Sunday, September 26, 2010

Membangun Kebesaran Jiwa

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Jika seorang pejuang kehilangan misi perjuangannya maka boleh jadi ia akan berubah wajah menjadi seorang yang kecundang.

Sebaliknya jika seorang yang kecundang meluruskan orientasinya maka dia akan menjadi pejuang.


Layak atau tidak seseorang memiliki nama besar sangat tergantung kepada sebesar mana dan seagung apa misi yang disandangnya.


Dari sini barulah kita akan mengerti kenapa Allah swt menjadikan kita khalifah dengan misi besar perubahan kerana Allah swt menginginkan kita menjadi besar.


Semua orang bercita-cita menjadi orang besar namun tidak semua pemilik cita-cita mampu mewujudkannya.


Hidup tanpa misi sekalipun tidak akan luput dari rintangan dan ketidakmampuan menghadapi rintangan akan menghilangkan kewujudan diri.


Sedar atau tidak, seseorang itu dalam kehidupannya amat bergantung kepada kemampuan diri menghadapi rintangan.


Sepanjang perjalanan kehidupan, pembangun dan penghancur akan sentiasa ada sebagai penguji siapa yang terbaik di antara kita.


Perjalanan hidup dengan rintangan besar, terutamanya bagi para pejuang boleh membuatkan :


Dirinya menjadi bingung.

Segala kekuatannya meredup.

Pandangannya menjadi kabur.

Segala cita-cita besarnya boleh hancur.

Nuraninya sebagai pengendali diri semakin mengendur.

Orientasi hidupnya boleh meluntur.

Itu semua adalah kerana jiwa memang memiliki potensi ke arah kejahatan dan kekufuran.

Suatu ungkapan di dalam sebuah hadis mengatakan “Seorang boleh jadi di pagi hari beriman tapi petang hari kufur atau petang hari beriman dan pagi hari kufur” menunjukkan betapa goncangan hidup memang dahsyat dan luar biasa.


Kesedaran diri membawa misi besar membuatkan para pejuang sedar bahwa mereka memerlukan modal yang besar.


Namun modal itu :


Bukanlah nasab kerana nasab telah membuatkan orang Yahudi yang besar kepala itu terlaknat.

Bukan pula kuasa kerana justeru dengan kuasalah Fir’aun menjadi porak poranda.

Bukan juga dengan harta kerana dengan hartalah Qarun menjadi hina.

Kebesaran jiwa sebelum nasab, kuasa dan hartalah yang akan menjadi asas kukuh komitmen jiwa.


Kebesaran hanyalah milik para penguasa jiwa kerana perubahan dalam skala individu atau masyarakat tidak akan terserlah tanpa merubah keinginan jiwa.


“Sesungguhnya Allah tidak akan merubah nasib suatu bangsa tanpa bangsa tersebut merubah apa yang ada dalam jiwa-jiwa mereka“.


Jiwa adalah tempat pertarungan kepentingan antara :


Dunia yang fana

dan


Akhirat yang kekal.


Jiwa yang lemah akan terjajah oleh dunia dan akan meluncur ke lembah kehinaan, sementara jiwa yang kuat akan di dominasi oleh akhirat hingga terbang ke angkasa kemuliaan.


Menghadapi masyarakat yang “mati” boleh menyebabkan sebahagian orang larut atau kecewa. Namun bagi pemilik jiwa besar, ini medan pahala yang akan menghantarkan mereka kepada kebesaran.


Melihat kenyataan masyarakat Quraish dalam kesesatan yang nyata, Rasulullah saw mempersiapkan diri membangun jiwa dengan uzlah.


Khalwat dengan kesungguhan mampu membebaskan jiwa dari :


Kesombongan.

Ujub.

Dengki.

Riya’.

Cinta dunia.


sehingga kekotoran dunia akan hilang dari hati dan jiwa ini hanya cinta pada kekekalan Ilahi.


Kecintaan kepada Allah dan hari akhirat sebagai mata air pengorbanan dan jihad akan lahir bersama bersihnya jiwa.
Manakala buah dari uzlah adalah :


Rasa ringan membawa beban.

Menganggap mudah setiap ujian.

Tidak silau dengan gemerlapan dunia.

Gelora juang yang tidak kenal padam.


Menjaga stamina, meluruskan orientasi dan menambah tenaga dalam perjuangan bukanlah perkara yang mudah. Goncangan perjalanan dengan kecuraman yang tidak terfikir akan menghalang setiap saat.


Bagi mereka yang memahami tabiat kehidupan pejuang, bekalan perjalanan bukanlah hanya di awal akan tetapi justeru di tengah-tengah malah menjelang saat akhir, mestilah semakin digandakan.


Kemenangan dan ujian sering menjadi samar ketika bekalan berkurangan. Boleh jadi ujian kemewahan dianggap sebagai kemenangan hingga ianya sering memperdayakan dan melupakan pemilik jiwa.


Setiap pemilik jiwa mestilah memahami betul-betul tentang keperluan jiwa agar tetap berstamina.


ibadah asasi dihadirkan dan dirancang untuk menghadapi permasaalahan yang besar.


Solat, puasa, zakat dan haji bukanlah agenda rutin dengan segala kekosongannya, tetapi ianya adalah ruh yang menghidupkan.

Generator iman yang membuatkan daya dentumannya semakin besar dan tenaganya yang tidak pernah padam.

Dalam menghadapi kegelapan kubur, qiyamullail menjadi penerang manakala dalam menghadapi panasnya masyhar, puasa menjadi penyelamat.

Goncangan akhirat yang dahsyat selesai dengan ibadah asasi dan ini bererti masaalah yang jauh lebih kecil akan mampu selesai dengannya.


Ketika pendukung dakwah, Khadijah dan Abu Talib telah tiada, ada kesedihan yang mendalam pada diri Rasulullah saw. Tekanan orang kafir terhadap beliau dan dakwah semakin menggila. Isra’ an Mi’raj dengan buah solat menjadi jalan penyelesaian ketika beratnya bebanan dan tekanan.


Adakah Ramadhan yang baru sahaja kita lalui sebagai media penyuci jiwa sudah menetapkan janji atau ianya hanya upacara yang kosong tanpa erti?


Tidak mungkin rasanya Ramadhan dikurniakan jika ianya hanya menjadi beban.


Untuk apakah Ramadhan dipertahankan sebagai warisan umat-umat sebelum Rasulullah saw hingga kepada kita pada hari ini kalau ianya tidak membangunkan jiwa?


Sebenarnya, semua ibadah asasi dengan seluruh dimensi dan maknanya mampu menguatkan gelora iman dalam jiwa hingga :


Daya juang kita semakin kencang.

Semangat makin membara.

Orientasi akhirat makin menguat.


Yang menjadi persoalannya apakah semua itu sudah berlaku atau apakah sebaliknya yang kita dapati? Nauzubillah.


Kegagalan Ramadhan bukanlah hanya berlaku kepada masyarakat awam kerana ungkapan : “Berapa ramai orang yang berpuasa tapi tidak berpuasa kecuali lapar dan haus” tidak dikhususkan kepada orang awam.


Boleh jadi aktivis dakwah yang banyak dalil semakin pandai “berdalil” daripada beramal. Ini boleh berlaku kerana ianya tidak menutup kemungkinan bahwa seorang aktivis dakwah merasakan bahwa syurga ada dalam genggamannya.


Perasaan lebih mampu, lebih pandai, lebih tahu, lebih berpengalaman sering membuatkan orang terlena.

“Katakanlah : “Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya? Iaitu orang yang telah sia-sia amalannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat dengan sebaik-baiknya” (QS Al Kahfi : 103-104)


Bersikap jujurlah terhadap diri kita :


Apakah ada kerinduan yang mendalam ketika Ramadhan akan tiba hingga kita mempersiapkannya dengan bersungguh-sungguh dan optimal?

Adakah kita menjadi sedar bahwa Ramadhan datang ketika dia sudah datang?

Boleh jadi strategi dan sasarannyapun tidak dirancangkan sehingga Ramadhan mengalir sebagai sebuah kebiasaan. Tidak ada yang istimewa dalam agenda hariannya di mana Ramadhan atau tidak, semuanya adalah sama sahaja.


Boleh jadi sebahagian orang :


Lebih suka menghitung agenda ceramah daripada agenda tilawah.

Perhatiannya tentang baju dunia lebih besar daripada baju taqwa.

Perniagaan dengan keuntungan sedikit itu lebih diutamakan dibandingkan perniagaan dengan Allah yang menjanjikan keuntungan berlipat kali ganda.

Dominasi fikirannya untuk pulang ke kampung dunia lebih memenuhi kepala daripada pulang ke kampung akhirat.

Memiliki kereta mewah lebih menggembirakan dan membahagiakan hati daripada kemewahan syurga firdaus.

Mungkinkah Ramadhan yang telah menjadikan orang terdahulu besar akan membesarkan umat hari ini jika Ramadhan hanya dianggap biasa?

Mungkinkah orang seperti ini memiliki kebesaran jiwa?

Sanggupkah mereka menghadapi goncangan mihnah?


Bolehkah mereka selamat dari godaan dunia sementara di bulan yang sepatutnya ia melepaskan dunia namun cintanya pada dunia semakin bertambah?


Kejayaan Ramadhan sangat bergantung kepada sejauh mana ia mampu memberi sumbangan Imaniah yang akan memberikan kematangan jiwa dan kemanfaatan besar bagi diri dan umat.

Di antaran kesan-kesan besarnya adalah :

Kecintaannya kepada akhirat semakin menguat.

Semangatnya untuk melakukan perubahan semakin menjadi kerana kuasa kini ada dalam dirinya.

Dakwah sebagai kerja utamanya tidak akan ditinggalkan kerana meninggalkan pekerjaan yang mulia bererti kehinaan.

Keinginannya untuk membuktikan diri sebagai penyelesai masaalah umat tidak pernah tergadai oleh gemerlapan dunia.

Teriakan lantang : “Kami pendakwah sebelum segala sesuatu” semakin hari semakin lantang kerana hari inilah saatnya membuktikan komitmen dakwah.

Inilah tanda kematangan jiwa, iaitu kekukuhan hidayah dalam hati sebagaimana sabda Rasulullah saw suatu ketika beliau ditanya tentang ayat Allah swt :

”Barangsiapa yang Allah kehendaki mendapatkan Hidayah maka Allah lapangkan dadanya untuk menerima Islam”


Kemudian beliau ditanya apakah yang dimaksudkan dengan “Asy-syarhu”.

Baginda mengatakan :

“Dia adalah Nur atau cahaya yang bila masuk ke dalam hati maka akan membuatkan hati lapang dan luas“.

Kemudian beliau ditanya adakah tanda-tandanya?

Baginda menjawab ada :

”Menjauhkan diri dari kehidupan tipu daya, bersegera kepada kampung keabadian dan mempersiapkan kematian sebelum kedatangannya”



Ya Allah, kurniakanlah kebesaran jiwa kepada kami sehingga kami mampu menghadapi segala rintangan dalam kehidupan dunia dengan jayanya. Jadikanlah puasa Ramadhan yang baru kami lalui sebagai pencetus gelora iman di dalam jiwa kami yang akan memantapkan lagi semangat, orientasi dan daya juang kami sehingga mampu memartabatkan DeenMu di muka bumi ini.


Ameen Ya Rabbal Alameen

Thursday, September 16, 2010

Aidilfitri 1431 H

selesai sudah segala galanya.
Ramadhan berlalu sudah.
ada cita ramdhan 1431 H yang tidak tertunai olehku..

Aidilfitri 1431 H di sambut dengan sedih dan gembira.
banyak cerita terakam dalam diary hati.
moga Allah terus mematangkan diriku dan orang-orang kesayanganku.
maafkan atas salah silap diri, dan terima kasih buat semua. terutama ABAH dan UMI.

ABAH...
semakin hari ku lihat abah, semakin rasa sebak. abah sudah semakin berusia.
again, terima kasih menjagaku hingga ke hari ini.

UMI..
mungkin umi yang paling menyayangiku di dunia ini.
maafkanlah diri ini,kerna tidak menjadi anak yang sebaik baiknya buat umi.
moga Allah merahmati umi dunia dan akhirat.
terima kasih penuhi semua impian raya Ada.. ( make sate n etc.., sian a.je bakar sate sorang2 bak kata k.yaya ^-^ )
melihat umi, buat Ada risau, masihkah ada peluang kita beraya bersama lagi d tahun tahun mendatang...?
ada tahu, umi sedih.
Ada lebih lebih lagi sedih, kerna tidak dpt menyelami hati mu sepenuhnya. hati seorang ibu yang sangat menyayangi!


kpd kakak iparku, k.yaya :
terima kasih kerana memujuk diri ini d hari raya ke 3 hari tu.
pujukan itu sangat ku dambakan.
k.yaya adalah satu anugerah dari Allah untuk Ada dan kami.
teruslah bersama cinta k.yaya untuk a.je dan aqila si permata hati.
hadirmu anugerah berharga buat kami!

kpd kak za :
terima kasih kerna menjadi isteri yang baik buat abang sulung kecintaanku. a.din !
k.za adalah kakak ipar yang di damba!
semoga Allah terus melimpahkan rahmat hidayah buat kita semua.

untuk semua abang2, kakak2 ku, adikku,
maafkanlah diri ini.
terima kasih
dan doakanlah Ada selalu.

Raya yang paling bermakna dalam hidupku 1431 H!
Terima kasih ya Allah~

sepupu2ku ramai yang bertanya ahli keluargaku,kenapa Ada semakin pendiam..

jawapannya,
hati ini terasa semakin berat dengan banyak amanah yang tidak dapt disempurnakan dengan baik.

hati ini terasa malu dengan kelemahan diri.
hati ini terasa sedih dengan apa yang menimpa dunia hari ini.

hati ini rasa menyampah dengan kelemahan yang wujud dlm diri!

doakanlah saya agar terus dpt menikmati kenikmatan iman.

orang beriman itu, sungguh orang yang tenang jiwa dan bersih raut wajahnya.

sayangi kanak-kanak kerna mereka adalah masa silam kita,
hormati orang tua kerna mereka adalah masa hadapan kita.

Life's good, no matter what :)

salam syawal ^-^