Thursday, October 28, 2010

Terima kasih

Petang tu, berbuka puasa dengan Nad di café Hs.

Ku suap nasi dengan agak pantas kerana terasa sangat lapar dan ingin segera berlalu dari café HS yang sentiasa dipenuhi ramai brothers and sisters bercampur baur.
Sehari sebelumnya memang tidak sempat menjamah nasi kerana agak sibuk. Ku aniaya perut melayuku kerana mengisinya dengan kerepek2 dan roti sahaja.

Tengah syok menjamah rezeki, nad yang juga agak kelaparan menolak nasinya. Katanya banyak sangat mamak tu bubuh kuah campur. Dia tak gemar dan hilang selera. Kesian kat nad, ku beri lah dia mengambil sedikit nasiku yang tinggal sedikit sahaja bakinya lagi.

Rupanya perutku tidak lagi kenyang. Memang terasa nasi tadi macam makan dua tiga mulut je. mungkin selalunya berbuka bersama akhawat cepat terasa kenyangnya kerana makan beramai ramai dalam dulang. Atau memang kegemaranku makan dalam satu pinggan bersama sahabat2, terutamanya Hijanah (Hehe jazakillah Hijanah) terasa sangat best, berbeza makan bersendiri dengan pinggan menyebabkan perut tu terasa masih banyak ruang kosong. Ku pujuk hati agar bersabar, mungkin ada rezeki lain nanti.

Lepas solat isyak, ke majlis ilmu mingguan kami. Bicara Wanita.
Selepas majlis selesai, ada di sediakan mihun. 
Selalunya ku tidak ambil mihun atau apa2 makanan pun y disediakan dan hanya membiarkan orang lain mengambilnya, (sudah menjadi kakak macam kami ni tidak di galakkan mengambil makanan kerana selalunya akan diberi pada adik2 dan mereka juga boleh bawa pulang kepada kawan2 bagi meraikan kedatangan mereka dengan harapan mereka akan datang lagi) tetapi malam tu terasa sangat lapar.

Jadi ku minta satu bungkus mihun dengan ukhti Aimi. Ukhti Aimi memandangku, mungkin agak pelik kerana aku tidak pernah mengambil makanan sebelum ini. Tapi diberikannya juga. Husnuzon denganku mungkin. (akhawat jarang menghampakan permintaan akhawat dan selalu berhusnu zon) ku lega, dan lekas2 bergegas keluar untuk ke lab, kerana sahabatku Ika menunggu. Serius, terasa sangat gembira dan terasa sungguh TERUK kerana cepat cepat ingin berlalu takut ada adik yang minta.

Maaffff akhawat, saya LAPAR sangat!

Ku raut pintu lab dan sebaik ingin melangkah masuk, ada seorang adik tersenyum girang melihatku. Matanya tertancap ghirah pada bekas di tanganku.

“k.ada, bestnya mihun.. dapat mihun ye tadi?
Saya keluar awal, tidak sempat ambil makanan “
 tersenyum senyum degan penuh ceria sekali dia bercerita
                “ a’ah, awak keluar awal ye, kesiannya, nak mihun ni kan?
                “hehe, ala, kesian kat akak, akak yang ambil. Akak makanlah, takpe. “

Jujurnya, ku menawar dengan rasa berat hati dan dengan harapan dia akan mengatakan dia saja bertanya dan sudah kenyang.

Nyata, jawapannya tidak ada unsur yang meyakinku bahawa dia sudah kenyang dan kelihatannya dia juga lapar.
Ku tetap beri dan dia menerima dengan sangat gembira.

Ku pasrah dan redha. Biar perutku sangat terasa lapar, tetapi ku pujuk hatiku sekali lagi, mihun itu bukan rezekiku malam ni.
Pulang ke bilik, sudah dekat ke angka 12. Ingin terus mengecapi nikmat tidur, kerana perut kelaparan dan badan keletihan benar.

Tiba-tiba, teringat ada sesuatu yang ingin diberi kepada k.isma. dalam mamai terhuyung hayang, kaki melangkah ke tingkat 4.
Sebaik masuk , seperti biasa k.isma menyambutku dengan penuh baik.
Terus disuakan mihun yang sangat sedap. Kelihatan ada udang besar besar, sotong , ayam penuh sebagai lauk.

berMIMPI kah diri ini wahai Tuhan?

Makcik guard Safiyyah,k.ni yang beri padanya. K.isma minta ku habiskan mihun yang hanya sedikit di jamah itu, kerna katanya sudah kenyang.

Oh Tuhan, menangis ku terharu.

Direct Kau menegur sikap jahiliahku.

Kerna redha akhirnya, Allah beri ganti yang jauh lebih hebat.

Mihun yang ku beri pada adik tu, hanya mihun kosong. Kosong tanpa lauk. Jika ada pun hanya sedikit sahaja, buat di kata ada isi.

Mihun air tangan k.ni ternyata sangat sedap. Air tangan berkat kasih sayang.

Oh Allah, sungguh besar ku rasa nikmat kasih-Mu padaku tika itu.  Berkali kali ku mengucap syukur.

TERIMA KASIH ALLAH.
                

0 comments: