2 september 2009-09-02
Baru bis meeting dengan all participants of EPI09. (educational programme to Indonesia) Group kitaorang menang dalam ‘the apprentice’ aritu. hehe tank u for all. Tank u for nadia, k.syiqah, hawa, Farha, fiqah n u ku sendiri ngehngeh~ group 1 lagi pn bleh p gak, sbb lepas target level. Menang atau kalah no hal, asal everybody learn somethg. For me, thru dis pgramme, bes sgt sbb dpt knl rapat dengan 3 org groupmates y x pernah ku knl b4. There are really2 good n nice! Hopefully I can get them ‘mine’.for da’wah surely. Amin J (doakan yeh!)
Hem, ku tak update2 tntg berita psl nie coz ku sbnrnya tak bpe semangat sgt nkp. Hehe tahla, knpa p intrvew n gone thru all stages klau dh tk brapa nak mula2 kan.. ku cuba kuatan hati n pujuk diri sendiri 2k join sbb pgram ni confrm all sisters. Program university yang memg sentiasa ku intai untuk join bersama jika tiada percampuran antara lelaki n perempuan. Bukan ku tak mau langsung bekerja dgn brothers, but, if there are involved, have to choose real good platform, to avoid many things. Hem, part nie, bkn nk cte kali ni.
Masa tu smgt je nk rasa berukhuwwah dengan mereka. Rasa nk bergaul dengan mereka untuk cuba menyentuh hati kerana ku jua pernah byk merasai berprogram bersama mereka dulu2 sblm ku bergelar akhawat dan dai’. tp, honestly mmg deep in my heart rasa ‘zuup’ n beautiful feeling s like I with my akhawat were not there. rasa rindu kat akhawat2 mmg nyata. Rasa hati sentiasa berada bersama mereka. ah, rabitah hati yang terlalu kuat antara ku dan sahabat2. Hadiah persahabatan d jalin di jalan-NYA. Rasa bagai saudara sendiri. Rindu mendahulukan sahabat dari diri sendiri. Rindu tatapan mata keikhlasan dan senyuman persaudaraan dari mereka tatkala tidak bersama walau sehari. Subhanallah.. baru kini ku mengerti sirah yang ku pelajari bagaimana kukuhnya tautan hati berlandaskan akidah yang di jalin antara Muhajirin dan Ansar oleh baginda Rasulullah. Tak mustahil dan tak langsung pelik jika bagaimana puak ansar boleh dengan penuh rasa kasih dan cinta sanggup menyerahkan harta dan pelbagai lagi termasuklah ada yang menawarkan isteri untuk puak muhajirin. Bagaimana kisah seorang sahabat, Abdul Rahman b A’uf yang apabila di tawarkan oleh Saad b Rabit untuk mengambil salah seorang isterinya (dari 4 isteri) dan sebahagian hartanya tetapi Abdul Rahman b A’uf menolak kesemuanya dan apa apa yang di mintanya adalah ‘tunjukkan aku di mana pasar’. Maka setelah sampai di pasar, sahabat muhajirin itu mulai berniaga. Setelah itu, tampillah Abdul Rahman sebagai pedagang kaya yang dermawan. Subhanallah,inilah susuk peribadi yang di bina oleh baginda rasul. 1 pihak telah nyata keikhlasan dan kasih sayang sanggup berkorban dan 1 pihak lagi jua kerana kasih sayang dan iman yang tinggi, tidak ingin menambah walau sedikit kesusahan kepada sahabatnya dengan cuba mencari rezeki sendiri walau segala kesenangan boleh di dapati dalam sekelip mata.
Memang sungguh indah ukhuwwah fillah ini. Hanya mereka yang merasainya akan memahami. .
Seperti seorang pengembara yang berjalan di padang pasir yang terik tandus, lalu tiba2 terlihat pancutan air sejuk. Saat kesegaran menyelinap semasa menikmati air itu, begitulah serasanya nikmat ukhuwwah fillah ini. Tiada mungkin di dapati di mana2 lagi di seluruh pelusok dunia ini kecuali oleh mereka yang berjuang bersama kafilah dakwah. Di sini, tidak memerlukan harta, pakaian yang mahal dan indah, rupa menawan dan kacaknya perwatakan, pendebat yang hebat, … tetapi, hati. Hati yang ikhlas cintakan ALLAH. Apabila hati ini bersatu bersama hati2 yang lain kerana Allah, maka… semuanya telah di miliki. Sesungguhnya, hanya mereka yang sabar terpilih akan merasa segalanya. Moga nikmah ini terus bersama hayatku. Amen. Dunia ini penjara orang mukmin. kata-kata Imam Hassan al Banna ku simpul kemas dalam hati.
Sebelum ku akhiri titipan kali ini, ku ingin berkongsi suatu fikrah tentang rezeki. Rumah tangga yang di bina bahagia bukanlah atas dasar harta yang melimpah, cukuplah sekadar apa yang Allah anugerahkan asal tidak perlu sampai meminta kepada orang lain. Sesuai kecukupan. Jika seorang suami berniat untuk ‘menjaga’ nafkah isterinya kerana memahami tanggungjawab sebagai seorang suami maka insyaAllah tiada keraguan yang Allah akan cukupkan walau gajinya tidak seberapa. Sebagaimana janji Allah yang akan memberi kepada hamba yang memohon kepada-NYA. Ku teringat suatu peristiwa di mana seorang akh yang berkehendakkan isterinya berhenti kerja hanya setelah gajinya menjangkau ke angka 10 ribu. Pendapat peribadiku, jika semata angka material yang nampak di sini, maka jika suatu saat gaji itu menjangkau 10 ribu sekalipun, kecukupannnya belum tentu untuk mereka. Seeloknya untuk seorang yang bergelar ‘akhi’ tidak perlulah meletakkan nilai yang sebegitu. Jika benar suami merasakan gajinya masih tidak mampu untuk menampung keluarga, mungkin lebih tertib untuk hanya mengatakan ‘isteriku mgkin blh m’bntu untuk bekerja selagi dia mampu’. Perkara ini amat mendukacitakan untuk seorang ‘akh’ berkata begitu. Limpahkan cahaya petunjuk-Mu Ya Rahman.
redha dan tawakkal kepada Allah atas niat lillahita'ala akan rezeki dari Allah laksana sayyidina Abu Bakar yang apabila perang hendak bermula, maka beliau menginfakkan ke semua hartanya untuk Islam. bukan 1 per 3, bukan jua separuh, tapi kesemuanya. maka apabila di tanya ileh baginda Rasulullah, apa yang dia tinggalkan untuk isteri dan anak-anaknya? 'aku tinggalkan mereka Allah dan rasulnya'. subhanallah!
Rindu sungguh mencari peribadi hebat sebegini. moga sama2 kita berusaha walau tidak dapat menjadi seperti mereka, tetapi mirip. insyaAllah
Seorang sahabat pernah jua berkongsi pendapat sesame kami dalam usrah bahawa menjadi suatu perkara makruh yang besar untuk seorang yang hartanya melimpah lalu pergi menunaikan haji saban tahun menggunakan hartanya padahal ramai mukminun lainnya mengalami taraf hidup yang sgt dhoif lantaran ekonomi yang semakin tidak stabil. Jua mengikut keadaan saudara di Palestin yang sangat membutuhkan bantuan kewangan maka sangatlah tidak wajar untuk hamba Allah yang di kurniakan rezeki melimpah itu untuk ke Mekah walau pergi menunaikan haji saban tahun dalam keadaan dunia Islam begini. Gunakanlah harta itu untuk manfaat lebih ramai.
Yang nyata, aktivis dakwah memang perlu kaya. Perlu mengusai ekonomi untuk dana dakwah. Ya Allah, kurniakan kekayaan, lahirkan dari segala ceruk bumi-MU harta untuk para dai’ agar mereka dapat gunakan dalam perjuangan meninggikan kalimah-MU.waAllahualam.
“ penjaraku adalah mihrab,
Matiku adalah syahid,
Pengasinganku adalah perjalanan” - (Imam Hassan al Banna)-
(*-*) Shuhadak bintu Haji Shokri ^^ haFaz FurqAN
Solidariti Yang Hakikatnya Seruan Jahiliah
2 weeks ago