Friday, July 23, 2010

Gangster Ekonomi Yahudi :: Kini di Malaysia

Setelah sekian lama membiarkan Malaysia dikuasai penjajah-penjajah Freemason UK, kini pada tahun 2010 barulah bapa segala konspirasi Yahudi antarabangsa, House of Rotshchild membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.

Ketibaan raksasa konspirasi di Malaysia ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang memberi kebenaran kepada agen Rothschild iaitu Goldman Sachs Bank untuk membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.

Di dalam laporan yang dikeluarkan oleh FinanceAsia, ia menyebut Datuk Seri Najib tun Razak telah mengeluarkan lesen kepada bank Yahudi ini pada 8 Disember 2009 sebagai isyarat membenarkan pembukaan cawangannya di Malaysia.

Walaupun di dalam laporan tersebut menyebut bahawa Goldman Sachs hanya dibenarkan menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara tetapi pembukaan pejabatnya di sini sudah memberi spekulasi ekonomi yang kritikal dikalangan para pelabur tempatan.

Penjenayah Ekonomi Antarabangsa

Goldman Sachs adalah individu yang disyaki menaja perang Israel-Palestin pada 2008 lalu (kami namakan ia Perang Konspirasi Dajjal). Kesemua konspirasi-konspira si teoris barat seperti Texe Marrs, Alex Jones, David Icke, Jeff Rinse dan lain-lain bersetuju sebulat suara bahawa perang tersebut didalangi oleh keluarga Rothschild melalui agennya Goldman Sachs Group.

Kini bank penjenayah utama antarabangsa dibawa masuk dengan mudahnya oleh kerajaan Malaysia melalui lesen yang dikeluarkan oleh Malaysia Security Commission (MSC).

Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila Lye Thim Loong dari Avenue Investment Bhd. Mengatakan,

“It’s good for Malaysia, Goldman is a good premier name, so it will add some spice to the market.”

Goldman Sachs adalah Pembuat Keputusan Ekonomi Amerika

Apakah kerajaan Malaysia tidak sedar bahawa kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang bermula dengan Lehman Brothers adalah perancangan Goldman Sachs di Amerika?

Apakah profesor-profesor ekonomi di IPT-IPT di Malaysia tidak meneliti laporan-laporan audit dan kenyataan-kenyataan billionaire- billionaire Yahudi dalam Bloomberg, CNN, CBS dan forum-forum ekonomi antarabangsa?

Apakah penganalisis- penganalisis yang dijemput berceramah dalam forum-forum ekonomi dalam televisyen tidak sedar bahawa Timothy Geithner (bekas Pengerusi Federal Reserve Bank) adalah orang suruhan Goldman Sachs?

Adakah mereka-mereka di atas tidak sedar bahawa bank paling kaya di dunia adalah Goldman Sachs bukannya bank-bank di China, Jepun dan Eropah seperti yang diwar-warkan oleh Majalah Forbes?
Adakah mereka-mereka di atas juga tidak sedar bahawa maksud ‘kekayaan’ yang sebenar bukannya dinilai pada carta top ten keluaran majalah Forbes tetapi ia bermaksud ‘Siapa Paling Berkuasa”?

yahudi_gangster2.jpg
(Dari kiri) Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika).

Keempat-empat orang di atas adalah individu yang bertanggungjawab melobi kemenangan Barrack Obama sehingga menjadi presiden dan akhirnya Obama akan mengikut plan ekonomi yang diputuskan oleh empat Yahudi ini dalam waktu-waktu yang dirancang.

Penganalisis Ekonomi di IPT Perlu Aktif

Sepatutunya tugas menghujahkan isu ekonomi seperti ini perlu dipertanggungjawabk an kepada para pensyarah dan profesor-profesor ekonomi melalui blog-blog peribadi mereka. Mereka tidak boleh hanya menyebarkan nota-nota kuliah sahaja tanpa mempamerkan kehebatan sebenar dalam bidang mereka.

Para pensyarah-pensyarah sepatutnya lebih pro aktif di dalam bilik kuliah bagi menyebarkan permasalahan- permasalahan ekonomi di Malaysia dan antarabangsa. Penyebaran dan perbincangan isu-isu itu boleh menimbulkan mahasiswa yang berfikiran kritis dan analitik.

Isu kemasukan Goldman Sachs di Malaysia bermula awal tahun 2010 ini perlu dihebah dan dibahaskan di kelas masing-masing secara drastik. Mahasiswa-mahasiswa ekonomi perlu didedahkan ilmu cara membezakan pelabur ekonomi dan penjenayah ekonomi.

Kemasukan Goldman Sachs ke Malaysia juga sangat mengecewakan pelabur-pelabur tempatan kerana di dalam dunia saham dan ekonomi, Goldman Sachs dianggap sebagai Gengster Ekonomi yang boleh mengugut sesiapa sahaja bagi mengikut dasarnya hatta kerajaan sekali pun.

Kehadiran Goldman Sachs ke Malaysia dalam suasana ekonomi dunia yang tidak memberangsangkan kemungkinan berkaitan dengan keputusan agen-agen Yahudi Zionis yang terlibat dalam mesyuarat Bilderberg 2009 lepas.

Walaupun sebenarnya Goldman Sachs sudah menguasai saham-saham beberapa syarikat besar di Malaysia beberapa tahun dahulu namun pembukaan pejabat rasmi di Kuala Lumpur adalah titik tolak kepada permulaan empayar konspirasi yang sebenar.

Kesimpulan

Harus diketahui bahawa keluarga Rothschild sekarang tidak lagi menggunakan istilah ‘Rothschild’ dalam pembinaan penguasaan empayar ekonominya di peringkat dunia. Nama itu sudah menjadi klasik dan sejarah keluarganya dan ia sudah dikecam diperingkat antarabangsa melalui pendedahan pelbagai kes-kes konspirasi.

Kini keluarga Rothschild menjalankan aktiviti konspirasinya melalui bank-bank pelaburan yang mempunyai sejarah tersendiri yang walaupun pada dasarnya tidak kelihatan berkaitan dengan Rothschild tetapi hakikat yang sebenarnya ialah ia dikuasai sepenuhnya oleh keluarga Rothschild dalam kaedah yang sangat licik dan sistematik.

Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut;

Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966)

Tetapi apabila Goldman Sachs (cawangan Bank Rothschild) membuka pejabat barunya di Kuala Lumpur kelak, tidak dapat dipastikan adakah mereka akan menggunakan alamat yang sama seperti di atas atau sebaliknya. Kemungkinan juga Goldman akan menggunakan cara APCO Worldwide memasuki Malaysia iaitu dengan cara menggunakan alamat pejabat Mind Team Sdn Bhd di Midvalley, Kuala Lumpur serta beroperasi di pejabat yang sama.

Tuesday, July 20, 2010

cinta VS redha

Disaat kita berpisah dengan seseorang yang kita cintai dan mencintai kita, mungkin akan muncul pertanyaan

"kenapa Allah menghadirkan rasa ini, jika kemudian harus berpisah?".
Kemarin adalah hari dimana saya melihat (untuk kesekian kalinya) bagaimana seorang wanita menangis sedih karena harus berpisah dengan lelaki yang dicintainya, kematian yang mendadak.

Ya, kenapa Allah sang Maha Pencinta memberikan kita kesempatan merasakan cinta?...
Karena, Alloh ingin memberitahukan akan makna cinta sejati dan memberikan kepada kita sebuah rasa yang lebih besar dan lebih kuat daripada itu.
Rasa itu adalah Ridho.

Menurut Syech Abu al-Abbas al- Mursi (guru Ibnu Athoillah), cinta adalah rasa yang akan membuat kita diliputi kerinduan yang dahsyat. Cinta membuat kita selalu ingin melihat dan selalu berhubungan dengan kekasih kita.

Berbeza dengan ridho, ridho adalah keadaan dimana kita selalu berlapang dada dengan segala yang telah ditetapkanNya. Keadaan ini akan membuat kita menjadi mengerti dan mampu menjalankan keinginan Allah.

Berpisah dengan seseorang yang kita kasihi memang sangat mengguncang hati, tetapi...yakinlah Allah selalu memberi yang terbaik bagi kita,

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)

Hidup ini tidaklah berjalan seperti lingkaran yang kejadiannya akan terjadi secara berulang dan sia - sia, hidup ini berjalan seperti garis lurus, setiap kejadian di desain oleh Alloh untuk membuat hati kita semakin utuh dan mantap dalam berpasrah kepadaNya. Gesekan hidup dan ujian yang ada secara bertahap akan membuat kita semakin sadar dan mampu mengenal diri dan mengerti tugas kekhalifahan. Kenapa kita terlahir pada keluarga seperti ini, dengan keadaan seperti ini, bertemu dengan orang-orang yang saat ini menjadi teman kita, bekerja di tempat ini.

Setiap pertanyaan ada jawabannya, temukanlah.

Semoga Allah selalu membimbing kita. Aamiin

sumber asli : http://andoria.cybermq.com/post/detail/12270/cinta-vs-ridho

Monday, July 19, 2010

belajar menstabilkan hormon

dulu, saya fikir saya sahaja y tidak siuman kerana sering mengalami keadan seperti ini. tetapi selepas bersara dari dunia remaja dan mula beransur tua, saya tersedar yang ia suatu perkara biasa yang sering menimpa anak muda. pergaulan saya bersama anak-anak muda di universiti, sering mendedahkan saya kepada cerita tentang depresi mereka dalam pelbagai bentuk

ada y kerana cinta
ada y kerana pelajaran
ada yang kerana dakwah

malah ramai juga yang tidak pasti apa sebabnya... seperti saya.

mungkin hormon belum seimbang dan gangguan emosi menjadi kebiasaan

"carilah satu dunia asing.... untuk kamu keluar dari diri kamu yang sudah rapuh dan kering itu.
basahkan kembali dengan bersunyi-sunyi dengan Allah
samaada di tikar sejadah
atau hamparan bumi dan alam yang tekun dengan zikrullah, "
itu nasihat saya

carilah damai untuk diri sendiri.khususnya buat anak muda berjiwa dai'.
yang sering hidupnya berfikir tentang orang lain
hingga lupa kepada perlunya diri dibelai damai oleh minda, emosi dan spiritual yang kemas antara diri dan Ilahi....
hanya kamu dan Dia.... tiada yang ketiga.

selamat mencari damai dan tenteram jiwa, wahai anak muda!

- Secangkir Teh Pengubat Letih, m/s : 8-9
Ustaz Hasrizal-


ku tujukan entri ini untuk seorang akhawat yang sangat ku sayangi dan sentiasa ku rindui.
dia sungguh baik, cuma terkadang, dia kerap mengatakan padaku,
"ana terukkan, selalu je ingin bersendiri tiba2"
dan matanya sayu. menangis dari dalam.

ukhti, ku tau, dirimu penat. penat dengan amanah dari Allah. tapi, ku bangga, kerna penatmu itu adalah semata untuk Islam.

bersendiri bersama Allah itu, makanan asasi seorang dai'.


sebelum cuti semester 3 bermula hari tu, kerap ku tuturkan pada diri sendiri

'rindunya ana pada kelantan.
rindunya kat abang, kakak ipar, anak-anak buah..
rindunya pada air terjun yang sejuk...
rindunya nak berkelah...
rindunya pada sepupu, makcik, pakcik...

ku penat merindui semua itu ya Tuhan

cuti semester 3 bermula selama tidak lebih 2 minggu ku di Kelantan

hebat sungguh Allah,mengabulkan kesemua harapan dalam imaginasiku sebelum lena di malam hari di UIA.

semua aktiviti yang ku impikan tu, tercapai.

bermalam di Jeli bersama mereka semua.

mandi air terjun...

dan semuanya...

terubat, pulih segala perasaan yang dijeruk, dipendam.

walau tidak layak mengatakan diri seorang dai',
tapi ku tetap ingin berfikir dan bergerak istiqamah seperti karakter itu.

Allah is Very Ar-Rahman!

kenal

mengenal manusia bukan boleh sekadar membacanya di kertas.
ia menuntut pergaulan, interaksi, komunikasi, menikmati kemanisannya
dan meNYABARkan diri terhadap kesakitan akibatnya.

all in all, tq ALLAH ^-^

Thursday, July 15, 2010

Amanah itu kepercayaan dari Allah

adakah masaku telah tiba?

tapi sungguh takut dan rasa belum bersedia.

tidak kenal?

bukan isunya.

tetapi memikirkan pelbagai kemungkinan.

doa'ku suatu waktu dahulu, Allah kabulkan.

sungguh.

amat persis doa'ku.

tapi, itu doa'ku yang dulu...

ku tidak mahu doa'ku y Kau kabulkan.

ku mahu Kau yang mengingininya menjadi begitu.

bukan keinginanku yang memandang dari kaca mata hanya sebagai seorang hamba-Mu.

tiada rasa?

bukan alasannya jua, kerna doa'2 ku dulu dan selalu,
jika telah kau taqdirkan pertemuan hati, biarlah rasa itu datang hanya setelah yang halal.

ya Allah, besar amanah silih berganti.

jangan Kau tarik segala nikmat ini,

cerahkanlah hati ini bersama hidayah dan inayah-Mu.

bantulah ku thabat memikul segala amanah dengan baik.

amin.

i need Him

air mata nie mengalir lagi..

ya Allah, bersihkanlah diri ni dari segala kotoran...

mungkin rasa sungguh 'susah' ini adalah dosa yang terpalit, menyebabkan langkah ini slow!

air mata ni mengalir lagi..

adakah ini paksaan?

tiada paksaan dalam beragama, tapi sekali kau Muslim,
janji telah di meterai, kau akan menjadi khalifah.

ya Allah, ku benar benar perlukan-Mu.

kami amat memerlukanmu -_-

jelaskanlah misi dan visi ini, agar gerak denyut kami sentiasa ikhlas semata ingin melhat yang Haq tertegak mulia!

Thursday, July 8, 2010

IKRAM MALAYSIA (IM)

Ustaz Zahazan

saya sangat suka Ustaz Zahazan :)

masa kat umah dulu2 (time hujung minggu balik rumah dari hostel), tiap2 pagi bangun nak solat subuh, mesti on radio IKIM dlu. dengar kuliah Ustaz Zahazan tiap tiap pagi. hati mesti sgt suka. Ustaz pengasih je suaranya...

sebenarnya, saya rindu abah saya bercakap cakap dengan saya... :)

Ustaz, moga Allah selamatkan ustaz dunya akhirah. moga Ustaz sejahtera dengan Islam. ana sayang ustaz :)