Saturday, December 18, 2010

jalan cinta para pejuang

Oleh : Nurul 'Izzah Zainol

Maharku adalah jalan ini
maharku adalah cinta ini
cinta yang penuh militansi
yang kau dan aku
akan perjuangkannya
sampai hujung nyawa

“ Ya, saya ada satu cerita. Kamu mahu mendengarkannya, ini memang benar!”

Penceramah meyakinkan. Kami peserta seminar Rumah Tangga Islami tidak berkedip mata. Sangat rugi rasanya andai terpejam walau sesaat. Beliau sungguh mengesankan.

“ Pernah suatu ketika datang seorang ikhwah meminta saya carikannya calon isteri. Katanya dia mahu yang sopan santun, ayu, lemah lembut, pemalu dan TIDAK MILITAN!”

Beliau berjeda. Menahan sedak yang mahu meledak. Perkataan TIDAK MILITAN mengganggu kelancarannya barangkali. Kami ikut berkerut kening. Apa maksudnya TIDAK MILITAN. Masuk hutan angkat senjatakah?

“ Maksud kamu TIDAK MILITAN itu apa? Bisa dijelaskan”
Ikhwah itu buncah.

“ Err, maksud saya yang bukan aktif sangat bergerak sana sini. Erm, err..Yang kiranya macam sesuainya orang perempuan, tidak menonjol dirinya sana sini.”

Ahh Ikhwah itu, dirinya sendiri meragukan.

“ Oh iya..kamu mahu tahu resepi? Ini resepi rahsia rumah tangga yang belum tertulis di mana-mana, yang belum disebut di bibir siapa pun.”

Waah! Pasti mahu. Sunggu penasaran!


“ Resepinya, isteri itu harus MILITAN. Coba saja kamu mikir,saat kamu di tempat kerja, lalu anakmu demam, dia bisa memandu ke klinik. Saat barang dapur kehabisan, dia bisa cekap ke pasar tanpa perlu menunggumu, saat kamu lagi out station beberapa minggu siapa yang bisa pantas menguruskan rumahtangga sebagai ibu dan sekaligus bapa kepada anak-anakmu, pasti seorang isteri yang MILITAN.”

Ikhwah itu menelan air liur. Tergulut-gulut di depan beliau. Rasa baru sahaja menelan bom C4 yang bakal meletup dalam ususnya.

“ Kalau yang tidak bisa aktif sana sini, fizikalnya itu tidak kuat, tidak cukup mengurus hal yang banyak dalam suatu masa, ia pasti meletihkan kamu. Anak yang demam panas sahaja harus menunggu kamu pulang kerja. Tiap-tiap waktu mengganggu tugas kerjamu hanya atas hal-hal yang boleh diusahakannya sendiri. Harus mandiri ertinya.”

Oh, itukah MILITAN namanya? Saya tersenyum. Banyak sekali skrin hidup terlayar di hadapan saya saat melihat wajah para akhawat.

SEUSAI ITU..MEMANG BENAR..

Program hari itu tamat. Keluar sahaja laman parkir kereta, saya terus tidak tahan mahu tertawa, lalu menggeleng kepala. Kelihatan 2,3 orang akhawat bertungkus lumus menghidupkan motornya. Terhenjak-henjak tubuh kerana tidak mahu hidup. Datang seorang akhwat dengan gaya yang penuh militan, sekali henjakannya yang maha hebat pada pedal penghidup, terus terdengar bunyi enjin motor, sungguh militan!

Saya menuju ke kereta saya. Di bangku belakang penuh barang-barang tumpangan akhwat yang bermotor dan yang menaiki tren untuk dibawa ke universiti. Begitulah kemudahan yang ada bukan untuk dinikmati seorang diri, tapi ia adalah amanah untuk orang lain, apatahlagi akhawat yang sangat saya cintai. Saya melewati stesen minyak, Ah, kelihatan seorang akhawat dengan beg napsacknya sedang mengisi minyak motornya. Ah, sungguh militan. Mata saya bergenang, saya pasti merindui kalian dengan suasana sebegini. 

Entahlah, sejak menghampiri semester terakhir saya di UIA, saya terasa sayu andai terpisah nantinya dengan akhawat. Kenderaan di lebuh raya tidak terlalu sesak. Tetapi ia tidak menggembirakan kerana kereta dan motornya banyak sekali yang dipandu laju. Walaupun saya mungkin di antara mereka tetapi saya masih menidakkannya. Teringat sekali atuk pernah mengatakan bahawa beliau serik menaiki kereta dipandu saya, bagai mahu tercabut jantung. Ah, atuk-atuk..militan itu namanya, biar cepat asal masih sopan. Masa itu sangat berharga kan..Tidak jauh dari situ, di tepi jalan saya seakan mengenali jaket penunggang motor tersebut, persis jaket rasmi kami. Ah, akhawat lagi. Dia sedang berhenti menjawab telefonnya yang cuba diselitkan di celah-celah topi keledar. Sungguh lucu. Saya membunyikan hon. Mereka mengangkat tangan.

MasyaAllah, sepanjang jalan ke UIA saya bertemu akhwat, dan adakah mungkin saya akan terus bertemu dengan akhwat di mana-mana pada amsa akan datang? Tanpa dipinta, pipi saya basah. Entah mengapa terasa ngilu sekali andai nanti bakal hidup sendirian tanpa akhwat biarpun nanti sudah punya suami. Ia sungguh tidak sama biar diganti dengan apa pun.

Terimbas kembali beberapa isi seminar tadi. Kali ini saya benar- benar membenarkan.

“ Jika nanti, para akhwat akan menikah, andai bisa, mintalah dua perkara ini sebagai janji antara kalian dan bakal suami. Bahawa yang pertama, agar diizinkan kalian mengikuti liqo’ dan aktiviti tarbiyah. Yang kedua, agar kalian bisa terus  bersama akhwat tanpa mengabaikan tanggungjawab kepadanya.”

Saya terus memejam rapat. Ya, begitulah apa yang ingin saya minta suatu hari nantinya.

DI JALAN CINTA PARA PEJUANG…

….. ia mengajarkan jiwa yang kental dan cekal. Jiwa militant dan radikal. Bukan bererti menngangkat senjata dan kereta kebal, tetapi jiwa seorang penggerak yang tidak rela direhatkan. Kerana rehatnya seorang daei itu hanyalah di syurga. Di jalan cinta para pejuang, kita bukanlah ahli sufi yang merajut cintanya hanya di tikar sejadah dan di mimbar masjid, tetapi ia terus menyusun agenda untuk berkarya pada umatnya walau di mana saja dia berada dan pada waktu bila sahaja dia masih bernyawa. Dia bukan manusia yang lekas meminta dibantu tetapi ia sedia kuat membantu. Dia bukan manusia yang hanya bergantung harap walau pada yang berhak, tetapi jiwa mandirinya sukar dikawal kerana di jalan cinta para pejuang inilah dia belajar untuk melakukannya sendiri..itulah militansi.

-ukhti izzah-

Monday, December 13, 2010

tips cari jodoh

http://budriez04.wordpress.com/

Sekiranya anda sudah ataupun mahu berumahtangga, dan ingin mengetahui sama
ada anda serasi atau tidak, dan boleh bermuafakat atau tidak dengan suami anda,

bolehlah anda mencuba cara dan juga petua ini :

Eja nama anda dan namanya (teman lelaki) dalam huruf JAWI. 

Hitung nama anda mengikut hitungan ABJAD, kemudian hitung nama lelaki itu dengan kaedah yang serupa. Jumlahkan keduanya. 

Kemudian tambah 7 . 

Sesudah itu, tolak 9 sehinggalah bakinya menjadi 9 atau kurang. 

Kemudian rujuk kepada jadual dibawah ini:-

Bakinya Interpretasi

1 Tidak baik, dipandang rendah
2 Baik
3 Mulanya rendah, akhirnya buruk. Setelah sempit, senang
4 Baik lagi kuat
5 Rumah kemakmuran, telaga di bawah gunung
6 Mula baik, akhirnya dukacita
7 Rumahtangga bahagia, hamparan terbentang,sekaya-kayanya
8 Rumah terbalik
9 Berpindah, berbantah, berpecah.


**** Percaya benda ni boleh bawa kepada khurafat. tiada dlm hadis. tp mungkin ada kebenaran dari sudut2 tertentu. apa pun Allah knows best. 

Jaga hak Allah, pasti Allah jaga hakmu kembali.

saya cuma kagum dengan pelbagai jenis penyelidikan menggunakan aplikasi no 7 dan 9.
pada saya no 9 benar-benar tersangat unik.

Ego

tengah cuba habiskan bacaan buku,
                                     Men Are From Mars, Women Are From Venus.

buku y dah lama ku tunggu utk mendapatnya.
kakak ku! dia janji nak beri hadiah buku itu padaku sejak tahun 2006 rasanya bersempena hari lahirku,
tp dia tak terberi beri. hehe
byk kali juga kami pergi bersama survey d mph bila keluar, tp each time kami nak beli, pasti buku tu kehabisan stok at that time.

sabar tunggu buku tu darinya, then tidaklah ku beli.
kemudian masuk uia, dah sibuk dalam tarbiyah, (byk sgt buku tarbiyah y wajib baca tak di baca lagi) membuatkan angin rindu nak memiliki buku tu bleh terhakis sedikit demi sedikit.

kemudian, aritu ada kwn bagi pinjam.
sgt gembira.
Terima kasih.

Buku y SGT baik utk d baca oleh semua y menuju ke arah halal couples :)

sgt praktikal.

terasa byk situasi y diberi terkena diri sendiri.

nak tau situasi y bgaimana?
kalian harus baca sendiri.
kemudian, kalian akan tersenyum senyum mengenangkan sikap sendiri, barangkali :)

* never argue!

 Among all the very good tips and its valuable contents attached to my mind.

sebenarnya.. TARBIYAH sudah mengajar segalanya.

cumanya, tarbiyah (tahapku) tidak menfokus isu ini sedetail buku ini. hehe

* menyentuh tentang isu perbalahan...
which is... i don't like MOST. i don't like into it, so as i don't like to see any kind of perbalahan in front of me!

Oh Allah, aritu, lihat 1 halal couple berbalah depanku.
terasa seperti dunia mahu kiamat.
beberapa hari juga ku sakit kepala kesan darinya.

may Allah shows them guidance.
they just hurting each other by doing that. with such an egoism within themselves, syaitan will win!

La haula wala quwwata illa billah. (tiada daya kekuatan melainkan Allah)
sebutlah byk2 kali, moga api ego syaitan y baru d bisik bisik tu akan padam lenyap.

i hate perbalahan seperti i hate pergi shopping complex utk saje saje atau lama lama!. (ada kaitan ke?)
saje saje nak bgtau, sbb klau pergi sana blh sakit kepala susah nak surut.
pelbgai jenis maksiat mata telinga tunggu utk d tadah.

ya Allah, jauhilah ku dari bergaduh, mahupun terlibat dengan org y suka bergaduh gaduh.


Rasulullah bersabda,

“Sesiapa meninggalkan perdebatan, sedang dia berada di pihak yang benar, dibina untuknya sebuah rumah di tengah-tengah syurga.”

(Riwayat Anas Bin Malik)


please show good examples to the people around so that everybody is creating and instilling positive aura.
be humble to ourselves first.


Sabda Rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin bukan seorang pencela, bukan seorang pengutuk, bukan seorang yang keji dan bukan seorang yang berkata kotor.”

(Riwayat Ibnu Mas’ud RA)





Friday, December 3, 2010

YouTube La Tas'aluni