Monday, July 19, 2010

belajar menstabilkan hormon

dulu, saya fikir saya sahaja y tidak siuman kerana sering mengalami keadan seperti ini. tetapi selepas bersara dari dunia remaja dan mula beransur tua, saya tersedar yang ia suatu perkara biasa yang sering menimpa anak muda. pergaulan saya bersama anak-anak muda di universiti, sering mendedahkan saya kepada cerita tentang depresi mereka dalam pelbagai bentuk

ada y kerana cinta
ada y kerana pelajaran
ada yang kerana dakwah

malah ramai juga yang tidak pasti apa sebabnya... seperti saya.

mungkin hormon belum seimbang dan gangguan emosi menjadi kebiasaan

"carilah satu dunia asing.... untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu.
basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah
samaada di tikar sejadah
atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah, "
itu nasihat saya

carilah damai untuk diri sendiri.khususnya buat anak muda berjiwa dai'.
yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain
hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi....
hanya kamu dan Dia.... tiada yang ketiga.

selamat mencari damai dan tenteram jiwa, wahai anak muda!

- Secangkir Teh Pengubat Letih, m/s : 8-9
Ustaz Hasrizal-


ku tujukan entri ini untuk seorang akhawat yang sangat ku sayangi dan sentiasa ku rindui.
dia sungguh baik, cuma terkadang, dia kerap mengatakan padaku,
"ana terukkan, selalu je ingin bersendiri tiba2"
dan matanya sayu. menangis dari dalam.

ukhti, ku tau, dirimu penat. penat dengan amanah dari Allah. tapi, ku bangga, kerna penatmu itu adalah semata untuk Islam.

bersendiri bersama Allah itu, makanan asasi seorang dai'.


sebelum cuti semester 3 bermula hari tu, kerap ku tuturkan pada diri sendiri

'rindunya ana pada kelantan.
rindunya kat abang, kakak ipar, anak-anak buah..
rindunya pada air terjun yang sejuk...
rindunya nak berkelah...
rindunya pada sepupu, makcik, pakcik...

ku penat merindui semua itu ya Tuhan

cuti semester 3 bermula selama tidak lebih 2 minggu ku di Kelantan

hebat sungguh Allah,mengabulkan kesemua harapan dalam imaginasiku sebelum lena di malam hari di UIA.

semua aktiviti yang ku impikan tu, tercapai.

bermalam di Jeli bersama mereka semua.

mandi air terjun...

dan semuanya...

terubat, pulih segala perasaan yang dijeruk, dipendam.

walau tidak layak mengatakan diri seorang dai',
tapi ku tetap ingin berfikir dan bergerak istiqamah seperti karakter itu.

Allah is Very Ar-Rahman!

0 comments: