Friday, September 19, 2008

Bukan tidak tega, tapi terlalu cinta!

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya. Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku….


Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan?
Maafkan aku wahai anak….

Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!


Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti? Aku jauh……bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.


Cinta bukan bereti mengikat… tetapi melepaskan, membebaskan.

Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku…

kau terpaksa ku lepaskan….

Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku?

Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada ‘si dia’- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?

Namun… hati ayah…. Hati abah… pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak… terlalu laju untuk dipaku. Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku?

Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan? Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan!

Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala? Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit…upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.

Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi…… aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.

Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.

Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti.
Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya.umminya.

aku akan bersangka baik.

Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hambaNya.

Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik. Di situ, noktahlah kebimbangan hati seorang ayah. Seorang abah!

Thursday, September 18, 2008

Jangan Merajuk Wahai Da'ie

Hidup ini menuntut mujahadah berterusan. Setiap hari pasti ada sahaja perkara yang perlu di usahakan. Seringkas bangun pagi memerlukan kekuatan menolak keseronokan tidur yang lena. Begitu juga dalam kesungguhan mengulangkaji pelajaran, kesabaran melayani kerenah sahabat handai, hinggalah keteguhan mendirikan Islam dalam diri setiap insan. Inilah kehidupan, tidak lari dari, suka duka, perit jerih, dan susah payah. Apatah lagi bagi tiap jiwa yang dalam sedar berikrar menyerahkan diri mereka kepada Allah, menggelar diri sebagai Dai'e, mengajak jiwa-jiwa kembali tunduk pada Allah yang Esa. Malah mereka lagi perlu menunjukkan kesungguhan dalam tiap perkara, mengelak fitnah menimpa...Yang pastinya, dalam kesungguhan pasti ada mehnah melanda.

Dalam saat seronok mengajak manusia kembali ke jalan Allah, kita terlupa bahawa hati-hati itu ada pemegangnya, yang mengawal tutup buka nya ia.Membuatkan kita kecewa dan putus asa apabila usaha tidak membuahkan hasil seperti yang dijangka. Membuatkan kita terlupa tugas kita hanya pemberi peringatan, sedangkan natijahnya dibawah takdir Allah yang Maha Kuasa.
Bak kata pepatah,

`menabur benih di bumi, hasilnya dari Ilahi'.

Di saat hati rajuk, mencari hikmah atas apa yang menimpa,Al-Quran menjadi tempat kembali, isinya penuh istimewa, pasti sesuai di setiap keadaan dan masa. Namun, bergantung kepada kesediaan hati itu untuk mengaitkannya dalam kehidupan, mengambil manfaat dari tiap bait Kalamullah.. .


Siapa sangka, kisah Nabi Yunus a.s yang tidak selalu di ceritakan mampu memberi seribu pengertian dalam kehidupan...


"Nabi Yunus menyeru pada kaumnya,
Sembahlah Allah Yang Maha Esa
Tinggallah berhala yang tidak bernyawa
Jauhi perbuatan yang sia-sia...
Seruan Nabi tidak diterima. Nabi diejek dan Nabi dihina. Baginda tidak berputus asa, Walau dicaci walau dihina. Akhirnya Nabi merasa hampa. Umatnya masih menderhaka. Lalu dia pergi membawa hati ke tepi pantai seorang diri. Baginda menumpang kapal pedagang. Membawa diri ke rantau orang. Malangnya laut bergelombang. Hampir karam ditengah lautan. Bila diundi, nabi merelakan. Terjun ke laut penuh bergelora. Baginda ditelan ke perut ikan Nun. Gelap gelita tidak terkira. Sedarlah baginda akan silapnya. Ditarbiyyah Allah sebegitu rupa. Menangislah Nabi penuh duka. Memohon Ampun dari Tuhannya...

"Begitulah kisah seorang Nabi diuji Allah begitu sekali…

Wahai Dai'e Rabbani, 
cukuplah kisah Nabi Yunus a.s pemujuk diri,jangan diikut rajuk di hati, usah dilayan kecelaruan emosi,tergesa-gesa melarikan diri dari situasi. Melangkahlah dengan penuh hikmah dan kesabaran dalam meneruskan da'wah lillahi. Begitulah dikala Nabi Yunus lari dari kaumnya yang ingkar, rasa marah dan kecewa hingga terlupa tugas beliau menyampaikan ajaran yang hasilnya adalah dari Tuhan.

Menyoroti kehidupan Dai'e, tidak ubah seperti kisah ini, siapalah kita meletakkan hidayah di hati manusia kerana ia adalah urusan Ilahi, hanya usaha yang akan dipersoalkan nanti. Hadamlah kalam Allah apabila Dia berfirman:

"Dan tidaklah Kami mengutus kamu melainkan hanya sebagai pembawa kabargembira dan pemberi peringatan. Katakanlah:"Aku tidak meminta upah sedikitpun kepada kamu dalam menyampaikanrisalah itu, melainkan (mengharapkan kepatuhan) orang-orang yang mahumengambil jalan kepada Tuhannya"(Al-Furqan:56- 57)

Dalam kegelapan perut ikan Nun, hati Nabi Yunus a.s mulai bergerak, bertasbih kepada Allah, memohon taubat kerana putus asa dengan rahmat Tuhannya sambil berkata:

"Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnyaaku adalah termasuk orang-orang yang zalim"
(Al-Anbiyaa' :87) 



Dengan ketulusan hati berdoa, mengakui kesempurnaan ketuhanan dari sebarang kekurangan dan kelemahan, mengakui kezaliman diri, akhirnya taubat Nabi Yunus a.s di terima. Allah menyelamatkan beliau dari kecelakaan mati di dalam perut ikan Nun kepada kesejahteraan hidupbersama kaumnya yang kembali kepada jalan Ilahi. Dengan rahmat dan kasih sayang Allah, segalanya mungkin terjadi, asalkan hati jernih mengharap redhaNya. Apa lagi yang Dai'e mahukan selain ketenangan dalam kehidupan seharian. Walaupun penuh ujian, hati penuh taubat mengakui kesalahan…

Inilah Dai'e Rabbani, tidak takut menghadapi salah, tetapi lekas kembali kepada Allah yang Maha Pemurah. Memujuk hati mencari hikmah mengakui kelemahan insani. Berbekal ibadat dikala senang, menjadi keselamatan di waktu susah. Tabah dan sabar dalam berdakwah tanpa mengira ketidakberhasilan hidayah, kerana tiap langkah di atas jalan ini adalah kejayaan...


sumber : bahantarbiyyah. info

Tuesday, September 16, 2008

kata cinta untuk muslimahku..^-^

Sedikit Renungan Buat Hawa...Pandanglah kata-kataku ini dengan pandangan kasihnya seorang saudara terhadap saudara yang lain. Renunglah dengan mata hatimu setulusnya. Janganlah dek kerana peribadi burukku, menghalang dirimu melakukan yang terbaik untuk dirimu sendiri dan demi keagungan agama Allah. Ambillah mutiara kata yang baik buat teladan dan tinggalkan kata-kataku yang menyimpang daripada landasan kebenaran.
Sahabatku...Bermula hari ini binalah sebuah kehidupan baru.Jadilah manusia berhati mulia dan tegakkanlah sinarkeislaman dalam dirimu, semoga nur Ilahi akanmembening seluruh perjalannan hidupmu.

Duhai sahabat muslimahku...Keremajaanmu menyegarkan pandangan, dan melimpahkan nyaman pada malam.
Dengan keremajaanmu, kau bisa sahaja menakluk dunia dalam lalai dan leka tanpa kesedaran. Ingatlah, kau bukan di lahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia. Kesegaran dan kejelitaanmu adalah fana belaka. Kelembutan yang menghiasi gerak langkah dan lentuk tubuhmu bakal menyaksikan kau cepat terdedah kepada bahaya dan bahana maksiat.Peliharalah keindahan yang kau miliki kerana Allah mengujimu dgn menerbitkan kau pada bentuk yang teramat indah, halus dan sempurna. Berhati-hatilah kerana sesungguhnya kaum Adam akan menilaimu dgn pandangan yang luar biasa.Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan. Madu yang menitiskan sarinya meresapkan manisnya dari bibir langsung ke hati adalah suara lembut sang gadis. Elokkanlah nada suaramu dan perlahankan gema bahasamu. Berhati-hatilah menggunakan lidahmu, jangan sampai bibirmu menutur bait-bait tajam yang akan menyakiti hati orang lain. Fikirlah dengan akalmu sebelum bersuara dan pandanglah temanbicara.Tertib dan sopanmu bagai hembusan angin yang menyamankan, yang bakal ditanggapi menyamai keindahan yang kau miliki setanding dengan ketulusan peribadimu Sahabat muslimahku..Jagalah matamu kerana pandangan mata akan mengalir ke hati dan terbiaslah sesuatu dari panahan syaitan durjana. Jangan sesekali kau memandang mata lelaki dengan sejenak renungan. Jangan biarkan mereka mentafsirkan makna yang bukan kau mahukan. Pandanglah tanpa memberi sebarang makna. Jadikanlah ghadul basar sebagai hiasan matamu. Rebahkan pandanganmu, renunglah setiap inci bumi, nescaya kau berjaya menghindari dosa yang cuba merapati mu.Ukhti yang dikasihi..Sesekali, mendongaklah ke langit dan lihatlah kerdipanbintang-bintang, nescaya kau kan temui berjuta keagungan Ciptaan Rabbul A`lamin. Betapa hidup ini berjalan di atas makna hikmah dan terselindung daunan pengertian. Hari-hari yang dilalui sebenarnya menyembunyikan banyak hakikat dan makrifat.

Sedarlah,hidupmu ini hanyalah secebis dari erti kehidupan.Selamilah dasar hatimu dan berbisiklah pada diri;Alangkah kosongnya jiwa, alangkah hinanya roh tanpahiasan apa-apa. Salutilah tubuhmu dengan iman. Kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan.Bersihkanlah hatimu, kemanisan iman sukar dikecapi tanpa janji Tuhan.Jadilah seorang muslimah yang gemar merenung kejadianyang berlaku dan memerhati hikmah dengan mata hati.Muslimah sejati adalah mereka yang selalu berhikmahdalam berkata-kata dan meletakkan perasaan rendah dirisebagai asas mencari ketaqwaan. Zuhud dalam pencarian dunia dengan meletakkan tasawuf ke akhirat sebagai pedoman serta melupakan sifat cintakan dunia yang berlebihan.

Serikandi muslimah sejati..Alangkah baiknya di saat-saat kau dilanda kau tega mengutip akar-akar kemelaratan dan teguh mengukir senyum buat pengubat kerungsingan. Tatkala kau dalam dilema permasalahan yang meruncing serta kau berasa putus harap dengan dunia, maka sebutlah dan zikirlah berkali-kali ke hadrat Ilahi moga-moga kau bakal bertemu kedamaian.Sucikan wajahmu dengan air wuduk dan basahkan matamu dengan airmata keinsafan.

-di petik dari hasil tulisan ustaz_saff,iluvislam.com

senyuman ku untuk kamu y halal! : )


Adalah kebahagiaan seorang laki-laki ketika Allah menganugrahkannya seorang istri yang apabila ia memandangnya, ia merasa semakin sayang. Kepenatan selama di luar rumah terkikis ketika memandang wajah istri yang tercinta. Kesenangan di luar tak menjadikan suami merasa jengah di rumah. Sebab surga ada di rumahnya; Baiti Jannati (rumahku surgaku).Kebahagiaan ini lahir dari istri yang apabila suami memandangnya, membuat suami bertambah kuat jalinan perasaannya. Wajah istri adalah keteduhan, telaga yang memberi kesejukan ketika suami mengalami kegerahan. Lalu apakah yang ada pada diri seorang istri, sehingga ketika suami memandangnya semakin besar rasa sayangnya? Konon, seorang laki-laki akan mudah terkesan oleh kecantikan wajah. Sempurnalah kebahagiaan seorang laki-laki jika ia memiliki istri yang berwajah memikat.Tapi asumsi ini segera dibantah oleh dua hal. Pertama, bantahan berupa fakta-fakta. Dan kedua, bantahan dari sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam.Konon, Christina Onassis, mempunyai wajah yang sangat cantik. Ia juga memiliki kekayaan yang sangat besar. Mendiang ayahnya meninggalkan harta warisan yang berlimpah, antara lain kapal pesiar pribadi, dan pulau milik pribadi juga. Telah beberapa kali menikah, tetapi Christina harus menghadapi kenyataan pahit. Seluruh pernikahannya berakhir dengan kekecewaan. Terakhir ia menutup kisah hidupnya dengan satu keputusan: bunuh diri.Kecantikan wajah Christina tidak membuat suaminya semakin sayang ketika memandangnya. Jalinan perasaan antara ia dan suami-suaminya tidak pernah kuat.Kasus ini memberikan ibroh kepada kita bahwa bukan kecantikan wajah secara fisik yang dapat membuat suami semakin sayang ketika memandangnya. Ada yang bersifat psikis, atau lebih tepatnya bersifat qalbiyyah!Bantahan kedua, sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam: “Seorang wanita dinikahi karena empat hal; karena hartanya, keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Maka pilihlah yang taat beragama niscaya kamu akan beruntung.” (HR. bukhari, Muslim)Hadist di atas sebagai penguat bahwa kesejukan ketika memandang sehingga perasaan suami semakin sayang, letaknya bukan pada keelokan rupa secara zhahir. Ada yang bersifat bathiniyyah.


Dengan demikian wahai saudariku muslimah, tidak mesti kita harus mempercantik diri dengan alat kosmetik atau dengan menggunakan gaun-gaun aduhai yang akhirnya akan membawa kita pada sikap berlebihan pada hal yang halal bahkan menyebabkan kita menjadi lalai dan meninggalkan segala yang bermanfaat dalam perkara-perkara akhirat, wal ‘iyadzubillah. Namun tidak berarti kita meninggalkan perawatan diri dengan menjaga fitrah manusia, dengan menjaga kebersihan, kesegaran dan keharuman tubuh yang akhirnya melalaikan diri dalam menjaga hak suami. Ada yang lebih berarti dari semua itu, ada yang lebih penting untuk kita lakukan demi mendapatkan cinta suami.Sesungguhnya cinta yang dicari dari diri seorang wanita adalah sesuatu pengaruh yang terbit dari dalam jiwa dengan segala kemuliaannya dan mempunyai harga diri, dapat menjaga diri, suci, bersih, dan membuat kehidupan lebih tinggi di atas egonya.


Untuk itulah saudariku muslimah… Tuangkanlah di dalam dada dan hatimu dengan cinta dan kasih sayang serta tanamkanlah kemuliaan wanita muslimah seperti jiwamu yang penuh dengan kebaikan, perhatian serta kelembutan. Bukankah kita telah melihat contoh-contoh yang gemilang dari pribadi-pribadi yang kuat dari para shahabiyyah radiyallahu ‘anhunna…?Janganlah engkau penuhi dirimu dengan ahlak yang selalu sedih dan gelisah, banyak pengaduan dan keluh kesah dan selalu mengancam, karena hal tersebut akan menggelapkan hatimu. Tersenyumlah untuk kehidupan. Seperti kuatnya para shahabiyyah dalam menghadapi kehidupan yang keras dan betapa kuatnya wanita-wanita yang lembut itu mempertahankan agamanya…Perhiasan jiwa, itulah yang lebih utama. Yaitu sifat-sifat dan budi pekerti yang diajarkan Islam, yang diawali dengan sifat keimanan. Sebagaimana firman Allah, (yang artinya) “Tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan.” (QS. Al-Hujaraat: 7)Apabila keimanan telah benar-benar terpatri dalam hati, maka akan tumbuhlah sifat-sifat indah yang menghiasi diri manusia, mulai dari Ketakwaan, Ilmu, Rasa Malu, Jujur, Terhormat, Berani, Sabar, Lemah Lembut, Baik Budi Pekerti, Menjaga Silaturrahim, dan sifat-sifat terpuji lainnya yang tidak mungkin disebut satu-persatu. Semuanya adalah nikmat Allah Subhanahu wa Ta’ala yang diberikan kepada hamba-hambanya agar dapat bahagia hidup di dunia dan akhirat.Wanita benar-benar sangat diuntungkan, karena ia memiliki kesempatan yang lebih besar dalam hal perhiasan jiwa dengan arti yang sesungguhnya, yaitu ketika wanita memiliki sifat-sifat terpuji yang mengangkat derajatnya ke puncak kemuliaan, dan jauh dari segala sesuatu yang dapat menghancurkanya dan menghilangkan rasa malunya….!Saudariku… jika engkau telah menikah, maka nasihat ini untuk mengingatkanmu agar engkau selalu menampilkan kecantikan dirimu dengan kecantikan sejati yang berasal dari dalam jiwamu, bukan dengan kecantikan sebab yang akan lenyap dengan lenyapnya sebab.


Saudariku… jika saat ini Allah belum mengaruniai engkau jodoh seorang suami yang sholeh, maka persiapkanlah dirimu untuk menjadi istri yang sholihah dengan memperbaiki diri dari kekurangan yang dimiliki lalu tutuplah ia dengan memunculkan potensi yang engkau miliki untuk mendekatkan dirimu kepada Yang Maha Rahman, mempercantik diri dengan ketakwaan kepada Allah yang dengannya akan tumbuh keimanan dalam hatimu sehingga engkau dapat menghiasi dirimu dengan akhlak yang mulia.Saudariku… ini adalah sebuah nasihat yang apabila engkau mengambilnya maka tidak ada yang akan diuntungkan melainkan dirimu sendiri.Disalin dari: Buletin al-Izzah edisi no16/thn III/Muharram 1425 H(Bulletin ini diterbitkan oleh Forkimus (Forum Kajian Islam Muslimah Salafiyah) Mataram, Lombok, NTB)***Artikel www.muslimah.or.id

rabbi habli hidayatuka...

ku ingin melihat PEMUDA ISLAM bangkitt!! lemahnya mereka.. amat sedih melihat mereka terus terbuai dengan masalah wanita. wahai wanita, cukuplah mendera perasaan bani Adam umat Muhammad tercinta ini... peliharalah akhlaq kalian.... seorang wanita solehah lebih bermakna dari 1000 lelaki.. renung2kanlah... bangkit wahai mujahideen... sedar waha mujahidah..... :( :( :(
andai kalian tahu... ku amat menyayangimu wahai saudara2 seagamaku..... Rabbi.. ampunkanlah kami...........

Monday, September 15, 2008

KERUNTUHAN akhlak di kalangan umat Islam di negara kita hari ini semakin membarah. Satu masa dulu kita hanya melihat atau mendengar masalah golongan muda terjebak dengan maksiat secara sembunyi-sembunyi. Hari ini, daripada anak hingusan hingga warga tua yang layak dipanggil datuk tidak segan silu lagi melakukan kemungkaran secara terbuka.
Baik kota besar mahupun di pekan kecil, aurat wanita menjadi perhiasan yang sentiasa didedahkan, keintiman hubungan sama ada berlainan jenis atau sesama jantina menjadi kebiasaan, meneguk arak bagaikan minuman ringan, ada suami serong dan banyak pula isteri curang.
Tidak cukup dengan melakukan kemungkaran, maksiat kini menjadi kebanggaan. Semakin ramai tidak malu mengaku dan menayangkan kelakuan dan perbuatan terlarang.
Malah, ada yang sanggup tampil akhbar, televisyen dan radio semata-mata mahu memberitahu dunia bahawa hidupnya di jalan songsang.
Begitulah ‘nazaknya’ sistem sosial di negara kita yang satu masa dulu masyarakatnya mempertahankan agama, tata susila dan adat ketimuran.Di mana-mana saja di tanah air tercinta ini, kemungkaran demi kemungkaran ditayangkan di depan mata, seolah-olah undang-undang dan syariah tidak lagi berkuasa dan dikuatkuasakan.Di dalam kemakmuran, kesenangan hidup dan kemewahan duniawi, ramai rakyat Malaysia lupa diri dan lalai daripada mengingat Yang Maha Esa. Kita seolah-olah lupa dengan sejarah bahawa maksiat menjadi punca keruntuhan banyak tamadun dunia.
Sudah lupakah kita pada bala dan sengsara yang dialami kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar, kaum Tsamud yang ditimpa gempa bumi, kaum Nabi Luth yang diterbalikkan bumi mereka dan negeri Mesir dilanda taufan kencang, diserang hama belalang, kutu dan katak sebelum mereka ditenggelamkan ke dasar laut.
Mereka adalah sebahagian daripada kaum yang ditimpa bala bencana kerana kemungkaran dan keangkuhan diri. Sedangkan, golongan yang terselamat daripada hukuman tuhan dalam bentuk kemurkaan alam itu hanya sebahagian kecil yang masih beriman pada Allah .
Semua kisah sedih dan menakutkan itu disampaikan melalui ayat suci al-Quran buat bekalan buat umat Muhammad SAW. Sesungguhnya janji Allah itu benar dan setiap kesengsaraan adalah satu ujian dan peringatan buat hambanya supaya kembali ke pangkal jalan.
“Sudah nampak kerosakan di darat dan di laut kerana perbuatan tangan manusia supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka supaya mereka kembali (ke jalan benar).” (Surah Ar-Rum: Ayat 41)
Apa sekalipun, tidak perlu kita tunggu hingga Allah menimpakan bala dulu baru kita hendak berubah. Berubahlah sekarang sebelum kita diberi peringatan, kerana sesungguhnya kesengsaraan seksaan Tuhan bukan pelajaran yang menyenangkan.

bulan pose ni besh cangat222!!
banyak sangat mende happen.. subhanaLLAH..
ku sangat2 bersyukur pa DIA. ya Tuhan.. Kaulah cinta agungku...... :) :) :)