Alhamdulillah.. kalimah itulah yang sering terpacul dari hati dan bibirku lantas kuntuman senyum kesyukuran pasti ku iring. Thank you Allah for all Your gifts. Semakin ku menginjak masa usia, hanya doa’ bisa ku pohon pada-Mu agar hari2 ku sentiasa ceria dalam kasih cinta-Mu. Kali ini ku ingin bercerita tentang adik kesayanganku. Nurul syuhada Nor Rosdi. She is one of my big gift from Allah. Alhamdulillah. My adopted sister is with us since she is four years old. I called her as ‘adik’, is a daughter of my mother’s friend. Her mom is already passed away. May Allah bless your mother, sayang. Adik dah banyak berubah. Physically, adik dah menjadi muslimah yang manis dan cantik, tinggi lampai, sihat dan ceria. Mentally, she is becoming matured. I love you dear. Aku dapat merasakan sentuhan tarbiyah yang ku terima tempias membasahi jiwanya. Dia dulu memang sudah anak perempuan yang baik dan adik yang di senangi. Tapi kini, ku dapat merasa keluasan kefahaman dia tentang erti kembara kehidupan ini. Kak Ada bahagia dik mengingatimu! Perubahan yang dia sendiri lakukan. Aku mungkin menjadi sedikit sebab dorongan untuk perubahannya tetapi usaha dan istiqamah dirinya sendirilah yang membuatkan aku cukup2 bersyukur dan berbangga dengannya. Alhamdulillah.
Antara yang ku kagumi ialah pemahaman dan amalan jagaan dia tentang aurat kini. Mungkin setelah melihatku yang sentiasa bertudung dan menjaga sebaik mungkin auratku ketika kepulangan dan keberadaan abang ipar di rumahku, membuatkan bermula detik keyakinan itu dia tidak pernah lagi menampakkan walau seurat rambut di hadapan abah iaitu ayah angkatnya, dan abang2ku yang lain. Dia tidak lagi mengenakan baju menampakkan lengan sewenangnya. Walau tidak pernah ku menegur tentang rambutnya yang dilepas bebas selama ini kerana mungkin hubungan dia dan keluargaku yang terlalu rapat serasa lupa dia bukanlah adik kandungku tapi dia sendiri yang menerima hidayah berharga itu dari-Nya. Setelah ku sedari hal itu, Kaulah ya Allah yang ku rindui amat. Air mata kegembiraan mengalir di hati dalam diam. Kolam air mata bergenang. Betapa janji-Mu bahawa Kau tidak melihat kuantiti mutarabbi yang kita dapat, tetapi kualiti. Walau sedikit, tetapi jangan mengalah. Teringatkan nabi Nuh yang berdakwah 950 tahun, tapi hanya lebih kurang 80 orang yang masuk Islam. Allah memujuk nabi Nuh dalam kitab al-quran. Teringatkan pesan penghulu segala nabi baginda Muhammad rasulullah yang meminta berdakwah kepada keluarga dahulu. Doa’ sentiasa ku kalung untuk keluarga dan saudara mara tercinta, usaha juga ada ku taruhkan, nyata hadiah Allah adalah adikku! Segera dan terlalu indah. Subhanallah!
Adikku pelajar yang cemerlang akademiknya dan bersekolah bukan di sekolah agama. Sekolah berasrama penuh Tengku Mohamad Faris Petra Pengkalan Chepa Kelantan. Tetapi, akhlaq yang di milikinya setaraf dengan mereka yang berakhlaq baik di sekolah agama. Dia banyak sekali berubah! Alhamdulillah. Dia istiqamah memakai tudung labuh. Kerap dia bercerita padaku akan segala cabarannya di sekolah setelah berubah penampilan diri. Dia pelajar yang aktif. Ku tahu ramai rakan-rakan yang menyayanginya sebagaimana kami menyayanginya. Dan ku tak hairan dengan kehairanan dan ujian dari rakan-rakannya dengan perubahan dirinya seperti yang dia ceritakan waktu mula-mula dia bertudung labuh litup dan mengenakan baju2 sukan yang labuh. Bukan sedikit yang mengejeknya dan pelbagai ujian lain, tapi dia tegar istiqamah di atas kebenaran dan keyakinan yang dalam. Adik, betapa ku yakin Allah akan membalasimu sesuatu yang cukup2 indah dan mahal dik. Betapa ku yakin cinta Allah berkobar dalam semangat mudamu. Percayalah sayang, Islam itu datang dengan asing dan janji Allah berakhirnya dunia ini dengan asingnya pandangan majoriti manusia pada Islam. Dugaan yang kau terima lantaran mempertahankan cinta kepada Islam adalah cebisan dari apa yang telah di lalui nabi2 Allah. Bersyukurlah kerana Allah memilihmu. Banggalah dengan Islam. Tetap teguhlah kerana janji Allah pasti syurga untuk hamba yang mencintai-Nya waktu dalam senang dan susah. Cemerlangkanlah imanmu seperti iman pemimpin muda Islam yang gemilang sebelum zaman mu. Sahabat di zaman rasulullah Usamah b Zaid yang berumur 17 tahun , telah mengetuai perang. Rombongan Usamah bin Zaid berjaya melaksanakan apa yang diperintahkan Rasulullah seperti yang di amanahkan semasa baginda masih hidup. Mereka berhasil menguasai beberapa daerah di Palestina juga menghancurkan kewibawaan Negara Romawi yang pada waktu itu ditakuti oleh lawan-lawan perang. Kemudian Usamah kembali dengan posisi duduk di tempat di mana ayahnya dulu meninggal sebagai syuhada dan barang-barang rampasan perang pun berhasil dia bawa pulang. Subhanallah!
Mengimbau kecemerlangan Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah yang akhirnya berjaya membuka Kota Konstantinopole pada umur 19 tahun.
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Pemimpin muda yang hebat itu memiliki 150,000 orang tentera yang thiqah di didik kental. Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan setelah penaklukan kota itu, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya,
“Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Wah! Terlalu hebat! Ku ingin kau meniru mereka jua ke tahap itu sayang. Moga ku juga dapat istiqamah bertahajjud. Amen. Dik, jika k.ada dulu lambat memahami erti perjuangan, jika k.ada dulu tidak beramal sepenuhnya dengan il’mu yang di raih di Maahad Muhammadi Lilbanat Kota Bharu dan segala kerugian masa muda yang telah berlalu,maka hari ini dan seterusnya kan di tebus kembali sedikit demi sedikit melaluimu insyaAllah. Thank you Allah. Adik memintaku membaca novel pendek bertajuk ‘khazinatul asrar’ di internet hasil karya Fatimah syarha. Katanya watak gadis itu sepertiku. Sedikit mengenai cerita itu kau ceritakan padaku. Subhanallah, memang cantik sekali peribadi dan rindunya pada Islam dan Allah. Tetapi ku akui aku tidak seperti itu. Tapi ku bersyukur kerana punya identiti yang baik di mata hatimu. Ku akan cuba sedaya upaya mengekalkannya di matamu dan menjadi seperti gadis itu kerana ku tahu kau kagum dengan peribadinya dan menjadi pemangkin memacu imanmu ke tahap lebih tinggi. Kau kini semakin matang menangani soal cinta remaja. Katamu, kau mencari kecemerlangan di mata Allah. Aku yakin dengan azammu. Tahniah sayang! Good luck for your SPM. Moga Allah mengabulkan segala permintaan baikmu untuk Islam pastinya.
With love, your sister.