"Semakin sedikit hal yang harus dikerjakan seseorang, semakin sedikit pula waktu yang dimilikinya untuk mengerjakannya."(Ahli Hikmah)
Imam Syahid Hassan Al Banna melanjutkan pelajarannya di Darul Ulum, sehingga beliau terpaksa berpindah ke Kairo. Di samping itu beliau harus bekerja di berbagai tempat di antaranya adalah kiosk sayuran untuk memenuhi keperluan keluarganya. Tentu sahaja pekerjaan itu sangat melelahkan beliau sehingga tidak mendapatkan waktu untuk mengulang pelajarannya. Ketika tiba masa ujian masuk Darul Ulum beliau mendapati tuntutan hidup yang sangat mendesak dan menyisakan waktu untuk beliau guna mengulang pelajarannya, sehingga beliau mengadu kepada Allah Yang Maha Mengetahui bahawa beliau tidak pernah menyia-nyiakan hak-Nya sedetik pun. Beliau menuturkan, "Pada malam ujian aku tertidur, ternyata aku bermimpi sebagaimana orang lain bermimpi. Aku bermimpi melihat seorang yang menolongku seraya berkata,"Lihatlah ke arahku", lalu aku pun melihat ke arahnya, ternyata ia sedang memegang buku materi ujian yang hendak diujikan esok hari, ia membuka buku itu pada halaman tertentu dan mengisyaratkan kepadaku agar membacanya. Selesai membaca halaman ini ia membuka halaman yang lain lalu memerintahkan aku agar membacanya sampai selesai dan akhirnya ia menutup buku tersebut dan meninggalkanku. Esok harinya aku mendapati diriku telah hafal semua yang telah aku baca-sudah menjadi tabiatku selalu hafal apa yang telah aku baca. Lalu aku memasuki ujian, ternyata soalan-soalan ujian semuanya itu dari materi yang aku baca dalam mimpi. Peristiwa ini terus berulang setiap malam ujian sehingga ketika hasil ujian diumumkan akau menempati ranking pertama dan alhamdulillah." (Ahdats Shana'at Tarikh :47)
Dipetik dari: 30 pesan Spritual Ramadhan(_~20~Ramadhan dan Logika Kesibukan)
entry ini di salin kembali d sini bukanlah untuk mengajak kita untuk tidak berusaha dan hanya mendoakan keajaiban berlaku tanpa mletakkan sebarang usaha untuk menguasai i'lmu mahupun mendapatkan yang terbaik dalam kehidupan ini.
sebagai pelajar, tanggungjawab kita wajib berusaha sedaya upaya.
belajar d universiti itu adalah amanah dari ibu dan ayah, keluarga, amanah dari universiti, amanah diri sendiri.
cuma, dalam keterbatasan kita di banyak perkara yang mengekang, moga entry ini dapat mengubat sedikit hati.
saudaraku,
mungkin cinta ku tidak lagi besar sebesarnya untuk dakwah.
kerna, masih sering ku mengeluh.
selalu jua ku merungut.
dan hari ni, ku buat hal lagi.
teruknya!
Astaghfirullahala'zim..
what a bad moment y buat ku amat2 malu pd mereka dan ALLAH!
saudaraku,
jangan pernah bosan denganku.
jangan pernah lelah mentarbiyah dan bersabar dengan kerenahku
kerna, ku ingin merasa cinta seperti mana kalian rasa.
sungguh hairan ku dengan kalian,
kalian sungguh sungguh berbeza dari sekian banyak manusia
kalian sungguh meletakkan mahu itu melebihi rasa mampu kalian
kalian buat diriku merasa takjub amat.
ku ingin bersama kalian hayat hidup ni,
dan hayat akan datang.
ku tidak mengerti banyak hal.
tp ku janji akan mempelajari satu persatu.
ku ingin merasa the ultimate feeling of in love!
ya Allah, ku mengerti,Kau takkan uji ku melebihi batas mampu dan sanggupku,
ya Allah, bila memang Kau ujiku, ku percaya dan yakin, Kau sayang padaku
ya Allah, lindungilah diriku dari yang menjahati dan menzalimi diriku
ya Allah, lindungilah diriku dari segala anasir yang menjauhkan Kau dariku
biarlah perlindungan-Mu mengalir selagi darah ini terd us Kau izinkan mengalir dalam sebatang tubuh yang hanya mulia dengan Islam ini.
Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang.
syukran ya Rabbi. Jazakillah semua saudara2 seiman ku.


1 comments:
afwan ADA..janji nak datang bilik ADA..tapi tak dapt..
emosi sedikit terganggu... moga Allah permudahkan urusa kita semua
jazakillah ADA memahami dan sabar sengan karenah sya
Post a Comment