengan dirinya!

PERNIKAHAN IBARAT BERBUKA PUASA,LAFAZKANLAH HAJAT JIKA TERASA SUDAH TIBA MASANYA, IAITU SETELAH BEKALAN UNTUK MENAKHODA BAHTERA PERNIKAHAN CUKUP SEISINYA, USAH IA DILAFAZKAN SEAWAL SAHUR, KELAK BASI CINTA DAN RASA LANTAS KAPAL AKAN KARAM KERANA HAMBAR ANGIN CINTA YANG MEMANDUNYA.

golongan gugur di jalan dakwah

copy pasted from blog inijalanku.wordpress.com

Di tahun-tahun 1980an, ketika saya menuntut di Australia, gerakan Islam dikalangan pelajar Islam Malaysia di luar negara memuncak dengan dianggarkan 250 dari 2000 pelajar di Australia terlibat dalam usrah, 1500 dari 15,000 pelajar di Amerika dan seramai itu juga di United Kingdom. Angka ini saya pilih berdasar bilangan yang hadir dalam muktamar-muktamar tahunan yang diadakan di tiap satu negara, belum lagi mereka yang tak dapat hadir. Belum lagi peningkatan bilangan di tahun-tahun berikutnya. Belum lagi bilangan mahasiswa/i di universiti-universiti tempatan yang terlibat, walaupun pergerakan mereka agak dibatasi oleh akta dan kekangan-kekangan tempatan.

Hari ini, seperti saya, mereka berada diumur 40 dan 50an dan mempunyai anak-anak yang telah dan mula mengisi institusi-institusi pengajian tinggi pula. Mereka yang terus berada di dalam organisasi-organisasi Islam pada hari ini tidaklah seramai bilangan di atas, bahkan tidak mencapai suku darinya. Seperti makhluk lain, Dakwah Islam juga tunduk kepada Sunnah Alam yang efficiency amalnya sukar mencapai 1.0. 1.0 bermakna kita didik 100 orang dan 100 orang itu juga akan kekal dalam Jalan Dakwah tanpa gugur seorang pun. Kita isi petrol RM1.80 seliter untuk Tenaga Kinetik menggerakkan tayar, tetapi RM1.00 dihabiskan ke Tenaga Haba, RM0.30 ke Tenaga Bunyi dan RM0.50 sahaja ke Tenaga Kinetik (=0.50/1.80=28%). “The amount that you pay is not the amount that you get or expect”, kata pensyarah engineering saya dulu. Carnot Cycle (Thermodymanics) pun seingat saya hanya 0.6 maksimanya. Walaubagaimanapun, sebagai hamba, kita hanya dituntut beramal dan berusaha dalam Dakwah ini, manakala urusan Hidayah dan Istiqamahnya para Duat kita serahkan kepada Allah swt, Tuan punya Dakwah dan Hidayah. Di zaman Rasulullah saw juga ada yang gugur dalam rombongan Hijrah ke Habsyah dan selepas peristiwa Israk Mikraj.

AussieNamun begitu, Dakwah Islam adalah dakwah dikalangan manusia, diasaskan oleh para Rasul yang juga manusia, berpandukan Al-Kitab yang boleh ditelaah oleh manusia, berhadapan dengan kerenah dan serangan manusia. Maka Allah swt menjadikan Dakwah ini tunduk kepada Sunnah Alam yang meliputi peraturan berkaitan dengan tobiah/tabiat Merce 2(nature) manusia. Dakwah dimulai dengan “Iqrak” iaitu ilmu dan kefahaman tentang Dakwah, kemudian Al-Muzammil iaitu aqidah, ibadah dan akhlak, kemudian Markaz Arqam Abi Arqam iaitu ukhuwwah, kesatuan dan Amal Jamaiyy, kemudian Bai’ah Aqabah, Hijrah dan Hudaibiah iaitu politik, negara dan kedaulatan.

Dari penelitian, diantara sebab-sebab yang membawa kepada gugurnya para Pendakwah di jalan Allah di malaysia dari kalangan mahasiswa/i 1980an ialah :

1. Kurang ilmu dan kefahaman tentang Islam, risalah dan objektif Islam terhadap masyarakat dan umat di dunia dan peranan menyeluruh yang mesti dimainkan oleh mereka. Islam bukan sekadar ingin menjadikan mahasiswa/i kakitangan yang saleh di Malaysia, malah lebih dari itu, sehingga menyebarkan panji-panji Islam ke seluruh dunia. Ini banyak disebabkan oleh bacaan yang terhad dan murabbi yang kurang arif.
2. Lemah Tarbiyah, terutama jika ia hanya terhad kepada akhlak-akhlak Islam tanpa cuba memahami Seerah Rasulullah dan para Sahabat ra secara total dan menyeluruh, tidak terhad di Mekah dan Madinah, tetapi Dakwah dan tubuh mereka masuk ke benua-benua yang lain. Kesibukan menelaah pelajaran, menyiapkan kerja rumah/assignments, keterbatasan program dan rujukan disamping kelemahan murabbi menyumbang kepada lemahnya tarbiyah. Kewajipan Dakwah dan Amal Jamaiyy dalam mencapai cita-cita Islam kurang dihayati sepenuhnya.
3. Lemah Ruh dan Ukhuwwah. Tarbiyah bukan sekadar meningkatkan pengetahuan dan fikiran, malah tarbiyah juga mentautkan hati-hati, menghormati, wafak/setia terhadap teman, murabbi dan seumpamanya. Alam pelajar yang rata-rata sebaya serta sering disibukkan dengan sepak terajang politik pelajar, banyak mengalih perhatian, pengalaman dan hati-hati dari sifat-sifat murni di atas. Gaya dan darah daging politik kuat mewarnai ramai personaliti mereka hingga ke hari ini walaupun mereka telah beranak cucu. Keterlibatan sebahagian pelajar dengan fenomena Asyiq (makwe pakwe, chatting dengan ajnabi dsb) melemahkan jiwa dan fokusnya kepada tarbiyah dan peningkatan diri hingga dia tak mampu menghadapi dugaan dan ujian dari Allah untuk meningkatkan darjat para Pendakwah.
4. Mengutamakan pelajaran melebihi Dakwah, walau setelah lama mengikuti Tarbiyah dan mendidik orang lain pula. Jika ini berlaku sehingga setelah tamat pengajian masing-masing, Karier akan mengambil tempat Pelajaran sebagai nombor satu dalam hidup, manakala Dakwah akan tetap kekal sebagai nombor dua sepanjang hayatnya, dari alam pelajar hingga masuk ke alam kerja. Apa yang sebenar dituntut ialah cemerlang di dalam Pelajaran (kepujian kelas satu, jika boleh) tetapi ia tetap di nombor dua selepas Dakwah. Dakwah tetap bertahta dan menduduki tempat pertama di dalam hati.
5. Ketidakjelasan Manhaj Taghyir (cara merubah umat kepada Islam). Ini menjadi lebih ketara selepas Home 2Anwar Ibrahim menyertai UMNO dan mempopularkan manhaj “Islamisasi Ala-Mahathir” selama 16 tahun, sebelum beliau ditumbuk keluar dari UMNO pada tahun 1998. Ramai bekas mahasiswa/i 1980an yang tidak jelas Jalan Dakwah lebih dipengaruhi jalan yang akan mereka lalui dalam hidup hanya dengan merujuk senerio politik Malaysia semata-mata, lebih daripada jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw di dalam Seerah. Ramai beranggapan “Daulah Islam” dicapai bila Anwar di dalam UMNO dulu menjadi Perdana Menteri atau bila Pembangkang di Malaysia mendapat tampuk kuasa, setakat itu pemahaman mereka dari usrah dan bacaan. Tidak kurang ada yang beranggapan “Daulah Islam” ialah apa yang ada sekarang.
6. Himpitan dunia, terutama apabila mahasiswa/i tamat dan pulang dizaman Depression akhir 1980an dan ramai menganggur lama sebelum mendapat kerja. Secara umumnya, mahasiswa/i di Barat biasa dengan hidup senang dengan biasiswa berbanding pelajar di Timur Tengah ketika itu. Saya merasa hidup dan mencari nafkah di kedua-dua dunia Barat dan Timur Tengah. Di Australia, saya perlu bekerja 2 minggu sahaja dan boleh membeli kereta terpakai yang baik. Himpitan dunia di Tanahair sebaik tamat pengajian adalah satu sentakan mengejut dan mempengaruhi iltizam mereka dengan Dakwah. Umumnya, graduan dari Timur Tengah lebih kental menghadapi himpitan hidup, tetapi ramai kecundang dek godaan dunia dan pangkat.
7. Godaan dunia, terutama diera Ekonomi Rantau Asia dengan pertumbuhan melebihi 8% sepanjang Home 31990an. Disamping ramai Pendakwah yang disibukkan dan gugur, banyak NGO pula yang terkubur, termasuk AUSIS ketika itu, yang diasaskan oleh generasi saya pada tahun 1988.
8. Lemah Organisasi dan teman-teman seperjuangan. Tidak jelas jalan dan matlamat Dakwah di Malaysia. Disamping himpitan dan godaan dunia, lebih memburukkan keadaan apabila teman dan badan Islam di Tanahair tidak mampu menunjukkan jalan yang jelas akan posisi dan peranan mahasiswa/i ini apabila mereka pulang ke Tanahair. Tidak ada pengumpulam pengalaman dan keberkatan berlaku di mana-mana badan Dakwah. Sesetengah pimpinan berusaha mencantas pimpinan yang lain, lalu mahasiswa/i yang asalnya ikhlas, hilang tempat pergantungan, menjadi bosan, kecewa dan gugur.

Demikian sedikit catitan pemerhatian sejarah dan realiti, mudah-mudahan bermenfaat kepada para Pendakwah terutama dikalangan mahasiswa/i hari ini di dalam dan di luar negara. Jalan terbaik dalam menghadapi fenomena ini ialah :

1. Memantapkan tarbiyah golongan mahasiswa/i disegi manhaj, fikrah, murabbi, qadwah, Ukhuwwah, organisasi dan Amal Jamaiyy.
2. Menyediakan bagi generasi masadepan organisasi yang mantap, berwibawa, jelas kefahaman tentang Risalah Islam dan Manhaj Taghyirnya, tajarrud pimpinan dan ahlinya, kuat Amal Dakwah dan pengorbanannya, utuh Ukhuwwah dan kesatuannya.
3. Bekerja, berjihad dan berkorban melalui Manhaj Taghyir dan Jalan Dakwah yang sahih tanpa henti ke arah mendidik diri dan masyarakat Islam di sekeliling sehingga berlaku perubahan ke arah Islam yang dicita-citakan.

Kini berbekalkan kefahaman, keikhlasan dan kesungguhan melaksanakan Dakwah, diadun dengan pengalaman dan pengamatan apa yang telah dan sedang berlaku dalam senerio dakwah dan politik Tanahair, kita mengatur langkah dengan lebih berhati-hati, tetapi lebih jelas dan yakin. Kepada Allah jua kita memohon Petunjuk dan TaufiqNya di sepanjang Jalan ini. Ameen.