Bismillahirrahmanirrahim
lama sungguh menyepi, kan?
senyap..
ada 2 maksud sahaja pada hematku
1) terlalu banyak berbuat kerja
2) tiada apa yang dibuat
1) terlalu banyak buat kerja
- ramai orang memerlukan kita...tiada masa untuk diri sendiri... jadi tiada masa untuk menulis
2) Tiada apa yang dibuat
- tiada apa yang saya buat, jadi tiada apa untuk di ceritakan.
keadaan yang pertama adalah impian semua aktivis dakwah.
adakah saya bersama keadaan itu?
keadaan yang kedua adalah fitnah terbesar mukminun
( apatah lagi nak menggelarkan diri aktivis dakwah, muslim yang mukmin pun tidak layak! )
satu yang pasti, hari hari saya semakin sedih.. sayu..
saya semakin dekat untuk meninggalkan akhawat...
ya Allah, Kau Maha Mengetahui hati kami ini bersatu kerana cinta-Mu.
ya Allah, ku tahu Kau mengerti. Maha mendengar. Perkenankanlah. ku mahu susah senang bersama akhawat!
Saksikanlah, kami bertemu, berpisah kerana-Mu.
Pesan Mak Cik 4 tahun dahulu dan sentiasa hingga kini:
Masa bjalan, tak lama lg akn grad..masuk dlm alam nyata,nanti akn tahu betapa 'selamatnya' berada dlm lingkungan akhwat. Maka, manfaatkanlah masa ini. Tiada ertinya menyendiri, krn dlm shbt soleh itu ada bekal..
Allah, munajatku.. dalam syahdu.. merindui maghfirah-Mu..
cinta sungguh satu bentuk kata kerja.
kerja untuk mencintai.
to love.
maka, berbuatlah sesuatu.
itulah bukti.
iman membuahkan amal, kan?
Iman yang benar akan membuahkan amal yang soleh.
berbuatlah.