Semalam, selepas pulang dari bertemu umi dan abah di putrajaya dan bermalam 2 malam di sana, ku rasa keseorangan dan sungguh-sungguh GUILTY. Maafkan lah diri ini kepada siapa yang terlibat dalam hidup ini, tetapi tidak ku menunaikan hak sebaiknya buat kalian semua… ku menyumpah syaitan yang semakin hebat menakluki diri akhir akhir ini. Beristighfar sebanyak-banyaknya akan nikmat ibadah yang semakin tidak ku rasa ghirah dan asyik seperti dulu.adakah kerna keengganan ku akan akibat segala fatwa yang ku takwil? Semakin kompleks hakikat pencarian diri ini..
wahai Tuhanku, berlaku lembutlah terhadap diriku dalam memudahkan segala yang sukar kerna memudahkan segala yang sukar adalah hal yang mudah bagi-Mu dan ku memohon kepada-MU kemudahan dan kemaafan baik di dunia mahupun di akhirat..
Tatkala hebat diri dilanda bahana kefuturan dan kemalasan, terima 1 sms dr ukhti Sabrina mengajak untuk berbuka puasa (puasa sunat Isnin) bersama pada petang itu. Terdetik dihati, ohh..ku lupa arini hari Isnin lantas rutin puasa sunat tidak ku tunaikan. (mentang2 study week untuk exam period, kelas takde, sume lupa!...ku marah pada diri sendiri) Dalam pada itu, berterima-kasih ku pada Allah tiada terhingga, kerna mendengar rintihan jiwaku yang sedang sakit, lalu memberi hadiah akan pertemuan ukhuwwah yang bakal dirai dan di hangatkan bersama siraman tazkir buat iman diri nanti. Alhamdulillah, sejuk hati dan jiwa seketika bertemu walau hanya beberapa orang akhawat kolej kediaman ku yang ikut menyertai pertemuan lewat maghrib itu.
Malam itu, tidur bersama ukhti Sabrina di surau. Alhamdulillah, dapat qiam bersama. Syukran ya Allah kerna mengurniakan teman seperjuangan yang sungguh mulia dan baik seperti mereka.
SUNGGUH, ku BOSAN, MELUAT dengan jiwa KU yang lemah, manja TIDAK ISTIQAMAH!


0 comments:
Post a Comment